Assalammualaikum..
Dalam 2 minggu lepas, Ida celebrate birthday MIL dalam masa yang sama kami buat Family Day sekaligus. Kejutan ni di rancang dalam seminggu sebelum..last minute juga la sebab MIL dan FIl akan ke Australia untuk mengikut jemaah tabligh ke sana dalam 2 bulan.
Serenity Villa ni agak dekat je dengan rumah Ida, jadinya memang tak dapat nak dijangka. Diorang tipu nak yang Ida jemput makan tengahari di rumah kemudian akan ke rumah adik ipar di Dungun. Kononnya akan bermalam di sana la. Yang kelakarnya bahan untuk memasak tu, sampaikan MIL Ida tanya ipar yang lain mana beras yang dia beli..hilang tiba-tiba padahal budak-budak ni rembat ke dapur kakak ipar untuk masak nasi. haha. Ida hanya buat lauk makan Kari Ikan dan ayam goreng je untuk tenghari tu.
Malam tu kitorang ada buat acara Costume Show. Tema masing-masing kena pilih sendiri, bebas tapi tak boleh bagitahu. Jadinya kalau sama tu nasib la. Dan semestinya ada hadiah la untuk pemenang 5 terbaik. Akhirnya team bujang yang memang dengan tema costume pisang, dengan topeng kelakar dan stokin kaki ayam. haha...Gelak habis sampai sakit perut.
Kami ambil 2 villa sebab ramai dan setiap villa ada private pool, serta 4 bilik tidur. Ruang tamu agak besar juga sekali dapur. Selesa la juga. Kolam pula 24 jam boleh mandi, suka la anak-anak.
Selepas Costume Show tu kitorang makan BBQ yang dah siap bakar petang tu. Jadinya malam tu kitorang tambah menu makan daging nipis dengan sos sukiya dan bayam. Makan pula durian. Pehh...kenyang perut.
Ada 3 jenis villa iaitu Bali, Morocco dan Luxury. Kitorang pilih Bali dan Morocco yang bersebelahan. Senang nak ke sana sini. Kolam ada 2 jadinya asingkan anak-anak lelaki dan perempuan. Bebas sikit anak-anak dara nak mandi situ.
Siapa berminat nak stay sini boleh check harga dia ye.
Serenity Villa Kemaman


















































