TRAGEDI BANJIR 2013 KEMBALI DI KEMAMAN

11:37:00 PM

Assalammualaikum..

Baru hari ini berkesempatan nak menaip disebabkan banjir yang sedang berlaku di Kemaman beberapa hari ni. Alhamdulillah kawasan perumahan Ida masih selamat walaupun simpang depan masuk ke dalam perumahan naik air.




Semalam Ida berjaga beberapa kali risau air semakin naik tapi alhamdulillah hari ni tengok dah surut. Berapa kali berjaga tengok longkang depan dan belakang rumah. Semalam hampir separuh air dalam longkang, hari ini alhamdulillah air dah surut separuh dari semalam.

Risau jugak semalam, kalau air turun masuk ke dalam perumahan. Sebab sebelah kawasan perumahan memang tenggelam habis sampai paras peha tak silap. Kawasan sekeliling pun sama.

Ini keadaan semalam 7hb di sekitar Kemaman. Kawasan bandar pun hampir naik tinggi air naik laju.










Ini kawasan jalan selalu Ida lalu nak ke bandar. Ada satu lagi jalan tapi masih boleh lalu.


Keseluruhan kawasan bandar Kemaman pada hari ini



Ini pula kat taman permainan depan kawasan perumahan rumah Ida. Alhamdulillah air kampung sebelah tak masuk sampai sini. Sebab jalan nak ke sini memang dah ditutup air naik paras peha.


Salam takziah pada semua mangsa-mangsa banjir. Ida juga masih dalam keadaan berjaga-jaga takut air turun. Semalam angkat semua karpet yang ada. Buat persiapan takut air sampai rumah.

You Might Also Like

4 penggomen