Showing posts with label kata madah. Show all posts
Showing posts with label kata madah. Show all posts

KATA MADAH 64#

Assalammualaikum...




" BEKERJALAH DENGAN IKHLAS. JANGAN MENGELUH SOAL PENDAPATAN.
TIDAK ADA ORANG YANG BESAR JIKA TAK DI MULAI DARI YANG KECIL "


Bila jangan terlalu pentingkan duit gaji yang diterima. Biarlah sedikit sebab itu la permulaan kita untuk jadi lebih besar..lebih hebat. Siapa sangka. Sekecil mana pun gaji yang kita terima, ikhlas kan buat apa yang kita buat. Buat sebaik-baiknya.


KATA MADAH 63#

Assalammualaikum...




" BEKERJA KERAS DAN BERSIKAP BAIK MAKAN HAL-HAL MENAKJUBKAN AKAN TERJADI "


Apa yang kita lakukan, lakukan la dengan ikhlas, dengan tekun dan bersikap la baik. Insyaallah semua itu akan datang hasilnya. Jangan terlalu sombong dengan nikmat yang kita terimas. Semuanya hanya sementara.


KATA MADAH 62#

Assalammualaikum...




" SELALU ADA HARAPAN BAGI MEREKA YANG SERING BERDOA. SELALU ADA JALAN BAGI MEREKA YANG SERING BERUSAHA "


Doa juga senjata untuk kita berjaya selain usaha dan tawakkal. Jadi janganlah berhenti berdoa sepertimana usaha kita yang tak henti-henti. Percayalah doa kita akan termakmul juga satu hari nanti. Bukan sekarang tapi akan datang.



KATA MADAH 61#

Assalammualaikum...




" SEHINA HINA ORANG YANG DIHINA, LAGI HINA ORANG YANG MENGHINA SEBENARNYA. JANGAN SAMPAI APA YANG DIHINA, BERBALIK PADA DIRI "


Jangan suka menghina orang lain selama kita hidup. Seburuk mana pun dia, jangan dihina. Doakan yang terbaik untuknya. Insyaallah doa kita akan membuatkan dia berubah menjadi lebih baik. Berhati-hati dengan kata-kata kerana kata-kata itu satu doa. Takut apa yang kita kata kan itu akan berbalik kembali pada kita. Nauzubillah. Jadi berkata-kata la dengan baik-baik sahaja.


KATA MADAH 60#

Assalammualaikum...




" USAH DISESALI KEHIDUPAN MASA LALU KITA, KERANA ITU ADALAH PELAJARAN DAN PERINGATAN KEPADA KITA TAPI RANCANGLAH KEHIDUPAN HARI INI DAN SETERUSNYA AGAR TIDAK TERGELINCIR LAGI "



Semua orang pernah melakukan kesalahan. Tidak kisah la kesalahan kecil atau pun besar. Cuba la untuk berubaha supaya perkara itu tak berulang lagi.

Contohnya pada masa lalu kita malas nak belajar sehingga keputusan peperiksaan kita sangat teruk. Jadi berubah la sekarang, belajar sebaiknya supaya keputusan peperiksaan kita nanti sangat baik.

KATA MADAH 59#

Assalammualaikum...





" APA BEZA SEKOLAH DAN KEHIDUPAN?

DI SEKOLAH KITA DIDIDIK DENGAN PELAJARAN DAN DIBERIKAN UJIAN.

DI DALAM KEHIDUPAN KITA DIBERIKAN UJIAN SUPAYA KITA BELAJAR "



Nampak beza kan kata ni?


Dalam kehidupan kita sebenarnya telah lalui pelbagai ujian. Dan ujian itu la membuatkan kita belajar dan menajdi seorang yang lebih matang. Berfikiran lebih ke depan.


Di sekolah kita hanya akan belajar untuk menghadapi ujian akan menjelang supaya berjaya tapi di kehidupan sebenar, kita diberikan ujian supaya kita belajar untuk jadi lebih berjaya.


KATA MADAH 58#

Assalammualaikum...





" PERCAYALAH,
SAAT KAU DOWN, SAAT KAU JAUH DARINYA

ALLAH AKAN HANTAR PELBAGAI MESEJ DARI PELBAGAI SUDUT UNTUK KUAT "


Setiap orang pasti akan ada macam-macam masalah dalam hidup. Mungkin masalah keluarga, masalah keluarga, masalah kerja dan sebagainya. Tapi percaya la akan datang pelbagai kebaikan yang dapat menghilangkan rasa kesedihan dalam hati kita.


Yang pasti, saat itu korang akan sedar bahawa dugaan yang datang tu sebenarnya Allah nak gantikan yang lebih baik. Dalam masa yang sama Allah sebenarnya nak menjadikan korang seorang yang lebih kuat dari masa lalu.


KATA MADAH 57#

Assalammualaikum...





" BANYAK SANGAT ALLAH BERI PELUANG IA TUTUP AIB KITA. SAMPAIKAN SESIAPA DISEKELILING KITA TAK TAHU KIAT BERDOSA. PADAHAL SEMALAM BARU MELAKUKAN KEMAKSIATAN. ALLAHU "


Setiap hari mungkin kita melakukan dosa tanpa sedar. Mungkin dulu kita pernah melakukan dosa besar tapi Allah banyak sebenarnya tutup aib kita sehingga sampai sekarang orang yang korang kenal tak tahu yang korang pernah lakukan dosa besar dahulu.


Hanya yang tahu kita dan Allah sahaja yang kita pernah lakukan dosa besar. Jadi bersyukur la..jangan la kita pula sibuk nak buka aib orang lain. Jika apa yang kita nasihatkan tidak didengari, diam la tak perlu sehingga nak ceritakan pada orang lain. Doakan agar dia dapat berubah.


KATA MADAH 56#

Assalammualaikum...





" TIDAK ADA YANG SALAH JIKA KAMU PEDULI PADA SESEORANG, YANG SALAH ADALAH MENGHARAPKAN DIA AKAN MELAKUKAN HAL YANG SAMA "


Dalam hidup ni, kita tak boleh terlalu mengharap, bergantung pada orang. Kalau kita rasa itu yang kita nak lakukan, jadi lakukan sahaja tak perlu harap orang lain akan lakukan perkara yang sama dekat korang.

Tapi jangan la sampai melakukan perkara yang jahat. Bukan perkara itu nampak mudah sahaja tapi memang tak semua orang boleh lakukan. Contohnya meminta maaf.

Jadi be yourself...don't expect so much to people. Pemikiran diorang mungkin tak sama seperti kita.

KATA MADAH 55#

Assalammualaikum..





" ADAKALA SEORANG SAHABAT SANGGUP MEMPERSENDAKAN DIRINYA,
BUKAN KERANA DIA SENGAJA BERBUAT BEGITU,
TAPI KERANA DIA TAK INGIN MELIHAT KITA DALAM KESEDIHAN "


Seorang sahabat yang baik adalah bila dia sanggup memalukan diri sendiri untuk melindungi sahabatnya dari dapat kesedihan.

Bukan sahaja bagi seorang sahabat tapi juga oranng lain sama ada kita kenal atau tidak. Tidak perlu sesuka nak memalukan orang itu sesuka hati. Jangan kerana mulut badan binasa..jangan kerana mulut hati terasa. Bila apa yang dikatakan itu menyakitkan, kalau orang tu tak maafkan sampai ke hujung nyawa korang berhutang maaf dekat orang tu tau.

So hati-hati la dengan setiap perkataan..percakapan yang keluar dari mulut, jangan sehingga menyakitkan hati orang lain.


KATA MADAH 54#

 Assalamuualaikum...



SETIAP ORANG HARUS BERJUANG UNTUK MENDAPATKAN APA YANG DIINGINKAN.

NAMUN HARUS KITA INGAT TIDAK ADA PERJUANGAN TANPA KESALAHAN


KATA MADAH 53#

Assalammualaikum...




TANPA HADIRNYA GELAP,
KEHADIRAN CAHYA TAK AKAN BERARTI.
BEGITUPUN DALAM HIDUP TANPA KESUSAHAN,
KEBAHAGIAAN TAK AKAN ADA ARTINYA.



Setiap orang ada struggle die yang tersendiri. Tak semua ada masalah yang sama. Kadang kala mungkin masalah die lebih teruk dari masalah yang kita hadapi.


Tapi cuba positifkan diri. Tak akan masalah itu akan berterusan. Setiap kesulitan yang kita hadapi sekarang pasti akan ada kesenangan di kemudian hari cuma belum sampai masanya lagi. Jadi fikir la..mungkin asbab kesusahan kita sekarang ni sebenarnya nak mengajar kita erti kesabaran dan bertaubat kepada Nya.


KATA MADAH 51#

Assalammualaikum...



" BIARLAH ORANG LAIN HIDUP "FAKE", WALAUPUN KITA TAHU KEHIDUPAN SEBENAR MEREKA. JANGAN TERIKUT-IKUT DAN JADILAH DIRI SENDIRI "


Perkara macam ni selalunya terjadi kepada para remaja yang menyambung pelajaran di kolej mahupun universiti. Berjumpa dengan ramai orang dan mungkin ada juga berasa merendah diri dengan kehidupan orang lain yang mewah.

Ada juga sehinggakan sanggup berbelanja mewah semata-mata mahu mengikut trend, tidak mahu diejek kolot dengan peredaran semasa. Akhirnya memakan diri sendiri.

Tak perlu la jadi seperti itu. Jadilah diri kam sendiri. Setiap orang ada kelebihan dan kebolehan masing-masing. Trust to your own life!

KATA MADAH 50#

Assalammualaikum...





LAYAKKAH KITA MASUK SYURGA SEDANGKAN DOSA KITA LEBIH BESAR DARIPADA DUNIA



Kata-kata ini sebenarnya mengusik hati Ida. Betul tu..kita ni kadang kala tak sedar apa dosa kita. Dosa kecil atau besar. Kadang kala kita jadi lupa..jadi leka.

Pernah terdetik dalam hati, apakan amalan aku selama ini diterima. Layakkah aku nak masuk syurga bersama orang-orang yang beriman.

Mudahan apa amalan kita selama ini diterima oleh Nya

KATA MADAH 49#

Assalammualaikum...





AKAN ADA HALANGAN DAN CABARAN

AKAN ADA YANG MERAGUIMU. AKAN ADA KESILAPAN

TETAPI DENGAN KERJA YANG KERAS, TIADA HAD UNTUK KAMU BERJAYA



Bila sebut dengan kehidupan. Memang sentiasa akan ada cabaran dan pancaroba nya. Pasti akan ada kata-kata yang cuba untuk menjatuhkan kita.

Tapi..jangan biarkan diri kita terus hanyut dengan semua itu. Tetaplah bekerja keras sebab hanya kamu tahu kemampuan diri kamu sendiri.

KATA MADAH 48#

Assalammualaikum...





BERSABARLAH DALAM MARAH,

BUKAN SEMUDAH KATA-KATA.

LIDAH DIAM TIDAK BERKATA TAPI HATI SEDANG MEMBARA.

CUMA AKU SABAR MENGHADAPI, SEBAB AKU JUGA TAKUT KEPADA -NYA



Memang mudah bila orang lain nasihatkan. Sabarlah itu semua ujian Allah bagi kau. Tidak dinafikan memang mudah nak cakap macam itu. Tapi hakikatnya tidak mudah sebenarnya menahan kemarahan dalam diam. Memerlukan hati yang amat kuat. Dan akan suatu saat kita akan menjadi jatuh sejatuhnya. Just cuba untuk bertahan sebaik mungkin sebab kita ada Allah

KATA MADAH 47#

Assalammualaikum...




NIATKAN DALAM HATI YANG KITA INGIN BELAJAR KERANA ALLAH,

KERANA MAHU MEMBANGGAKAN IBU BAPA SERTA ORANG DISEKELILING KITA

DAN KERANA MAHU MEMBUKTIKAN YANG KITA JUGA BOLEH BERJAYA SEPERTI ORANG LAIN



Bila kita memulakan sesuatu perkara atau perancangan. Pastikan dulu apa niat kita dan kenapa kita buat. Cuba niatkan semua perkara itu kerana Allah sebab Dia la sebaik-baik perancangan. Kemudian baru fikirkan benda lain..untuk orang lain.mahupun untuk diri sendiri.

Yakin kita juga boleh menjadi seperti orang lain yang berjaya.

KATA MADAH 46#

Assalamualaikum...



KEJAYAAN ITU TERCIPTA HASIL DARI KEGAGALAN.

JANGAN KAMU KECEWA JIKA GAGAL.

KERANA ITU ADALAH PERMULAAN UNTUK MENEMPUH KEJAYAAN



Tidak semua yang kita rancang dan impikan akan menjadi kejayaan. Mungkin orang lain buat dia boleh berjaya. Tapi bila kita buat takde apa-apa hasil. Just fikir positif dan keep going what you do. Mungkin ada juga silapnya. Cuba cari jalan penyelesaian dan mencari jalan untuk berjaya juga seperti orang lain.

KATA MADAH 45#

Assalammualaikum...





BIASAKAN BERFIKIRAN POSITIF, SIKAP POSITIF, DAN TINDAKAN POSITIF,
DENGAN DEMIKIAN KITA AKAN MENJALANI KEHIDUPAN INI DENGAN PENUH SYUKUR, SEMANGAT DAN BERJAYA


Memang agak susah bagi kita even Ida sendiri nak cuba bersikap positif sentiasa. Kadang kala ada juga pemikiran yang negatif. Terkecil hati dengan perbuatan seseorang kemudian mula nak fikir negatif.


Keep cool, chill dan banyakkan beristighfar. Cuba hirup udara segar..bagi umat Islam, boleh ambil wuduk dan membaca Al-Quran. Insyaallah membantu.



KATA MADAH 44#

Assalammualaikum...




PERBUATAN ADALAH CERMINAN HATI
JIKA HATI DIPENUHI KEBAIKAN,
MAKA SIKAP DAN TINDAKAN AKAN BAIK,
BEGITU JUGA SEBALIKNYA


Ida suka dengan kata-kata ini. Itu betul..apa yang kita lakukan itu menunjukkan sikap dan hati kita sebenarnya.

Contoh mudah. Apabila memandu. Ada kereta yang memotong kita, atau pun yang bawa lambat. Kita pun cakap macam-macam kat pemandu tu. Lepas bila kereta kita lepas dari kereta itu, kita nak pandang serong.

Banyak sebenarnya perkara dalam seharian yang kita tidak sedar. Jadi cubalah banyakkan beristighfar agar kita dijauhkan sikap yang buruk