KATA MADAH 44#

Assalammualaikum...




PERBUATAN ADALAH CERMINAN HATI
JIKA HATI DIPENUHI KEBAIKAN,
MAKA SIKAP DAN TINDAKAN AKAN BAIK,
BEGITU JUGA SEBALIKNYA


Ida suka dengan kata-kata ini. Itu betul..apa yang kita lakukan itu menunjukkan sikap dan hati kita sebenarnya.

Contoh mudah. Apabila memandu. Ada kereta yang memotong kita, atau pun yang bawa lambat. Kita pun cakap macam-macam kat pemandu tu. Lepas bila kereta kita lepas dari kereta itu, kita nak pandang serong.

Banyak sebenarnya perkara dalam seharian yang kita tidak sedar. Jadi cubalah banyakkan beristighfar agar kita dijauhkan sikap yang buruk

RESEPI UDANG HARIMAU MASAK LEMAK CILI API

Assalammualaikum...

Pada hujung minggu lepas alhamdulillah ada rezeki Ida dapat seplastik udang harimau. Boleh tahan la ada besar juga beberapa ekor. Puas hati boleh makan. Selalu beli udang kecil-kecil je buat masak sambal udang. Kali ini dengan udang besar ini Ida buat masak lemak cili api.




RESEPI UDANG HARIMAU MASAK LEMAK CILI API

Bahan-bahan :

  • udang harimau/ udang biasa pun boleh je
  • santan 1 kotak kecil ( kalau nak pekat boleh tambah sikit lagi ) *
  • cili padi ( ikut kepedasan ) *
  • cili merah *
  • kunyit hidup *
  • bawang putih beberapa ulas *
  • garam
  • gula melaka ( ida suka guna gula melaka kalau masak )
  • tomato
  • daun kunyit


CARA-CARANYA:

1. Blend semua bahan-bahan yang bertanda *

2. Masukkan semua dalam periuk yang dipanaskan tanpa minyak. Biarkan masak sekejap dan masukkan udang.

3. Bila mula dah nak mendidih tu, masukkan la semua bahan-bahan yang lain.

4. Bila dah rasa semua cukup, boleh tutupkan api dan dihidangkan.

Bila masak macam ni, makan pula dengan ulam-ulam ke..sayur tumis ke. Sedap tau. Boleh menambah nasi kalau masak macam ni




SELAMAT MENCUBA

HEALTH QUOTES 33#

Assalammualaikum...




" TIME & HEALTH ARE TWO PRECIOUS ASSETS THAT WE DON'T RECOGNIZE AND APPRECIATE UNTIL THEY HAVE BEEN DEPLETED "

~ Denis Waitley

MY FIRST GIVEAWAY BY BLOG SAL

Assalammualaikum...





klik pada banner untuk join


Giveaway ini akan tamat pada 8 Februari 2021. So jom join cepat. Kita support each other

BAGAIMANA VITAMIN C BERTINDAK PADA KESIHATAN KITA?

Assalammualaikum...

Ramai tahu apa itu vitamin C kan? Tapi tahu tak sebenarnya vitamin C ini merupakan sejenis zat nutrient yang penting untuk manusia.




Vitamin C atau asid askorbik merupakan sejenis zat nutrien terpenting yang diperlukan oleh manusia dan beberapa spesies haiwan tertentu, dan juga merupakan salah satu dari jenis-jenis vitamin utama. 

Dalam keperluan organisme hidup, askorbat adalah sejenis bahan bersifat anti-pengoksidaan, kerana dilihat mampu menjaga badan manusia melawan tekanan oksidatif. Ia juga merupakan kofaktor dalam sekurang-kurangnya lapan tindak balas enzim, termasuk tindak balas sintesis beberapa jenis kolagen yang boleh menjadi penyebab simptom kegagalan penerimaan Vitamin C seperti penyakit kancing gigi

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik vitamin C:
Buah-buahan: Jambu batu, betik, buah sitrus (seperti oren dan limau gedang), kiwi dan strawberi.
Sayur-sayuran: brokoli dan tomato.

Manusia yang kekurangan vitamin C, tidak boleh menggantikan kolagen di dalam badan mereka. Dengan itu, pelbagai jenis tisu dalam badan menjadi rosak dan ini membawa kepada penyakit skurvi (gusi yang bengkak berdarah dan kemerahan, penyembuhan luka lambat serta kehilangan gigi). 

Pada masa kini, kekurangan vitamin C dan skurvi adalah jarang berlaku. Gejala kekurangan vitamin C hanya berlaku jika pengambilan vitamin C adalah kurang daripada kira-kira 10 mg / hari untuk beberapa minggu.

kredit: wikipedia

Bagaimana vitamin c dapat bantu selesaikan masalah kesihatan kita?

  • Vitamin C bantu elakkan jangkitan
  • Vitamin C memainkan peranan penting dalam menjaga sel-sel tubuh dari serangan virus, bakteria dan radikal bebas
  • Vitamin C merupakan vitamin antioksida yang melindungi tubuh badan dari sel2 abnormal (sel tidak sihat)
  • Vitamin C bantu kita mendapatkan kulit yang sihat yang mengurangkan pigmentasi pada kulit, jerawat seterusnya melindungi kulit dari UVA dan UVB.
  • Bantu merangsang pembentukan kolagen (diambil bersama protein)

Kenapa kita mesti pilih vitamin c shaklee?


  1. Ianya direka khas dgn sistem perlepasan berperingkat (sustainable). Setiap jam hanya 100mg dilepaskan.
  2. Dihasilkan dari estrak jagung dimana orang yang ade gastrik pun boleh makan tanpa masalah
  3. Tiada gula tambahan serta tiada pewarna tiruan yang jadi punca kesan sampingan jika diambil berpanjangan.
  4. Vitamin c shaklee ialah beyond organic yg dicipta oleh saintis bernama Dr. Forest
  5. Diuji secara klinikal dan terbukti berkesan dan telah menjadi antara best sellers dalam senarai produk shaklee.

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)

Email : chintashoope@gmail.com
No ID: 1074293

6 TIPS TO KEEP KIDS ACTIVE AND HEALTHY

Assalammualaikum...


6 TIPS TO KEEP KIDS ACTIVE AND HEALTHY


1. Activities do not have be structured


2. Join a team!


3. Make nutrition a priority


4. Serve their favourite fruits and veggies


5. Avoid fast food


6. Set a bedtime schedule


TRAGEDI BANJIR 2013 KEMBALI DI KEMAMAN

Assalammualaikum..

Baru hari ini berkesempatan nak menaip disebabkan banjir yang sedang berlaku di Kemaman beberapa hari ni. Alhamdulillah kawasan perumahan Ida masih selamat walaupun simpang depan masuk ke dalam perumahan naik air.



Semalam Ida berjaga beberapa kali risau air semakin naik tapi alhamdulillah hari ni tengok dah surut. Berapa kali berjaga tengok longkang depan dan belakang rumah. Semalam hampir separuh air dalam longkang, hari ini alhamdulillah air dah surut separuh dari semalam.

Risau jugak semalam, kalau air turun masuk ke dalam perumahan. Sebab sebelah kawasan perumahan memang tenggelam habis sampai paras peha tak silap. Kawasan sekeliling pun sama.

Ini keadaan semalam 7hb di sekitar Kemaman. Kawasan bandar pun hampir naik tinggi air naik laju.










Ini kawasan jalan selalu Ida lalu nak ke bandar. Ada satu lagi jalan tapi masih boleh lalu.


Keseluruhan kawasan bandar Kemaman pada hari ini



Ini pula kat taman permainan depan kawasan perumahan rumah Ida. Alhamdulillah air kampung sebelah tak masuk sampai sini. Sebab jalan nak ke sini memang dah ditutup air naik paras peha.


Salam takziah pada semua mangsa-mangsa banjir. Ida juga masih dalam keadaan berjaga-jaga takut air turun. Semalam angkat semua karpet yang ada. Buat persiapan takut air sampai rumah.

RESEPI AYAM GORENG SERINGGIT

Assalammualaikum...

Kadang kala lalu kat tepi jalan atau ke pasar malam mesti ada je peniaga yang jual ayam goreng seringgit kan. Selalunya anak-anak la yang suka beli terutamanya bila balik dari sekolah kalau peniaga tu ada jual berdekatan dengan sekolah.



Hari ini Ida nak kongsikan resepi ayam goreng seringgit yang Ida jumpa dalam facebook. Kalau Ida selalunya ayam goreng ni Ida suka gunakan tepung goreng bestari. Sedap tau!

RESEPI AYAM GORENG SERINGGIT




Bahan-bahan:

  • Ayam seekor potong 22-24
  • Bawang putih 5 ulas
  • Bawang besar saiz kecik (1)
  • Halia 1 inci
  • Lada hitam 1 sudu kecil
  • Lada putih 1 sudu kecil
  • Serbuk kari 1 sudu besar
  • Garam dan serbuk perasa adabi

Kisar semua bahan sampai halus dan perap pada ayam.

Resepi tepung salut:

  • 1 cawan tepung bestari pedas
  • 2 cawan tepung gandum (saya pakai jenama Ros sbb ayam akan lebih garing dan rangup)
  • 1 sudu tepung ubi/beras

Cara-caranya:

1. Perapkan ayam dengan bahan blender dan tambah sedikit tepung kering dlm 3 sudu.. perapkan..Sediakan 1 bekas untuk gaul ayam. Tuang sedikit tepung.

2. Masukkan ayam dalam 5-6 ketul

3. Sendukkan tepung salut ke atas ayam

4.Gaul tepung pada ayam (ramas sedikit)

5. Bila tepung dah salut elok, gorengkan ayam pada minyak yg sederhana panas.*boleh salut 2x untuk kesan lebih rangup.

6.Goreng ayam dalam minyak yg banyak, ayam tenggelam ye (utk jimat minyak boleh pakai periuk kecik)

7.Tutup periuk semasa goreng ayam dan buka penutup diminit terakhir sebelum ayam masak,cara ni akan buat ayam rangup diluar dan berjus didalam.

8.Hidangkan panas-panas..

9.Makannn

#untuk lebih senang..boleh je pakai tepung bestari tanpa ada campuran tepung lain.. tapi sebab saya cuma meniaga ayam goreng seringgit..  

saya kena kreatif utk jimatkan kos (ayam mahal weh)
#boleh jugak pakai tepung bestari tak pedas atau apa-apa tepung goreng yang lain.

Credit : Murni Rahmat

SELAMAT MENCUBA!

"GIVEAWAY MINYAK HERBA ASMAK !!! (By Kak Ecah & Blog Naimy Art)"

Assalammualaikum...





klik pada banner untuk join

Giveaway akan tamat pada 1 Febuari 2021

KATA MADAH 43#

Assalammualaikum...






" REZEKI BUKAN HANYA BERUPA WANG, TETAPI JUGA UMUR YANG PANJANG. NIKMATILAH KESIHATAN YANG DIKELILINGI OLEH KEBAIKAN"

Mungkin ramai yang fikir..rezeki duit yang tak melimpah-limpah seperti orang lain. Tapi apa yang dia tak nampak yelah...rezeki kesihatan yang diberikan kepada dirinya sendiri. Mungkin orang tu banyak wang tetapi kesihatan tak bagus. Jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Nikmatilah ia...


7 TIPS SUPAYA MISSION 2021 AKAN TERCAPAI

Assalammualaikum...

Beberapa hari ini hujan mula turun tak henti-henti. Dan ada beberapa kawasan dah mula banjir. Persekolahan juga akan bermula tak lama lagi kan.

Hari ini Ida nak kongsikan 7 tips supaya mission 2021 akan tercapai. Actuallu point ni dapatkan dari Dr Rizal Abu Bakar tapi Ida olah dan berikan sedikit penerangan pasal tips ni okay!



7 TIPS SUPAYA MISSION 2021 AKAN TERCAPAI

1. PLAN (Apa rancangan anda)

Fikirkan apa rancangan uolls pada tahun 2021 ni. Nak buat bisnes online jual baju, nak jual nasi lemak dari rumah. Atau mungkin ada yang teringin nak jadi agen atau dropship. Dan mungkin juga uolls merancang untuk berkahwin tahun ni atau pergi melakukan umrah atau haji. Perancangan ni adalah seperti peta. Perjalanan bisnes supaya kita tidak sesat.

2. MAKE (Buat apa?)

Apa uolls nak buat untuk mulakan rancangan uolls tu? Boleh bermula dengan masuk kelas atau seminar-seminar bisnes yang ada. Mahupun secara online atau offline, free atau berbayar. Semua dah banyak sekarang ni. Kalau nak buat bisnes baju, boleh cari pembekal yang dipercayai. Bagi yang nak berkahwin boleh cari katering atau perancang perkahwinan.

3. GROW (Kembangkan apa?)

Mungkin ada yang nak mengorak langkah nak besarkan perniagaan bisnes kecil-kecilan yang ada sekarang ni. Mungkin dari jual nasi lemak tepi jalan dah mula nak buka kedai sendiri.

4. EXECUTE (laksanakan?)

Bila uolls nak mulakan rancangan ni. Awal tahun? Pertengahan tahun? Cuba targetkan masa yang uolls yakin boleh mulakan.

5. WRITE (tulis apa?)

Tuliskan senarai yang uolls nak buat tu. Dari segi modal atau belanja yang uolls perlukan.

6. LAUNCH (lancarkan apa?)

Apa yang uolls nak lancarkan. Contoh nak berkahwin pada bulan June. So uolls boleh bajet masa untuk settlekan semua perancangan sebelum tarikh tersebut.

Bagi yang mempunyai banyak impian atau mission pada tahun ni. Uolls boleh buat peta. Cari gambar-gambar yang berkaitan kemudian potong dan lekatkan pada kad besar size A3.

Pastikan juga uolls tahu apa rancangan untuk uolls laksanakan untuk setiap impian tu.

Setiap hari menghadap la peta Vision Board uolls tu, imaginasikan apa yang uolls akan buat untuk dapat tercapai impian tu.

Kita ini seumpama seperti pengarah, penulis skrip bagi setiap jalan cerita tu.


Kenapa buat begini? 


Otak manusia ini sebenarnya dapat memproseskan maklumat 60,000 kali lebih cepat dengan imej visual berbanding teks. Guna imej. Banyakkan visual.

Bagi uolls yang baru nak memulakan bisnes boleh dapatkan planner ini serta kit bisnes.




Plan To Success (PTS) didatangkan dengan:

Buku Planner 2021

Undated Planner

PERCUMA :

Buku Nota Idea
Stick 'Em Sticker Book
365 Edisi Cilik
3 Bookmark



Kombo Perancangan Bisnes

Diari Bisnes 
Kira-Kira Bisnes 

Bersaiz A4 Diari Bisnes :
88 Muka Surat Kira-kira Bisnes :
104 Muka Surat 

Buku yang besar untuk memudahkan rekod dengan lebih baik dan jelas

Macam mana nak dapatkan?


Uolls boleh beli dengan Ida sendiri. Boleh wasap atau DM dalam facebook ye.

SEMOGA INI BERMANFAAT.


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)

Email : chintashoope@gmail.com
No ID: 1074293

DIY BUKU PLANNER 2021 DENGAN BUKU NOTA BIASA

Assalammualaikum...

Selalunya tiap-tiap tahun memang Ida akan beli buku planner. Tapi pada tahun ni, Ida nak buat lain sikit.



Kebetulan hari tu ada beli buku nota. Yang jenis cover keras tu kan. So masa tu bukalah pinterest. Banyak template untuk planner tu. So Ida pun download dan print.

Ini beberapa gambar Ida kongsikan. Nanti nak tambah lagi kata-kata semangat semua tu. Tinggalkan sedikti ruang untuk catat apa-apa nota.











Buku ni Ida beli kat MR DIY je. Dalam harga bawah RM10 je. Print semua template ni pun guna pakai recycle paper je.heheh. Jimat tak. Nanti nak print uolls kena tahu adjust size buku nota tu. Macam Ida, edit dalam MS word. Adjust bagi kecil. Masukkan beberapa gambar dalam 1 helai kertas. Jimat la sikit kertas kan.

ada banyak warna, Buku ni warna pastel pink

Nak lebih kreatif uolls boleh tampa la sticker. Atau kalau pandai melukis boleh la lukis-lukis sikit.

Jom buat edit buku planner sendiri

SELAMAT MENCUBA!

HEALTH QUOTES 31#

Assalammualaikum...




" NUTRITION IS THE ONLY REMEDY THAT CAN BRING FULL RECOVERY AND CAN BE USED WITH ANY TREATMENT. REMEMBER, FOOD IS OUR BEST MEDICINE! "

~ Bernard Jensen