Semalam kita dikejutkan dengan berita pelawak kumpulan Bocey, arwah Abam meninggal dunia di kediamannya. Ramai yang datang masa pengebumiannya. Pada pandangan Ida, mesti banyak kebaikan yang arwah sumbangkan, baik dengan orang ramai hinggakan ramai yang datang menziarahinya buat kali terakhir. Apa-apa pun Al Fatihah (dibaca dalam hati ya) dan takziah kepada keluarga arwah Abam.
Bulan lepas Ida ada kongsikan yang Ida ada buka akaun Tabung Haji untuk anak-anak termasuklah Ida. Sebenarnya sebelum ke Tabung Haji tu, Ida ke Bank Islam untuk buka akaun di sana. Hari tu memang busy je dari pagi sampai tengahari di bank.
Kenapa Ida nak buka akaun Bank Islam?
Sebenarnya nak asingkan simpanan pada akaun sekarang. Itu la akaun nak berniaga..itu la nak simpan. Itu lah nak shopping. So nanti tak dapat nak bezakan pula mana untuk simpan..mana untuk berniaga. So baik kita asingkan sekarang.
Sebenarnya nak asingkan simpanan pada akaun sekarang. Itu la akaun nak berniaga..itu la nak simpan. Itu lah nak shopping. So nanti tak dapat nak bezakan pula mana untuk simpan..mana untuk berniaga. So baik kita asingkan sekarang.
Jom Ida kongsikan cara nak buka akaun Bank Islam.
CARA BUKA AKAUN BANK ISLAM
1. Bawa surat beranak asal
2. Bawa lesen memandu.
3. Bawa duit RM100 untuk buka akaun
Masa Ida ke sana hanya bawa salinan surat beranak, kad pengenalan semua. Lepas tu tak guna rupanya. Nasib la dia mintak lesen memandu Ida ada bawa. So kerani kat kaunter pertanyaan itu la yang tolong photostat kan.
Sebenarnya mudah je nak buka akaun ni tapi nasihat Ida pergi awal pagi. Bila nak masuk tengahari tu dah mula ramai orang. Selepas dah tiba giliran uolls staff tu akan tanya kenapa buka akaun ni.
Pada mulanya Ida jawab hanya untuk simpanan. Dia kata ada yang buka untuk perniagaan dan sebagainya. So Ida jawab untuk berniaga. Nanti staff tu akan tanya juga berapa income uolls dalam sebulan dan apa yang uolls jual.
Selepas settle temu ramah semua, uolls kena pergi sendiri depositkan duit RM100 tu dalam mesin ATM/CDM. Dah settle jumpa balik staff tadi. Dan nanti dia settlekan semua kertas dan dapat kad bank uolls. Mudah kan!
Hope apa yang Ida kongsikan ni dapat membantu.
31 Comments
Terima kasih kerana berkongsi maklumat ni
ReplyDeleteye sama-sama
Deletehi..boleh saya tau semasa nak buka acc tu awk ckp utk berniaga kan? so diorg just tanya income brpa dan berniaga apa sahaja ke? diorg takda minta apa2 lagi ?
ReplyDeleteyes betul. diorang tanya income. Just saya bagitahu income bawah rm1k sahaja. DIorang takde mintak ssm atau sebagainya. Yes berniaga online
Deletediorg ada minta daftar niaga apa2 tak? atau awak ckp berniaga online?
ReplyDeleteTak silap saya kalau nak bukak akaun semasa (current account) atas nama company baru bank akan mintak SSM tp kalau sekadar akaun simpanan bank tak minta SSM. Wallahu'alam.
Deletemasa saya buka akaun tak mintak SSM. sekarang tak tahu kalau dah ubah syarat
DeleteHAI. kalau korang buka akaun atas nama korang sendiri, tapi untuk duit simpanan korang berniaga korang tak perlu bawa ssm tau .. sebab bukan under nama perniagaan korang. tapi kalau korang daftar atas nama perniagaan, korang kena bawa semua dokumen perniagaan korang untuk buka akaun. diorang tanya berapa income tu saje saje jer bukan untuk rekod diorang pun. :)
Deletethank you sis. membantu sangat!
ReplyDeleteNak tnya klu 18 tahun ke bawah bole buka untuk sendiri kh atau nk ada ibu atau bapa?
ReplyDeleterasanya perlu ada ibu bapa kalau bwah 18tahun nak buka buku akaun
DeleteTerima kasih atas perkongsian.❤️
ReplyDeletesama-sama
DeleteNak tanya, lepas habis buat kad tu kan kene masukkan 100 ringgit kan pastu dia ad charge 10 rm ke sbb sy check balik baki account tinggal 90 ringgit je 🤔
ReplyDeletehaah. itu annual fee:)
DeleteUmur 17 tahun dpt tak buka buku akaun ?
ReplyDeleterasanya tak boleh lagi. boleh check dekat web die
DeleteUntuk yg x bekerja boleh ke buka,
ReplyDeletesaya pun tak bekerja..cuma jual online sahaja
Deleteknp owng rua syg bka acct smpi rm600?? tpop u olls ckp rm100 je
ReplyDeletentah la..silap kot
Deletekalau yang takde lesen boleh bukak ke?
ReplyDeleteye boleh..bawa kad pengenalan dengan surat beranak original
DeleteKalau takde kesan boleh ke buat kad bank islam
ReplyDeleteye boleh buat
DeleteSis,haritu saya ada ke bank Islam utk buka akaun tetapi dia cakap alamat saya mesti yang betul" ,saya memang tinggal dkt kampung sjk ,saya bagilah bil elektrik tu ,sebab ada alamat di tulis dsitu ,still tdk diterima ,mcm mna tu sis?
ReplyDeletemaksudnya alamat tetap kot. boleh tanya die lebih lanjut kalau tak faham
DeletePerkongsian yang bermanfaat..
ReplyDeletevisit my blog sis... https://saripkay.com/cara-buka-akaun-bank-islam-dengan-mudah/
baik..tq singgah sini
DeleteMudah dan senang urusan, depositpun 100 je.
ReplyDeleteye betul tu
Delete