Showing posts with label FOOD LOVER. Show all posts
Showing posts with label FOOD LOVER. Show all posts

FLYOVER BURGER & STEAK KEMAMAN

Assalammualaikum..

Bukan selalu nak makan kat luar ni, tambah kalau time sekolah memang lagi la jarang sebab esoknya nak sekolah kan. Kiddos memang dah ajar kena tidur awal pukul 10. Kalau tidur lebih dari waktu tu memang jarang la.

Semalam Ida ke Flyover Burger & Steak Kemaman. Kedai ni sebelumnya ialah kedai kopi, kedai untuk lepak la owner dia orang cina. Tapi dah ditukar kepada kedai lain tapi konsepnya masih ada kat situ jika dilihat pada dekorasi kedai dalam tu. Still nampak macam cafe la.



Makanan dia banyak juga pilihan, lobster pun ada tau tapi harga tak tulis.haha. So boleh agak dah harga lobster ni, mesti dalam RM100 lebih punya. Untuk lamb grilled pun tak ada harga sebab ada banyak pilihan daging dan boleh pergi pilih sendiri.


Double chocolate & Watermelon Juice

Guac Avocado


New York Strip + Black Pepper sauce


Chicken Chop Grilled


Chicken Chop


Baked Oyster + Cheese


Fish & Chip


Bagi Ida harga berbaloi dan berpatutan dengan harga normal kalau masakan Western ni. Portion pun agak banyak dan kenyang juga la semalam.

Siapa yang ke sini boleh la datang try makan sini. Sos black pepper dia pun sedap. Harga dia? Korang boleh tengok sini ye. 



Lokasi di Taman Chukai Utama, berdekatan dengan BumbleBee Kemaman.

KEDAI TEPI JALAN-CENDOL PULUT PASEMBOR KEMAMAN

 Assalammualaikum..

Balik dari kenduri minggu lepas, Ida singgah makan di kedai tepi jalan sebelum sampai ke rumah. Dah makan nasi kenduri pun masih nak makan benda lain juga.haha

Kedai ni takda lah buka dah lama sebab dulu kawasan tu orang buat tapak pasar malam tapi memang tak banyak sebab kawasan tu kecil je dan dekat dengan jalan yang agak sibuk. Sebelah dia pula sekolah rendah cina.


Orang kata kadang kedai tepi jalan lagi sedap dari restoren kan tapi tak semua la sebab kadang ada je makanan tepi jalan yang tak kena dengan anak tekak masing-masing. Lain orang lain seleranya kan.

pasembor

mee rojak

cendol pulut

ABC

Harga pun bagi Ida agak berpatutan. Ok la dengan portion macam tu memandangkan harga barang pun naik sekarang ni. Sos pun sedap kena dengan anak tekak. Pasembor tu kalau balik utara rasanya lagi uhmm..dengan portion lagi banyak kan. Dah lama tak ke Penang. Balik raya tahun ni kalau sempat singgah sana, nak cari la pasembor. 





REVIEW: MAKAN DI AL FATEH DANOK STATION

 Assalammualaikum..

Dah lama Ida tak review bab tempat makanan yang menarik kan. Dah jarang Ida nak pergi makan luar macam dulu. Kalau keluar pun akan pergi ke tempat berhampiran rumah je.

Kali ini Ida nak kongsikan kedai makan berhampiran dengan rumah juga. Actually dah lama kedai ni buka tapi Ida tak berkesempatan nak makan. Selalu lalu je..haha.Tapi kali ini betul-betul singgah makan kebetulan malam tu Ida keluar sebab nak beli barang keperluan sekolah anak-anak.



Al Fateh Danok Station ini bertemakan makanan Thai Western gitu. Dan dalam kedai ini ada tempat duduk yang bertingkat tau. Ida tak dapat nak kongsikan gambar sebab malam Ida pergi tu agak ramai juga orang. Kalau korang tengok Instagram memang ada gambar macam mana seat itu. Gambar kedai pun Ida nak ambil masa itu sebab terlupa.haha. Lapar punya pasal kan. Main redah je.


gambar dari FB Al Fateh Danok Station


Banyak sebenarnya pilihan makanan dan minuman yang ada. Tapi malam tu Ida ambil makanan simple je sebab tak terasa nak makan nasi. Harga makanan kat sana pun bagi Ida agak berpatutan untuk portion dan rasanya pun agak sesuai dengan anak tekak. Kiddos pun suka.

Ini antara makanan yang Ida makan malam tu. Kalau minuman korang boleh juga try minum coffee sana. Tak pasti rasanya sebab malam tu Ida minum Strawberry Thai.

chicken chop

nasi goreng kambing bakar Danok

Chicken Grill


Lokasi: belakang Mr diy, bandar putra mak lagam kemaman
waktu operasi: 3.00ptg-11.00mlm
(TUTUP setiap SELASA)


Siapa yang ke sini jangan lupa datang sini dah cuba ye. Nak datang jumpa Ida pun boleh..hehe

LEKOR BITES CRISPY DENGAN 4 PERISA YANG LEBIH SEDAP, LEBIH RANGUP

 Assalammualaikum..

Setiap kali korang pergi holiday ke Terengganu. Antara makanan yang mesti korang akan cari ialah keropok lekor betul tak? Kalau macam Ida memang stay kat sini, boleh dikatakan memang kerap makan. 




Kali ini Ida nak perkenalkan makanan ringan yang korang boleh beli dan makan di mana-mana sahaja korang berada. Dan semestinya ini sangat sesuai dengan citarasa korang yang universal.



Lekor Bites Crispy yang diperbuat daripada resepi rahsia Terengganu paling asli yang mengandungi 100% ikan segar dan tinggi protein. Ia digoreng menjadi kerepek yang 2 kali ganda lebih rangup, lebih sedap!  Ia terdapat dalam 4 perisa dan 3 antaranya adalah 3 perisa yang baru.





3 jenis tahap kepedasan:

1. Tom yum - gaya Thai pedas. Terasa tomyamnya yang masam masin.

2. Hot & Spicy - pedas biasa. Tidak terlalu pedas bagu Ida tapi sedap.

3. Seaweed Wasabi - gaya Jepun pedas. Rasanya tidak seperti wasabi yang asli yang menyengat hidung tapi bagi Ida ini masih terasa sedikit.





Dan satu lagi ada perisa asli keropok lekor Terengganu. Makanan ringan kebangsaan ini sangat sesuai dibawa dan dimakan di mana-mana sahaja. Di rumah mahupun di luar rumah. 

Kalau Ida sambil layan k-drama mesti la ada kudapan ini, baru la layan kan tengok cerita. Oh ia juga didatangkan dengan sos cili istimewa yang rasanya pedas dan manis. Keropok lekor ini kalau makan dengan sos baru terasa uhmmnya. Betul tak?




Facebook : LekorBites

Shopee : LekorBites

Lazada : LekorBites

CUBA MENU BARU DI JEBAT COFFEE

Assalammualaikum...

Dalam entry sebelum ini Ida ada kongsikan review tentang kedai makan baru berhampiran dengan rumah Ida kan. So dalam minggu ni dah 2 kali Ida pergi lagi selepas PKP.hahaha. Nak hirup udara luar..kesian kat kiddos asyik kena tinggal je duduk rumah kalau Ida keluar beli barang.


Sekarang ni Jebat Coffee dah ada menu baru tau. Serius..semuanya sedap-sedap. Ini Ida kongsikan gambar-gambar die ye.Hari pertama :

Menu macam biasa, kiddos akan order Char Kueteaw dan cheesy wedges. Dan kali ni cuba menu baru iaitu Chicken Burger. Burgernya simple tapi sedap dan puas makan sebab besar.





Hari kedua : Kebetulan masa ni Ida dah masak nasi..dah siap hidang lauk semua nak makan. Sekali buka periuk nasi tak masak, rupanya tak tekan.hahaha. Tak pasal-pasal kena makan luar.

Kali ni pun sama. Kiddos memang suka Char Kuewteaw. Lepas tu ada makan nasi lemak bungkus die. Sedap sambal die. Lepas tu ada juga try menu baru iaitu Taming Sari Coffee dan Korean Spicy Chicken. Sedap spicy chicken die..serius. Pedas-pedas manis. Walaupun pedas tapi nak juga makan lagi. Pedas die takat kat bibir je..bukan macam masakan melayu. Kalau pedas tu sampai ke dalam perut.

Ada 2 air coffee baru iaitu Taming Sari dan Cindai tapi hari itu Cindai Coffee dah habis. Bezanya..Cindai tu topping die coklat katanya dan Taming Sari tu topping die whip cream dan karamel. Takpe lain kali boleh try lagi..dekat dengan rumah je kan.hehehe


Nampak sedap kan Korean Spicy Chicken die. Puas hati makan


Taming Sari Coffee dengan Lekir Coffee





Makan semua licin masuk perut. Char Kueteaw tak sempat nak snap sebab dah lapar masa tu.hahaha. Kiddos makan pun sampai licin. Uolls kalau ke sini boleh la singgah sini makan, serius pun hati makan. Nanti boleh la kita hangout sama-sama :)


WARUNG KUALI PANAS KEMAMAN TERENGGANU

Assalammualaikum...

Mencari makanan lagi. Kali ini Ida pergi jauh sedikit dari kawasan rumah. Hampir ke bandar. Lokasi kali ini di Bukit Mentok Kemaman Terengganu. Asalnya sama juga nak makan je di sekitar rumah. Sampai sana je kedai tutup. Masa pun dah agak lambat sebab rancangnya nak keluar lepas Isyak sebab kedai dekat je dengan rumah. Sekali kedai tutup pula. Takde rezeki nak cuba makanan kat situ.


Kali ni di Warung Kuali Panas yang agak ramai juga orang datang makan kat sini. Kedaiya lot di bahagian hujung, so agak luas jugalah. Sampai sana seperti biasa memang kena ikut SOP ye. Scan code dan pakai mask.

Menu di sini memang banyak. Masakan melayu, western dan shellout. Shellout la paling famous kat sini. Harga pakej shellout ni tak silap dalam RM40 macam tu untuk 2-3 orang makan.Menu yang Ida pilih malam tu western gitu. Malas dah nak makan nasi sebab dah pukul 9 lebih masa tu.

Menu yang Ida pilih ialah:
  • Fried Chicken Chop RM12 atau RM13 dah lupa
  • Grilled Chicken Cheese RM15
  • Mee Kungfu
  • Air barli
  • Jus tembikai

Fried Chicken Chop

Grilled Chicken Cheese



Western di sini sedap dan banyak kuantiti nya. Selalunya bila makan western, french fries memang sikit tapi kat sini banyak ooo..puas hati makan. Yang tak puas hatinya makanan lambat sangat kat sini. Kalau masakan melayu cepat plak. Pekerja situ kata orang order banyak. Ok takpe Ida is tak kisah sangat pun. Puas hati la kalau makanan situ sedap dan banyak macam tu.

Bestnya order air jus tembikai kat anak-anak. Selalu order air jus memang akan bagi jus sahaja la kan. tapi kat sini jus tembikainya siap ada buah tembikai lagi yang dipotong dadu kat atas dia. Bukan sikit. Ada la dalam 7 ketul macam tu. Puas hati!

So siapa yang jalan-jalan di sekitar sini boleh datang makan di sini. Mana tahu memenuhi citarasa uolls kan.

Lokasi

Warung Kuali Panas Kemaman
buka jam 5.30ptg-1pagi
SETIAP JUMAAT CLOSE
Bandar Baru bukit Mentok Kemaman Terengganu


Follow FB

CHILI'S PIZZA BANDAR PUTRA KEMAMAN TERENGGANU

Assalammualaikum...

Kali ini review lagi kedai makan berhampiran dengan rumah. Kedai ni dah lama buka tapi baru sekarang berkesempatan nak cuba. Kebetulan memang nak makan dekat dengan area-area rumah je. Malas nak makan di bandar.



Kali ini cuba pula di kedai Chili's Pizza. Kedai ini simple je..hiasan pun macam ala-ala barang IKEA nampak. Susunan meja die pun tak banyak..so memang tak sempit sangat la kalau ramai orang sekali pun.

Menu makanan die??

Macam francais yang lain tu..ada pizza, ada spagetti dan sebagainya. Rupanya ada menu lain dalam tu tapi tak perasan plak masa baca menu tu.

Menu we olls malam tu semestinya pizza la. Si Aqil tiba-tiba nak makan pizza plak dia kata. Malas dah nak pergi ke bandar tu.







Dalam menu yang Ida pilih ni ada :
  • 1 Pizza regular
  • 2 mushroom soup
  • 2 air coke
  • 1 curly fries
Total set ni RM33. Ok la kan..

Disebabkan budak-budak ni tak minum air gas so tukar la dengan air ice lemon tea so kena tambah duit la sikit. Garlic bread takde dalam set ni so kena add on.

Total makan malam tu RM37

Pizza yang Ida pilih tu Beef Pepperoni. Cheese die banyak serius tapi tak cukup la. Sebab size regular tu dalam 6 slice je. Kalau nak tambah cheese lagi baru tambah RM6 untuk size regular. RM5 untuk size personal.

Overhaul bagi Ida ok la kalau nak datang makan sini if terasa anak tekak tu nak makan pizza tapi malas nak ke bandar. Rotinya lembut cuma tak kena dengan anak tekak Ida ni. Garlic bread die sedap..buat sendiri. So terasa garlic die tu. Nampak la garlic die dicincang sikit tu.

Berapa star Ida bagi kali ni??

Ida bagi 3.5 star sahaja. Mungkin kena dengan anak tekak korang..mana tahu kan. Citarasa orang lain-lain.

Lokasi

CHILI"S PIZZA KEMAMAN
BANDAR PUTRA MAK LAGAM. 
(SEBELAH. BUNDLE IMAN SOPHEA) 
(SEDERET MADAM QUEEEN KEMAMAN)

Follow FB

REVIEW: JEBAT COFFEE DI KEMAMAN TERENGGANU

Assalammualaikum...

Masa Hari 1 Malaysia baru ini Ida ada singgah di sebuah cafe berhampiran dengan rumah. Kedai ni masih baru lagi dibuka. Kebetulan pada hari itu si Asyraf gigi gerahamnya nak tercabut. Nak tarik tak boleh sebab gigi geraham kan. So fikir malam tu nak pergi klinik cabut gigi.



Kemain pergi ke klinik lepas magrib tu, la semua klinik tutup rupanya. Terpaksa la suruh die tahan sampai pergi klinik hujung minggu nanti. Sudahnya esok tu gigi die dah tercabut sendiri lepas die goyangkan.hahaha. Selamat duit. Actually gigi tu memang dah nak cabut sikit lagi tapi susah nak tarik, tu nak bawa die pergi klinik risau tertelan gigi tu masa makan atau tidur.

Dah klinik tak buka, masing-masing dah kata lapar. So kitorang pergi la cuba ke kedai baru area rumah ni. Kedainya bahagian hujung sekali. Memang bangunan kedai ni masih baru. Jadi memang tak ramai orang lagi yang familiar dengan tempat ni. Dan banyak juga kedai-kedai baru yang dibuka kat sini.





Menu di sini masih tak banyak tapi ramai yang datang juga sebab coffee die memang sedap dan makanannya pun boleh tahan sedapnya juga. Kalau malam nak lepak kedai, tak tahu nak makan apa boleh datang lepak dan makan kat sini. Santai-santai bersembang dengan kawan-kawan dan minum coffee sini mesti best kan. Ala-ala Starbuck gitu.


Ini antara yang kitorang try malam tu..

Air Milo tabur


Tuah Coffee ( Hazelnut )


Jebat Coffee ( caramel+vanilla )


Char Kuey Teow biasa
(recommended)


Potato Wedges

Ini menu-menu yang ada kat Jebat Coffee ni. Macam Ida cakap masih tak banyak pilihan yang ada tapi masih sedap untuk cuba lagi. Insyallah dengar kata akan masuk makanan western kat sini. So kita tunggu dan cuba nanti k..






Boleh singgah jenguk page Jebat Coffee

FB page : https://www.facebook.com/Jebat-Coffee-104594121369704

Waktu beroperasi : 5 petang - 12 malam
Lokasi: berdekatan DIY Mak Lagam
Waze : Jebat Coffee
Hubungi : 01133256929