RESEPI UDANG HARIMAU MASAK LEMAK CILI API

12:01:00 PM

Assalammualaikum...

Pada hujung minggu lepas alhamdulillah ada rezeki Ida dapat seplastik udang harimau. Boleh tahan la ada besar juga beberapa ekor. Puas hati boleh makan. Selalu beli udang kecil-kecil je buat masak sambal udang. Kali ini dengan udang besar ini Ida buat masak lemak cili api.




RESEPI UDANG HARIMAU MASAK LEMAK CILI API

Bahan-bahan :

  • udang harimau/ udang biasa pun boleh je
  • santan 1 kotak kecil ( kalau nak pekat boleh tambah sikit lagi ) *
  • cili padi ( ikut kepedasan ) *
  • cili merah *
  • kunyit hidup *
  • bawang putih beberapa ulas *
  • garam
  • gula melaka ( ida suka guna gula melaka kalau masak )
  • tomato
  • daun kunyit


CARA-CARANYA:

1. Blend semua bahan-bahan yang bertanda *

2. Masukkan semua dalam periuk yang dipanaskan tanpa minyak. Biarkan masak sekejap dan masukkan udang.

3. Bila mula dah nak mendidih tu, masukkan la semua bahan-bahan yang lain.

4. Bila dah rasa semua cukup, boleh tutupkan api dan dihidangkan.

Bila masak macam ni, makan pula dengan ulam-ulam ke..sayur tumis ke. Sedap tau. Boleh menambah nasi kalau masak macam ni




SELAMAT MENCUBA

You Might Also Like

31 penggomen

  1. Macam sama plak resipi kita nak masak udang masak lemak ni. Rawlins kurangkan cili sebav sejenis tak makan pedas hehe

    ReplyDelete
  2. Yummy!!!!!!!!!! Sedap nyer tiger prawns masak lemak cili api nie. Skali makan trus menjilat jari. Hehehe. Thank you for the recipe dear. Take care.

    ReplyDelete
  3. serius sedap. i memang suka udang. nanti nak buat la masak lemak.

    ReplyDelete
  4. OMG! Reading this at this hour is really making me hungry. It has been a while since I last had any lemak. :D These huge prawns look truly delicious and succulent.

    ReplyDelete
  5. memang fav ni kalau udang masak lemak cili api. Kadang tu tambah rebung fuhhh makan bertambah jadinya

    ReplyDelete
  6. Selalu ada beli udang harimau macam ni kat Haseyo World, boleh la try masak lemak cili pulak tapi my housemate tak boleh makan pedas sangat.. kena suruh dia yang masak la macam ni :) ikut tahap yang dia boleh makan hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh..takpe..boleh asingkan kuah die kalau tak suka pedas

      Delete
  7. Tibaa rasa nak masak lemak udang pulak, udang ada tu semalam beli, tapi nanas pulak takde, sebab Sis suka letak nanas dalam lemak udang..

    ReplyDelete
  8. Sedapnya, lama tak makan udang sebab alergik. Tapi memang favourite sangat udang lemak cili api. Aduhh kena g beli pulak nih hehe

    ReplyDelete
  9. Teringat masa duduk kat Pantai Timur dulu, selalu makan udang harimau. Kat sana makanan laut memang murah2.

    ReplyDelete
  10. ni salah satu menu udang kegemaran saya. lama tak pekena. terus rasa nak buat esok. sedapnya.

    ReplyDelete
  11. Udang Harimau sedapnya dan juga masak lemak best gilerrr kegemaran kita kalau pedas lagi best hehehehe kita pernah buat juga tapi cara ni lagi mudah dan senang cepat...

    ReplyDelete
  12. i love tiger prawns and this is the perfect way to cook them! Thanks for sharing the easy recipe :)

    ReplyDelete
  13. Lama x masak ni. Nanti boleh ikut cara resepi ni pulak

    ReplyDelete
  14. Terimkasih sis share resepi :) Berguna juga ni nanti resepi ni hehe untuk masak tengahari. udang tu besar betul hee sedap

    ReplyDelete