Showing posts with label SET ANEMIA SHAKLEE. Show all posts
Showing posts with label SET ANEMIA SHAKLEE. Show all posts

6 PUNCA HB LOW SEMASA HAMIL,BAHAYA KE?

Assalammualaikum..

Ibu-ibu hamil sering kali akan menghadapi masalah hb low setiap kali buat pemeriksaan di klinik pada setiap bulan. Tapi bila special kes hb terlampau low ni memang setiap minggu la kena buat pemeriksaan kat klinik.




Anemia disebabkan darah tidak mengandungi sel darah merah sihat yang mencukupi untuk mengangkut oksigen ke seluruh tisu badan termasuklah kepada bayi dalam kandungan.

Di Malaysia 35% ibu mengandung menghadapi masalah anemia atau hb low ringan dan kebanyakkannya orang India dan orang Melayu. Manakala 47.5% wanita luar bandar disahkan menghidapi anemia ketika lawatan antenatal pertama




Punca masalah HB low

1. Kekurangan volum darah ~ cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal



2. Dehidrasi ~ Dehidrasi mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit

3. Masalah jantung ~ Denyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat dan keadaan otot yang lemah


4. Kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin B12, folat dan ‘erythropoitein’

5. Kekurangan hormon : Paras hormon tiriod yang rendah

6. Gangguan pembentukan sel darah merah seperti talasemia
Bahaya ke kalau hb low ni? Apa risikonya?

Risiko kepada ibu mengandung


- Mengalami Keguguran 
- Mengalami kegagalan jantung 
- Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan 
- Pendarahan semasa hamil dan bersalin 
- Risiko mengalami penyakit berjangkit 
- Risiko kepada Bayi Dalam Kandungan

Risiko kepada bayi dalam kandungan




- Lahir pramatang atau tidak cukup bulan 
- Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg 
- Anak lemas semasa lahir atau Aspyxia Intrauterine growth restriction (IURG) atau pertumbuhan janin terbantut. 
- Mati ketika dilahirkan atau stillbirth.

Bagaimana cara untuk stabilkan masalah hb semasa hamil?


1. Pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi 

Ini kerana zat besi menbantu merangsang pembentukan hemoglobin di dalam sel darah merah. Contohnya seprti daging ayam, sayuran hijau, kekacang, hati, buah labu tembikai, buah prun dan kismis.

2. Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C

Hah.jangan salah sangka kalau fikirkan oh amik Vitamin C ini untuk kulit cantik. Oh..no..no. Vitamin C ini sebenarnya membantu penyerapan zat besi ke dalam tubuh. Contohnya seperti buah oren, strawberi, betik dan sayuran hijau

3. Pengambilan supplement tambahan

Penting ke pengambilan makanan tambahan ni? Penting sebab kita bukannya setiap hari boleh nak makan semua makan-makan seimbang ni kan. Malah disyorkan oleh perubatan sebagai cara untuk atasi masalah anemia atau hb low ni.


VITALEA

Mengandungi zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah danmenghasilkan sel darah merah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian drpd struktur hemoglobin yg membawa okseigen ke tisu dan sel.

VITAMIN C

Membantu penyerapan vitamin B12 dan zat besi.Malah juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan.

B-COMPLEX

Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. Ia lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B termasuk B12 dan folat






Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.

Klik di sini untuk pembelian segera
Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

ANEMIA SEMASA MENGANDUNG,ELAK ANAK LAHIR TAK CUKUP BERAT,APA NAK BUAT?

Assalammualaikum...

Setiap bulan ibu-ibu mengandung akan periksa paras hemoglobin atau hb darah di klinik kesihatan. Masalah anemia semasa mengandung menjadi lumrah yang sering dialami oleh ibu-ibu mengandung.



Anemia atau kurang darah ini adalah keadaan apabila paras sel darah merah ( hb ) kurang dari 11mg%.

PUNCA ANEMIA
  1. kurang pemakanan yang mengandungi zat besi,asid folik dan vitamin B12.
  2. jangkitan cacing
  3. malaria
  4. masalah perubatan seperti talasemia atau leukimia
  5. pendarahan berlebihan akibat buasir atau haid
  6. kerap mengandung

TANDA-TANDA ANEMIA

  • muka pucat
  • badan tak bertenaga
  • pening/pitam
  • rasa megah/sesak nafas
  • degupan jantung laju
Kesan anemia ini bukan sahaja berlaku pada ibu malah lebih memburukkan lagi pada anak dalam kandungan sendiri.

Kesan anemia pada anak
  • keguguran
  • pembesaran fizikal dan mental anak terbantut
  • anak mati dalam kandungan
  • lahir tak cukup bulan
  • lahir tak cukup berat

TIPS UNTUK ATASI ANEMIA SEMASA MENGANDUNG



1. Hidangan 3x sehari yang mengandungi zat besi seperti daging merah,sayur-sayuran hijau,telur dan lain-lain

2. Makanan yang mengandungi vitamin C kerana membantu penyerapan zat besi yang lebih berkesan. Contoh buah oren,strawberry,kiwi dll

3. Makanan yang kaya dengan asid folik sperti buah-buahan sitrus,sayur hijau,roti,bijirin dan kekacang.

CARA MENGATASI MASALAH ANEMIA SEMASA MENGANDUNG



Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.

B-Complex ~ Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. Shaklee B-complex adalah lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk B12 dan folat.

Vitamin C ~ Membantu penyerapan vitamin B12 dan zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan.

Vitalea ~ Mengandungi zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel.


Lihat apa yang akan berlaku jika ibu anemia semasa mengandung. Bukan memudaratkan diri sendiri malah pada anak dalam kandungan.

Jangan kita ambil sambil lewa bab pengambilan asid folik dan zat besi semasa mengandung. Jangan fikirkan tekak ni tak boleh nak telan ubat tu,tapi fikirkan kesan yang akan berlaku pada anak.



Jika anda berminat untuk dapatkan set mengandung shaklee untuk masalah anemia semasa mengandung. Bolehla segera hubungi Ida untuk dapatkannya. Penghantaran akan dilakukan segera dan akan sampai ke tangan anda dalam masa 2-3hari bekerja.

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

12 PUNCA SELALU MENGANTUK DAN KELETIHAN

Assalammualaikum...

Ida sejak seminggu rasa mengantuk sangat. Tiap kali susukan anak mesti tertido. Memang Ida selalu tdo lambat tapi maybe juga dengan keadaan cuaca sekarang ni. Mungkin juga sebab Aqil sekarang ni sangat aktif,yelah sejak die pandai jalan 3-4 langkah ni, si Asyraf plak selalu mengusik adik die. Bila Aqil kacau die main time die takde mood, slamber dek je die tolak Aqil sampai jatuh.Ini Ida kongsikan 12 punca selalu mengantuk dan keletihan.

12 PUNCA SELALU MENGANTUK DAN KELETIHAN

1. TIDAK CUKUP TIDUR
  • Anda tidak mendapatkan tidur yang mencukupi
  • Boleh menyebabkan tumpuan dan kesihatan anda terjejas
  • Orang dewasa perlu mendapatkan 7 - 8 jam tidur setiap malam
2. SLEEP APNEA
  • Sesetengah individu merasakan bahawa dirinya mendapat tidur yang mencukupi, akan tetapi sleep apnea mengganggu anda
  • Sleep apnea bagaikan memberhentikan nafas anda pada waktu malam
  • Setiap kali anda diganggu anda akan terjaga tetapi berkemungkinan anda tidak sedar
  • Kesannya anda tidak dapat tidur yang cukup walaupun telah "tidur" selama 8 jam
3. TIDAK CUKUP TENAGA
  • Makan terlalu sedikit atau makan makanan yang tidak berkhasiat boleh menyebabkan anda rasa keletihan
  • Makan makanan yang seimbang kerana ia boleh membantu mengekalkan paras gula dalam darah dalam range yang normal

4. ANEMIA
  • Sering berlaku di kalangan wanita
  • Wanita berada dalam risiko kerana wanita akan kekurangan zat besi sewaktu kedatangan haid
  • Sel-sel darah merah sangat diperlukan kerana ia membawa oksigen ke tisu dan organ-organ anda
5. KEMURUNGAN
  • Kemurungan bukan sahaja melibatkan emosi malah juga keadaan fizikal anda
  • Keletihan, sakit kepala, hilang selera makan adalah antara tanda-tanda biasa
  • Jika anda rasa keletihan dan kemurungan lebih dari seminggu, jumpa doktor anda

6. HYPOTHYROIDISM
  • Tiroid adalah kelenjar kecil yang berada di pangkal leher anda
  • Tiroid tersebut mengawal metabolisme anda dan menukarkan makanan kepada tenaga
  • Jika kelenjar tidak aktif dan fungsi metabolisme terlalu perlahan, anda akan rasa lembap dan menambahkan berat badan anda
7. TERLALU BANYAK CAFFEINE
  • Caffeine boleh membantu meningkatkan kecerdasan dan tumpuan pada dos yang sederhana
  • Namun begitu, jumlah pengambilan caffeine yang terlalu banyak boleh meningkatkan kadar jantung, tekanan darah, dan jitteriness
  • Terlalu banyak jumlah caffeine juga menyebabkan keletihan

8. DIABETES
  • Mereka yang mengalami diabetes mempunyai kandungan gula yang tinggi dalam aliran darah dan bukannya memasuki sel badan yang seterusnya akan ditukarkan kepada tenaga
9. DEHYDRATION
  • Keletihan anda mungkin menunjukkan bahawa anda dehydrate
  • Anda memerlukan air secukupnya tidak kira cara anda bekerja
  • Dahaga merupakan anda dehydrate
10. PENYAKIT JANTUNG
  • Keletihan merupakan salah satu symptom bahawa anda berkemungkinan mengalami penyakit yang berkaitan dengan jantung
  • Sekiranya anda tidak lagi mampu melakukan aktiviti harian yang sebelum ini mudah dilakukan, segeralah berjumpa doktor
11. KERJA MENGIKUT SHIFT
  • Kerja di waktu malam atau mengikut shift boleh mengganggu waktu anda
  • Anda berkemungkinan berasa letih apabila anda perlu bangun
  • Anda juga berkemungkinan mempunyai masalah untuk tidur pada waktu siang
12. ALLERGY TERHADAP MAKANAN
  • Ia bukan sahaja membuat anda gatal-gatal, malah ia juga boleh menyebabkan anda rasa keletihan
  • Jika anda rasa letih selepas makan sesuatu makanan, itu bermakna anda mungkin tidak sesuai makan makanan tersebut
So rasanya punca yang pertama itu la Ida selalu mengantuk.hehehe. Bagi yang nak kekal bertenaga boleh cuba Set Kesihatan Keluarga ni. 

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210

Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.

CARA NAIKKAN PARAS HEMOGLOBIN DARAH

Assalammualaikum..

Paras hemoglobin rendah selalunya berlaku pada wanita yang mengandung. Bila setiap kali pergi checkup dekat klinik, mesti paras hemoglobin akan diambil. Memang penting sebab jika paras hemoglobin rendah, berkemungkinan akan ade masalah pada anak dalam kandungan. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu apabila ibu hamil mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.



Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin dalam sel darah merah kurang daripada 11gm/dl. Cara mengatasi masalah anemia iaitu melalui pengambilan suplemen menambah darah dan pemakanan makanan kaya dengan zat besi. Pengambilan suplemen yang bersesuaian untuk wanita hamil bermasalah anemia adalah zat besi, asid folik, vitamin C dan vitamin B kompleks. Suplemen tersebut penting kerana kandungan zat besi, B kompleks dan asid folik diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. Suplemen vitamin C pula membantu meningkatkan penyerapan zat besi.

CARA NAIKKAN PARAS HEMOGLOBIN DARAH


  • Sumber makanan yang kaya zat besi yang baik adalah terdiri daripada sumber haiwan seperti daging, hati, ayam, limpa, kerang, ikan, sotong dan ikan bilis. 

  • Sayur-sayuran hijau pula seperti pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam dan kalian.

  • Lebihkan makan makanan yang membantu meningkatkan penyerapan zat besi di dalam hidangan setiap hari seperti :
*Buah dan sayur yang kaya dengan vitamin C iaitu jambu batu, limau, betik, mangga dan sayuran hijau.
*Minum jus buah-buahan.
*Makan bersama pencecah buah-buahan seperti sambal mangga, tomato atau limau kasturi.
*Gunakan perencah daripada sumber haiwan seperti ikan bilis, udang, isi ayam dan daging.



Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.

Selain itu, Ida boleh cadangkan dengan pengambilan Set Mengandung Shaklee, insyaallah dapat meningkatkan paras hemoglobin dalam darah malah elakkan masalah alahan.

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210

Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.

PENYEBAB SAKIT ANEMIA

KENALI ANEMIA DAN CARA MENGATASINYA

Anemia atau kurang darah (hemoglobin) biasanya dikaitkan dengan zat besi. Hemoglobin adalah komponen dalam darah yang mengangkut oksigen ke seluruh tubuh. Walaupun ia berkait rapat dengan zat besi namun hakikatnya terdapat lebih kurang 400 jenis anemia yang disebkan oleh pelbagai faktor.

Antara punca anemia utama ialah:-

- kekurangan zat besi
- kekurangan vitamin C
- kekurangan vitamin B terutama Cobalamin dan asid folik
- masalah tiroid

ANEMIA AKIBAT KEKURANGAN ZAT BESI

Ia boleh berpunca dari:

- Kecederaan yang menyebabkan pendarahan luaran ata dalaman
- Kehilangan darah yang banyak misalnya semasa haid
- Masalah penyerapan zat besi yang disebabkan oleh usus yang kotor/tidak sihat atau kurang vitamin C
- Kurang pengambilan zat besi dalam diet


ANEMIA AKIBAT KEKURANGAN VITAMIN C

Vitamin C penting untuk penyerapan zat besi. Kekurangan vitamin C noleh mengganggu penyerapan zat besi yang membawa kepada anemia.

ANEMIA AKIBAT KEKURANGAN VITAMIN B COMPLEX

Komponen B Complex seperti Cobalamin dan Asid Folik penting dalam proses penghasilan sel darah merah. Kekurangan vitamin ini menyebabkan pembentukan sel darah merah terganggu.

APAKAH KESAN ANEMIA KEPADA KESIHATAN?

Anemia boleh membawa maut!
Ibu hamil dan menyusukan anak memerlukan zat besi yang cukup untuk proses kehamilan dan penyusuan yang baik, lebih-lebih lagi bagi ibu hamil yang mengalami pendarahan, dan ibu menyusu yang sudah kedatangan haid.

Tanda2 kekurangan zat besi:

  • - Badan letih dan lesu
  • - Kulit kelihatan pucat
  • - Sering hilang fokus
  • - Semput
  • - Sakit kepala
  • - Jantung berdebar
  • - Sering lupa
  • - Tersangat kurus
  • - Bagi ibu menyusu mungkin mengalami kekurangan susu badan
  • - Bagi ibu hamil mungkin mengalami masalah dengan kandungan

Bagi anda yang menghadapi masalah tekanan darah rendah, anda perlu melakukan perkara-perkara berikut:

  • Bangun dari duduk atau berbaring secara perlahan
  • Jangan berdiri terlalu lama
  • Jangan terlalu lama berdiri di bawah sinaran matahari
  • Diet rendah karbohidrat
  • Banyakkan minum air putih
  • Hindarkan diri dari pengambilan alkohol
  • Jika perlu tambahkan sedikit pengambilan garam
  • Melakukan aktiviti senaman secara teratur

B-Complex ~ Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. Shaklee B-complex adalah lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk B12 dan folat.



Vitamin C ~ Membantu penyerapan vitamin B12 dan zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan.



Vitalea ~  Mengandungi zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel.

SEBARANG PERTANYAAN DAN PESANAN BOLEH HUBUNGI SAYA:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
Email: Aqidgirl_88@yahoo.com
sms/whatsapp: 0174636210