PENGINAPAN MURAH DI CHALET MAMA PAPA JANDA BAIK PAHANG

Assalammualaikum...

Cuti Awal Muharam aritu Ida sekeluarga dengan keluarga sepupu sebelah suami ada pergi short vacation kat Janda Baik Pahang. Kami rancang dah seminggu sebelumnya dan dah book siap-siap sebab pada mulanya ingatkan Khamis tu dah start bercuti awal Muharam. Rupanya kalendar salah, cutinya hari Jumaat. Nak taknak terpaksa la anak-anak ponteng sekolah Khamis tu sebab bilik dah booking.




Kami bertolak pagi dan sebelum sampai kat Janda Baik tu kami singgah RNR untuk makan dulu sebab check in pukul 2 petang. Kami ada bawa bekal makanan nasi lauk sardin dan bihun goreng. Masak lauk macam ni senang tak basi sampai malam pun tahan. Kami masak lebih sebab takut anak-anak lapar nanti.

Kami booking di Chalet Mama Papa, kakak sepupu suami yang uruskan bayaran semua. Kami ambil pakej family ada 2 bilik RM450. So dalam RM225 sebilik termasuk dengan sarapan. Ok la untuk 2 hari. Ada jugak pakej bilik single lain yang harganya RM200 tak silap Ida.


Ini bilik kitorang bahagian bawah


bahagian pintu belakang bilik, ada khemah untuk korang kalau add pakej BBQ. Bahan semua disediakan tapi pakej ni mesti 10 orang ke atas





Sampai sana kami check in semua, rehat sekejap dan tukar baju. Anak-anak yang tak sabar nak mandi, yelah sungai belakang bilik kitorang je. So senang la kalau nak keluar masuk bilik. Masa bercuti kami 2 keluarga je yang ada..hehe. So bebas la kan tak ramai orang. Yelah bukannya masa cuti sekolah masa ni. Tuan chalet tu kata hujung minggu ramai la orang.






Bahagian koridor belakang bilik. So siapa yang pergi mandi boleh terus masuk keluar bilik sebab dekat je



Kaki jejak masuk dalam sungai je dah mengigil..sejuk. Anak-anak mandi tu kejap je dan mengigil kesejukan. Nak mandi tapi sejuk. Ida pun setakat berendam sampai dada je. Takde la sampai menyelam.hahaha

Habis mandi tu, anak-anak lapar. Nasib la ada masak lebih sebab tahu anak-anak lepas mandi mesti lapar. Bagi diorang makan kenyang-kenyang, rehat sekejap sebab petang tu kami nak pergi jalan-jalan sekeliling kampung. Tengok kawasan chalet-chalet yang lain.


jalan masuk ke chalet




hotel ni ada atas bukit, memang besar la dan mewah. Masa ni Ida nampak pelancong Korea tak silap

suka tengok gambar ni




Memang banyak chalet kat sini. Ikut pada selera korang nak pemandangan macam mana. Macam Chalet Mama Papa ni memang luas jugak la bagi Ida kawasan ia, air sungai pun belakang bilik je. 

Kami pusing-pusing sampai tertidur anak-anak. Yelah penat bermain sungai. Dah dekat magrib tu kami mak-mak ayah-ayah singgah kedai untuk makan malam. Anak-anak Ida duduk dalam kereta sebab diorang tidur so en suami parking dekat dengan kedai.

Kenyang dah semua, balik chalet untuk rehat-rehat. Si Aqil bangun tidur nak makan nasi pula, aduh..nasib la ada lagi skit nasi. Bagi makan nasi dan buat susu kat die. Kenyanglah. Malam tu tidur awal sebab dah penat.hahahaha

Esok pagi sebelum tunggu masa untuk sarapan, Ida jalan-jalan disekeliling chalet bawa anak-anak sekali. Ada kami je so boleh la bebas skit.heheh. Sarapan dalam pukul 8 lebih. Pekerja belikan je kat kami sebab kami 2 keluarga je, kalau ramai tak tahu la. Mungkin diorang masakkan rasanya. 

sarapan kami simple je. Roti canai dan nasi lemak. Ada juga kuih muih lain

Kalau korang rasa nak makan kat tempat lain nanti boleh je. Ada restoren berhampiran chalet ni. Ada banyak tempat makan kat sini so jangan risau k..

cafe die bawah tu



macam-macam gaya anak ku buat


bilik yang lain


ruang BBQ ni besar sesuai la untuk event yang besar


kami mandi di bahagian atas dekat dengan jambatan. Ni bahagian bawah die





untuk siapa yang ada amik pakej buat aktivit lain diorang ada sediakan jugak. Kena tambah duit je.hehehe

Dah siap semua makan kenyang-kenyang, anak-anak mandi sekali lagi. Sejuk mengigil pun mandi juga..yelah bila lagi nak mandi dalam suasana kampung macam ni. Best.

Dah siap mandi, masuk bilik..bilas dan salin baju semua. Rehat sekejap sebelum kami nak check out untuk ke IKEA plak. Dah dekat pun..tak sampai sejam dah sampai.

Shopping skit kat IKEA lepas tu terus bertolak balik ke Kemaman. Sampai rumah dalam pukul 8 malam macam tu.

Bagi sesiapa yang nak bercuti dalam suasana kampung, jauh dari bandar boleh la ke Janda Baik Pahang ni. Chalet ada banyak kat sini, korang boleh google ikut bajet korang. Bagi Ida Chalet Mama Papa ni puas hati la..sesuai untuk keluarga yang buat Family Day..luas kawasan die. Nak buat BBQ diorang ada sediakan makanan dan peralatan semua. Korang cuma kena tambah duit skit je tak sampai RM100 pun.

So enjoy your vacation here..hehehe

FB pages: https://www.facebook.com/chaletMamaPapa/


Kampung Orang Asli Hulu Chemperuh, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia


NO tel: +60 19-368 8594

Post a Comment

9 Comments