RESEPI AYAM GORENG SERINGGIT

Assalammualaikum...

Kadang kala lalu kat tepi jalan atau ke pasar malam mesti ada je peniaga yang jual ayam goreng seringgit kan. Selalunya anak-anak la yang suka beli terutamanya bila balik dari sekolah kalau peniaga tu ada jual berdekatan dengan sekolah.



Hari ini Ida nak kongsikan resepi ayam goreng seringgit yang Ida jumpa dalam facebook. Kalau Ida selalunya ayam goreng ni Ida suka gunakan tepung goreng bestari. Sedap tau!

RESEPI AYAM GORENG SERINGGIT




Bahan-bahan:

  • Ayam seekor potong 22-24
  • Bawang putih 5 ulas
  • Bawang besar saiz kecik (1)
  • Halia 1 inci
  • Lada hitam 1 sudu kecil
  • Lada putih 1 sudu kecil
  • Serbuk kari 1 sudu besar
  • Garam dan serbuk perasa adabi

Kisar semua bahan sampai halus dan perap pada ayam.

Resepi tepung salut:

  • 1 cawan tepung bestari pedas
  • 2 cawan tepung gandum (saya pakai jenama Ros sbb ayam akan lebih garing dan rangup)
  • 1 sudu tepung ubi/beras

Cara-caranya:

1. Perapkan ayam dengan bahan blender dan tambah sedikit tepung kering dlm 3 sudu.. perapkan..Sediakan 1 bekas untuk gaul ayam. Tuang sedikit tepung.

2. Masukkan ayam dalam 5-6 ketul

3. Sendukkan tepung salut ke atas ayam

4.Gaul tepung pada ayam (ramas sedikit)

5. Bila tepung dah salut elok, gorengkan ayam pada minyak yg sederhana panas.*boleh salut 2x untuk kesan lebih rangup.

6.Goreng ayam dalam minyak yg banyak, ayam tenggelam ye (utk jimat minyak boleh pakai periuk kecik)

7.Tutup periuk semasa goreng ayam dan buka penutup diminit terakhir sebelum ayam masak,cara ni akan buat ayam rangup diluar dan berjus didalam.

8.Hidangkan panas-panas..

9.Makannn

#untuk lebih senang..boleh je pakai tepung bestari tanpa ada campuran tepung lain.. tapi sebab saya cuma meniaga ayam goreng seringgit..  

saya kena kreatif utk jimatkan kos (ayam mahal weh)
#boleh jugak pakai tepung bestari tak pedas atau apa-apa tepung goreng yang lain.

Credit : Murni Rahmat

SELAMAT MENCUBA!

Post a Comment

6 Comments