Penjagaan makanan, senaman bukan itu sahaja cara untuk mengurangkan berat badan. Malah dari segi mental juga dititikberatkan bila kita cuba untuk menjalani proses pengurangkan berat badan ini.
Rata-rata yang fikir, ala senang je tak payah makan nasi. Senang...Tidak! Nasi tak bersalah..kadang cara pengambilan nasi kita tu yang salah. Diri sendiri yang terlalu suka makan secara berlebihan.
Hari ini Ida nak kongsikan sedikit 10 tips pemakanan yang baik untuk mengurangkan berat badan secara sihat.
10 TIPS PEMAKANAN YANG BAIK UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN
1. FOKUS PADA PERUBAHAN KECIL
1. FOKUS PADA PERUBAHAN KECIL
Kita ni tak perlu la terlalu fokus untuk kurangkan berat badan dalam KG yang banyak. Mulakan dari yang kecil, itu sebenarnya membantu kita menghargai perubahan yang kecil. Contohnya seperti makan buah dan bukannya minum jus buah dan menambahkan makanan yang lebih berwarna ke dalam sajian uolls. Lama kelamaan perubahan kecil ini akan memberikan hasil yang besar. Percayalah!
2. PORTION MAKANAN
Fikirkan kuantiti jumlah makanan atau minuman untuk satu sesi makan. Dengan kata lain, berapa kalori ang uolls akan ambil dalam masa sehari. Jika membeli pastikan cuba untuk melihatkan portion label makanan di belakang. Belajar untuk mengambil perhatian terhadap bahagian ini supaya membantu mengelakkan dari makan berlebihan.
3. CARI DIET YANG SESUAI
Tidak semua cara diet sesuai dengan kita. Walaupun keto, paleo, DASH atau intermittent fasting mungkin berfungsi dengan baik untuk orang lain tetapi itu tidak bermakna ia sesuai untuk kita. Sebaliknya cuba untuk fokus pada makan pelbagai makanan yang penuh nutrien, termasuk buah-buahan, sayuran, biji-bijian, protein tanpa lemak dan lemak sihat. Mungkin pemakanan sihat adalah gaya hidup yang sesuai dengan badan uolls, memberi tenaga yang berkekalan dalam jangka masa panjang.
4. JADUAL MAKANAN
Menyimpan catatan yang konsisten dan tepat mengenai apa yang uolls makan yang sangat membantu ketika berusaha menurunkan berat badan. Aplikasi seperti MyFitnessPal dapat membantu mengesan berapa banyak kalori yang kita benar-benar makan serta makronutrien dan mikronutrien. Dan ramai sebenarnya pengguna akan terkejut yang sebenarnya mereka tidak cukup makan untuk mengurangkan berat badan. Maknanya diet mereka adalah salah.
5. MASAK DARI RUMAH
Sekiranya uolls selalu makan di restoran atau kedai nasi bungkus. Kita sebenarnya mungkin telah memakan kalori, gula dan natrium yang tidak diperlukan. Sebabnya kita tak tahu banyak mana kuantiti garam dan gula yang mereka gunakan.
6. TAMBAHKAN PROTEIN DAN KURANGKAN GULA
Protein sangat penting untuk menurunkan berat badan, membina otot dan memulihkan badan dari senaman yang berat. Berapa banyak keperluan seseorang bergantung pada beberapa faktor seperti jisim otot, tahap aktiviti, usia dan goals uolls. Menurut National Institutes of Health, Recommended Daily Allowance untuk pengambilan protein adalah 0.8 gram protein per kilogram berat badan (atau 0.36 gram per paun berat badan). Inilah cara menambahkan lebih banyak protein pada sarapan, makan tengah hari dan makan malam.
Tidak seperti gula yang berlaku secara semula jadi (seperti jenis yang terdapat dalam buah) terlalu banyak gula yang boleh menyebabkan penurunan berat badan dan menyumbang kepada masalah kesihatan seperti diabetes, penyakit jantung dan Alzheimer.
7. BERHATI-HATI DENGAN TREND KESIHATAN
Minuman seperti cuka epal dan kombucha telah terbukti kerana probiotiknya yang bagus untuk usus. Walaupun ia boleh menyumbang kepada kesihatan tetapi ia memerlukan lebih banyak penyelidikan yang terperinci. Daripada terlalu mengikut setiap trend cuba untuk lebih fokus pada makan makanan yang seimbang.
8. MENGURANGKAN MAKAN BERLEBIHAN
Makan berlebihan dapat mengelakkan uolls untuk mencapai matlamat penurunan berat badan tepat pada waktunya. Tetapi fokuskan pada teknik pemakanan yang membantu uolls untuk menikmati makanan secara perlahan supaya dapat membantu kita berasa kenyang dan mencegah sikap makan berlebihan.
9. CARI SOKONGAN
Tabiat kehidupan yang sihat sebenarnya memerlukan pencetus atau sesuatu untuk mengingatkan dan memotivasi kita. Cuba untuk cari sokongan sepanjang proses menurunkan berat badan. Sama ada raka atau seseorang yang kita boleh luahkan apabila berasa tertekan. Cari orang yang berfikiran sama yang dapat mendorong untuk mencapai matlamat uolls.
10. JANGAN TERLALU LIHAT PADA PENIMBANG
Perubahan yang uolls alami tidak semestinya dilihat pada penimbang. Ia tidak akan berlaku pada setiap hari. Ingat bahawa itu hanya satu gambaran besar supaya kita tidak terlalu tertekan ketika dalam proses pengurangan berat badan ini. Mungkin tidak nampak pada berat tapi pada kekurangan inci pada tubuh uolls.
kredit: https://blog.myfitnesspal.com/
Jemput lihat video ini dan follow my channel. Thankz. Nanti
Ida follow uolls balik okay!
Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp: www.wasap.my/60174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293
*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya







































