Showing posts with label KHASIAT BUAH. Show all posts
Showing posts with label KHASIAT BUAH. Show all posts

10 KEBAIKAN BUAH TEMBIKAI UNTUK KESIHATAN

Assalammualaikum...

Siapa tak suka makan buah tembikai kan? Kalau setiap kali bulan puasa, tembikai ialah buah yang wajib Ida sekeluarga akan makan waktu berbuka ataupun bersahur.

Buah tembikai ni senang didapati dalam pasaran dengan harga yang berbaloi. So memang kalau terasa nak makan buah tembikai, pergi je beli kat pasaraya atau pasar.


Tahu tak??

Buah tembikai adalah salah satu buah yang disukai oleh Nabi Muhammad SAW. Buah tembikai ini membantu menjaga dan mempertahankan kesihatan kita. Warna merah tembikai yang menggiurkan itu mengandungi nutrisi, mineral, kalium, betakarotin, Vitamin C dan juga serat yang diperlukan tubuh badan.

Di sini Ida nak kongsikan 10 kebaikan buah tembikai untuk kesihatan

10 KEBAIKAN BUAH TEMBIKAI UNTUK KESIHATAN


1. Menambah Imun Dalam Badan.



Kandungan Vitamin C yang tinggi dalam buah tembikai didapati dapat membantu system imun dalam badan, memendekkan tempoh berlakunya penyakit dan juga membantu tubuh badan melawan penyakit jantung dan kanser.

2. Membantu Kesihatan Jantung


Kajian menunjukkan yang pengambilan potassium daripada buah-buahan dan juga sayur-sayuran mampu untuk menurunkan kesan darah tinggi dalam tubuh badan orang dewasa. Ini secara tidak langsung dapat merendahkan risiko strok dan juga penyakit jantung.
.
3. Melegakan Sakit Pada Otot


Tembikai mengandungi Vitamin C yang diketahui mampu untuk melindungi tulang dan rawan, menyembuhkan tendon dan ligament, dan juga mempercepatkan proses penyembuhan luka dan tisu parut.
.
4. Mencegah Batu Karang Dalam Buah Pinggang


Tembikai adalah salah satu diuretic semulajadi, yang membantu membuang segala sisa melalui penambahan pengeluaran air kencing. Dalam pada minuman berkafein berfungsi sebagai diuretic, ia membebankan fungsi buah pinggang, tetapi tembikai tidak.
.
5. Membantu Proses Detoks




Kandungan tembikai mempunyai kandungan air yang tinggi (91 peratus) Memakan buah dan sayur yang mempunyai kandungan air yang tinggi membantu tubuh badan membuang toksin dan mengelakkan badan daripada menyimpan air yang berlebihan. Ia seterusnya melegakan perut kembung dan lebam.
.
6. Membantu Melawan Penyakit Kanser


Buah tembikai juga terkenal sebagai sumber antioksidan Vitamin A dan Vitamin C, di mana keduanya membantu melawan radikal dan menghalang DNA dari terus berkembang secara tidak selamat. Perkembangan DNA secara tidak selamat ini berpotensi membentuk tumor kanser.
.
7. Melindungi Kesihatan Kulit


Kajian turut menunjukkan yang kandungan antioksidan Vitamin A dan Vitamin C memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan kesihatan kulit terutamanya bagi mereka yang telah berumur.
.
8. Merangsang Kesihatan Mata


Tembikai mengandungi Beta Karotena, dalam bentuk Vitamin A yang ditemui dalam tumbuh-tumbuhan. Ia sangat penting untuk mengelakkan kerosakan retina mata yang menyebabkan kehilangan penglihatan
.
9. Membantu Menurunkan Berat Badan


Tembikai mengandungi kandungan kalori yang sangat rendah disebabkan oleh kandungan air yang tinggi Walaupun begitu, ia mengandungi nutrien yang penting. Dengan hanya 40 kalori bagi setiap cawan tembikai, ia adalah bahan kudapan terbaik atau bahan tambahan kepada jus yang menyihatkan.
.
10. Mengurangkan Pedih Ulu Hati


Tembikai dapat membantu melegakan saluran usus dalam perut dan menyeimbangkan tahap pH dalam perut. Ianya dilakukan dengan mengurangkan keradangan dan penghasilan asid dalam badan.

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

12 KHASIAT BUAH PISANG KEPADA KESIHATAN KITA

Assalammualaikum..

Siapa peminat buah pisang ni? Senang kata memang "hantu pisang". Kalau sekali beli, boleh habis setandan sehari. Buah pisang ni memang senang dijumpai dan selalunya dimakan sebagai pencuci mulut.


Buah pisang ni memang sedap dimakan begitu sahaja atau dibuat sebagai pencuci mulut mahupun kuih-muih. Senang kata pelbagai masakan boleh dilakukan dengan buah pisang ni. Malah terdapat banyak jenis buah pisang ni seperti pisang emas, pisang tanduk dan banyak lagi.

Buah pisang ini sangat bagus untuk kesihatan kita sebab mengandungi pelbagai nutrisi seperti vitamin A, B, C, dan E, serta kandungan lainnya seperti kalium, zinc, zat besi dan mangan.



Jom kita baca khasiat buah pisang ni kepada kesihatan kita.

12 KHASIAT BUAH PISANG KEPADA KESIHATAN KITA

1. Bagus untuk sistem pencernaan kita


Pisang ni kaya dengan serat yang dapat membantu melancarkan sistem pencernaan kita dan membantu pergerakan usus kita menjadi lebih teratur. Malah kandungan pektin dalam buah pisang ni membantu atasi masalah sembelit. 

2. Menurunkan tekanan darah


Kandungan kalium dalam buah pisang ni membantu elakkan dari peningkatan tekanan darah yang boleh menyebabkan risiko stroke. 

3. Membantu perkembangan janin bagi ibu hamil


Ibu hamil bukan sahaja digalakkan makan makanan seimbang malah juga berkhasiat. Tahu tak? Ibu hamil sangat digalakkan makan buah pisang ni kerana membantu perkembangan bayi dalam kandungan. 

Ini kerana kandungan nutrisi seperti kalium dan juga asid folat. Selain itu pisang juga kaya dengan kandungan vitamin dan mineralnya yang penting seperti vitamin C, vitamin B Kompleks, kalium, kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium.

4. Memberikan tenaga


Buah pisang merupakan salah satu makanan yang baik untuk mereka yang diet atau tak sempat bersarapan. Ini kerana pisang ni membekalkan sumber tenaga yang cukup untuk kita. Malah memakan 2 pisang sehari boleh membantu meningkatkan sistem imunisasi badan kita.

5. Membantu mencegah Osteoporosis


Kandungan fructooligosaccharide merupakan prebiotik baik dalam buah pisang yang membantu badan kita menyerap nutrisi dengan lebih baik. Jadi dengan penyerapan kalsium yang baik ke dalam tulang membantu mengelakkan kita dari penyakit Osteoporosis.

6. Membantu mengurangkan PMS ketika haid


Orang perempuan ni dengan masalah "period pain", atau sengugut (PMS) adalah normal. Tahu tak? Pemakanan buah pisang semasa haid boleh membantu mengurangkan masalah sengugut tu.

7. Membantu menurunkan berat badan


Ramai antara mereka yang sedang berdiet suka buah pisang ni. Ini kerana kandungan kalori yang rendah sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan malah membantu bekalkan tenaga yang baik.

8. Membantu tingkatkan daya ingatan dan mood


Pisang mengandungi triptofan yang merupakan sejenis asid amino yang membantu meningkatkan tahap daya ingatan dan mood kita.

9. Mengurangkan masalah asma atau lelah


Dalam satu kajian oleh Imperiel Collage of London mendapati kanak-kanak yang makan satu biji pisang sehari boleh mengurangkan risiko sebanyak 34% dari penyakit asma atau lelah.

10. Kesihatan jantung


Dalam buah pisang mengandungi serat, potassium, vitamin C, dan B6 yang membantu supaya jantung lebih sihat dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Malah boleh membantu mencegah penyakit-penyakit lain seperti strok, batu karang dan lain-lain.

11. Mengurangkan risiko kanser


Salah satu sumber dalam buah pisang iaitu vitamin C yang berfungsi membantu mencegah pembentukan radikal bebas dalam badan yang boleh menyebabkan kanser. 

12. Berhenti merokok


Bagi mereka yang sedang mencuba untuk berhenti merokok, apa kata cuba dengan memakan pisang setiap hari. Ini kerana dalam pisang mengandungi vitamin B dan mineral lain yang memberi kesan pada nikotin pada perokok. Ini akan menyebabkan si perokok berasa pahit secara langsung untuk merokok lagi.

Merokok bukan ke membahayakan kesihatan kita dan orang sekeliling kita. Jadi Ida nasihatkan silakan berhenti merokok.

Jadi apa kata selepas ni cuba la untuk makan sekurang-kurangkan 1 biji pisang setiap hari untuk tingkatkan kesihatan kita. 

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!!



8 KHASIAT BAWANG MERAH

Assalammualaikum...

Apa bahan-bahan masakan asas la yang wajib korang perlukan untuk memasak selain bawang putih?



Yup semestinya bawang merah. Kalau takde dua jenis ni memang rasa kurang masakan kita, betul tak? Hampir semua resepi masakan mesti ada bawang merah ni kecuali nak buat kek la kan. Kalau ada yang letak juga dalam kek tu Ida tak tahu la rasa macam mana. Belum pernah lagi ni.hehehe.

Bawang merah ni sebenarnya ada banyak khasiatnya tau. Tapi ramai yang tak suka nak makan sebab kadang tak suka bau die la dan sebagainya. Ida pernah tengok dalam 1 cerita ni, dia berjaya turunkan berat badan dengan hanya memakan bawang merah sahaja. Maknanya apa yang die makan contohnya nasi, mesti akan bersulamkan dengan bawang merah. Sebab apa , ok nanti Ida ceritakan.

Image result for khasiat bawang merah

Tahu tak sebiji bawang merah tu mengandungi:
  • 64 kalori
  • 15 gram karbohidrat
  • 0 gram lemak
  • 0 gram kolesterol
  • 3 gram serat
  • 7 gram gula
  • 2 gram protein dan 10%
  • Vitamin C, vitamin B-6 dan mangan
  • Mengandungi kalsium, zat besi, asam folat, magnesium, fosfor dan kalium antioksidan quercetin dan sulfur.
8 KHASIAT BAWANG MERAH

1. Membantu mencegah kanser

Bawang merah mengandungi antioksida yang tinggi yang mampu melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan berlakunya kanser.

2. Kuatkan sistem imun

Ini kerana kandungan quercetin di dalamnya melawan virus mahupun bakteria yang datang hinggap kat badan kita ni. Termasukla mereka yang kerap selsema atau demam, buatlah sup dan lebihkan bawang merah mahupun bawang putih.

3. Membantu menurunkan berat badan

Ini yang Ida cakapkan tadi. Ini kerana terdapat kandungan kromium yang membantu membakar lemak korang dengan lebih baik.

4. Jantung yang sihat

Bawang merah kan ada banyak kromium yang akan membentuk satu bahan kimia yang membantu mengurangkan risiko serangan jantung. Ini juga membantu untuk mengawal dari berlakunya penyakit darah tinggi dan sebagainya.

5. Membantu masalah sembelit

Ini kerana bawang merah mempunyai serat yang berkhasiat yang membantu mencuci usus kita dan hancurkan makanan yang keras dalam usus supaya lebih mudah membuang.

6. Mengurangkan risiko kanser prostat

Dalam satu study oleh Journal of National Cancer Institute mengatakan bawang merah membantu mengurangkan risiko kanser prostat. Ini juga boleh membantu mereka yang alami masalah dalam seks.

7. Tidur yang lebih lena

Dalam bawang merah ada folat yang akan membantu cegah homosistein ni sampai ke otak. Ini kerana homosistein mempengaruhi produksi hormon serotonin, dopamine, dan norepinephrine yang bukan sahaja menganggu kesihatan hati malan membuatkan kita jadi susah nak tidur dan nafsu makan meningkat.

8. Membantu pesakit kencing manis

Salah satu zat yang terkandung dalam bawang merah adalah tolbutomid yang ternyata dapat membantu untuk mengawal gula darah dalam hati , mengatur pelepasan insulin dan mencegah adanya gangguan yang menjejaskan pengeluaran insulin dalam tubuh .

Jadi lepas ni jangan rasa malas-malas nak letak bawang merah dalam masakan atau makan. Banyak khasiat dia tau!!

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!!

KEBAIKAN BIJI LABU YANG RAMAI TAK TAHU

Assalammualaikum...


Tahu tak biji labu ni kaya dengan fosforus,manganese,magnesium, iron,copper,zinc,vitamin K,vitamin B dan vitamin E.



Sebenarnya ramai tak tahu biji labu ni ada banyak kebaikannya.Antaranya:

- mengurangkan paras LDL dalam kolestrol
- mengurangkan depresi/stress
- membantu mendapatkan tidur yang lena
- elakkan dari berlakunya masalah osteoporosis
- masalah cacing dikalangan anak-anak
- melegakan demam
dan banyak lagi.

Senang kata kebaikan buah labu ni bukan sahaja pada isinya tapi pada daun, bunga malah bijinya juga.



Related image

Di mana biji labu ni membantu merangsang interferon semulajadi dalam tubuh dan menentang radikal bebas.

Apa pula interferon ni? 


Ini macam perisai untuk pertahanan sistem badan kita. Tadi kan Ida kata salah satu kebaikannya untuk melegakan demam. Ini la sebenarnya, interferon ini membantu kuatkan sistem imun kita dari terus demam berlarutan.



Macam nak dapatkan kebaikan biji labu ni..takkan nak telan sebiji-biji macam tu. Takpe Nutriferon kan ada..hehehe. Senang,..masuk dalam mulut terus.



Klik di sini untuk pembelian segera




Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

12 KEBAIKAN BAWANG PUTIH YANG MUNGKIN AKAN MENGEJUTKAN KORANG!

Assalammualaikum..

Bawang putih memang selalu korang akan gunakan untuk memasak. Kalau takde bawang putih memang tak sedap. Ada tu memang suka letakkan bawanhg putih dengan banyak, Baru terasa kesedapannya. Kalau orang Korea diorang memang suka makan bawang putih ni. Makan mentah je pun boleh.


Bawang putih terkenal sebagai penawar kesihatan semulajadi yang telah digunakan sejak dahulu lagi untuk merawat pelbagai penyakit. Malah bawang putih juga sudah diproseskan menjadi serbuk kering atau kepingan yang terjual di mana-mana pasaraya. Ini ada 12 kebaikan bawang putih yang mungkin korang tak tahu.


12 KEBAIKAN BAWANG PUTIH

1. Meningkatkan sistem imum


Ia membantu untuk kuatkan sistem imum badan dan melawan penyakit berjangkit seperti selsema,kulat,kuman,virus dan yis candida. Petua orang lama makan seulas bawang putih dan dicelup dalam madu sebagai ubat selsema. Cuba la! Kalau anak-anak Ida suka nuat minyak bawang putih.Memang berkesan!

2. Kurangkan masalah keguguran rambut





Bawang putih mampu mengurangkan masalah keguguran rambut. Ini kerana tahap yang tinggi allicin, sebatian sulfur yang serupa dengan yang terdapat dalam bawang, yang ditemui untuk merawat kehilangan rambut dengan berkesan. Gosok bawang putih pada kulit kepala selama 2 minggu dan lihat perubahannya. Atau boleh juga buat minyak bawang putih dan dijadikan minyak rambut. 

3. Ubat jerawat semulajadi



Ubat jerawat yang dijual di farmasi memang akan menghakis kulit. Ida pernah guna dulu ubat hospital, jerawat hilang tapi kulit la kena tahan seksa pedih sekejap. Apa kata selepas try menggunakan bawang putih plak, ubat jerawat semulajadi. Ia merupakan antioksidan yang tinggi untuk hilangkan jerawat, Gosok je bawang putih pada jerawat dah lihat kesannya. 


4. Redakan penyakit kulit psoriasis


Disebabkan bawang putih telah menunjukkan ciri-ciri antiradang, ia boleh digunakan untuk mengurangkan atau meredakan penyakit kulit proriasis. Cuba sapukan minyak bawang putih pada kawasan ruam pada kulit.

5. Mengurangkan berat badan


Bawang putih boleh membantu korang dalam mengawal berat badan.Menurut pakar pemakanan Cynthia Sass, yang telah menjalankan satu kajian pada seekor tikus dan menunjukkan makanan yang mengandungi bawang putih dapat mengurangkan berat badan mereka. Jadi setiap kali kita masak dengan menggunakan bawang putih secara tak langsung dapat mengawal berat badan kita. I loike!

6. Mengeluarkan serpihan pada kulit


Kadang kalau bila serpihan kaca atau kayu yang masuk ke dalam kaki memang susah nak dikeluarkan. Bawang putih merupakan salah satu penawar tradisiomal zaman dulu untuk membantu mengerlukan serpihan pada kulit. Letakkan seulas bawang putih dan balutkannya.  

7. Mengurangkan masalah kaki berbau


Busuk tak kaki korang kalau pakai kasut terlalu lama? Atau pada para atlet yang sentiasa berpeluh. Masam bau kan? Dengan ciri-ciri anti fungal di dalam bawang putuh membantu untuk mengatasi masalah kaki berbau. Caranya rendan kaki korang dalam air suam dan bawang putih yang telah dihancurkan.

8. Ubat penahan gigitan nyamuk


Kalau korang tengok citer vampire aka pontianak mesti tak suka bau bawang putih kan. Ada kaitan ke?Satu kajian di India telah mendapati bau bawang putih pada anggota badan akan mengelakkan gigitan sebarang serangsa seperti nyamuk. Nyamuk kan hisap darah sama la juga macam vampire.hahahaha. Kalau dalam hutan korang try letak bawang putih berhampiran korang, nyamuk mesti taknak datang dekat.  

9. Gam semulajadi


Kalau perasan setiap kali potong bawang mesti akan rasa macam melekat kan? Ini kerana bawang putih mempunyai kualiti pelekat semulajadi. Nak rasa anak-anak selamat menggunakan gam. Hancurkan beberapa ulas bawang ptuih dan bagi mereka gunakan untuk gam apa-apa pun. Kalau termakan pun masih selamat kan cuma berbau la skit.hehehhe

10. Racun perosak pada tumbuhan


Stress rasa kalau tengok pokok yang kita tanam habis dimakan serangga perosak kan? Ha...buatkan racun perosak dengan menggunakan bawang putih. Campurkan bawang putih, air, dan sabun cecair dan semburkan pada tumbuhan.

11. Menurunkan kolestrol


Kajian telah menunjukkan manfaat mengambil bawang putih sangat bagus untuk penyakit jantung. Ia akan menurunkan kolestrol LDL,trigliserid dan kelikatan darah,bekuan darah dan akan meningkatkan HDL, melindungi jantung serta menghalang strok dan penyakit koronari.

12. Mencegah kanser


Ia membantu untuk mengelakkan dan merawat kanser dengan mengurangkan tanda awal kanser (nitrosamine)



Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

6 KHASIAT KOPI,PAHIT TAPI SEDAP

Assalammualaikum...

Siapa sini peminat tegur air kopi? Tak kisah kopi jenis macam mana pun.Walaupun pahit sebenarnya sedap. Tapi jangan pula sampai keterlaluan. Cukup la sekadar sehari secawan kopi. jangan pula bercawan-cawan nanti datang pula masalah lain.


Kopi sebenarnya sangat baik untuk kesihatan tubuh badan. Ianya kaya dengan kandungan antioksidan dan nutrien yang mampu meningkatkan kesihatan menyeluruh. Malah ada kajian yang dijalankan turut menunjukkan bahawa mereka yang menggemari kopi mempunyai risiko rendah untuk segala jenis penyakit. Ini ada 6 khasiat kopi yang nak dikongsikan.

6 KHASIAT KOPI

1. Tingkatkan tenaga


Setiap kali bila letih dan penat mesti kita akan minum kopi kan,sebab apa? Ini kerana ianya kaya dengan kandungan kafein, yang mana ianya merupakan bahan psikoaktif yang kerap diambil di seluruh dunia. Fungsi otak akan lebih aktif termasuklah aspek dari segi memori, mood, waspada, tahap tenaga, masa tindakbalas dan fungsi kognitif am.

2. Pembakaran lemak.


Bila bercakap dengan produk pembakar lemak, kita mesti berhati-hati dalam memilihnya kerana kebanyakkannya mengandungi kafein yang terbukti membantu dalam pembakaran lemak. Sesetengah kajian juga mendapati bahawa kafein boleh meningkatkan kadar metabolisme dari 3% ke 11%. Kajian lain pula mendapati kafein mampu meningkatkan penghapusan lemak sebanyak 10% pada individu yang mengalami masalah obesiti dan 29% pada individu biasa.

3. Tingkatkan prestasi fizikal


Kafein merangsang sistem saraf yang menyebabkan ia untuk menghantar signal kepada sel lemak untuk membakar lemak dalam badan. Kafein menjadikan sel lemak memusnahkan lemak tubuh yang berlebihan, melepaskan ia ke dalam darah sebagai asid lemak dan menjadikan ia sebagai penjana tenaga. Disebabkan kesan ini, ianya tidak mustahil yang kafein sebenarnya boleh membantu meningkatkan prestasi tubuh badan kita. 

4. Kurangkan risiko dari terkena penyakit Diabetes II.


Penyakit Diabetes II adalah masalah penyakit yang paling besar di dunia. Di mana apabila gula dalam darah yang tinggi dalam konteks rintangan insulin atau ketidakupayaan untuk merembeskan insulin. Bagi sesetengah sebab, peminum kopi sebenarnya mengurangkan risiko dari terkena penyakit Diabetes II.

5. Bantu lawan stress



Bila seseorang stress dan akan hilang pertimbangan ia juga berkemungkinan akan menjadi lebih serius
Tekanan adalah satu masalah mental yang sangat dipandang serius. Kajian Harvard mendapati wanita yang mengambil empat atau lebih cawan kopi sehari mempunyai 20% risiko rendah untuk mengalami tekanan. Kajian lain pula mendapati empat atau lebih cawan kopi sehari kurang 53% untuk melakukan bunuh diri.

6. Risiko penyakit kanser kurang.


Kanser merupakan penyakit pembunuh no 1 di dunia. Sebenarnya kopi ni mampu menghalang tubuh dari 2 jenis kanser iaitu kanser hati dan kanser kolorektal. Mereka yang mengambil kopi sebagai rutin didapati mempunyai risiko rendah untuk menghidap penyakit ini.

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!