Pages

Saturday, January 27, 2018

RESEPI SPIRAL CARBONARA YANG SEDAP DAN MUDAH

Assalammualaikum...

Akibat tergoda dengan iklan "Prego" dalam TV, anak-anak Ida mintak masakkan "Prego" katanaya. Siapa kata nak yang kuah putih bukan merah. So carbonara la tu namanya.hehe.


Jadi bermula kisahnya Mummy beli segala barang penting yang diperlukan untuk buat carbonara. Tapi kelainan sikit Ida gunakan spiral bukannya spagetti. Ikut la mana pun spagetti pun sedap.


Ini Ida kongsikan resepi spiral carbonara yang sedap dan mudah.

RESEPI SPIRAL CARBONARA YANG SEDAP DAN MUDAH



Bahan-bahan:
  • Spiral yang direbus
  • Prego Carbonara Cendawan ( ada yang jenis cheese, ikut citarasa korang )
  • Cendawan (ada yang fresh pun ok Ida beli yang dalam tin je)
  • Susu segar (full cream)
  • sosej
  • daging kisar
  • lobak merah
  • bawang merah dicincang
  • bawang putih dicincang
  • serbuk lada hitam
  • serbuk lada putih
  • garam
CARA-CARANYA:


1. Sediakan semua barang-barang di atas. Ikut banyak mana korang nak masak.

2. Masukkan planta atau minyak sedikit. Tumis bawang merah dan putih sampai garing.

3. Dah garing masukkan daging kisar tadi dan goreng sampai masak sedikit. Masukkan lobak merah.

4. Dah nampak semua agak-agak garing. Masukkan Prego Carbonara cendawan. Korang kena tuang dulu tau dalam mangkuk dan kacau sikit supaya tak berketul-ketul.

5. Lepas tu masukkan susu segar tadi. Kacau sampai sebati.

6. Masukkan bahan-bahan yang selebihnya termasuk la garam, serbuk lada putih dan serbuk lada hitam. Kalau nak rasa pedas citarasa Melayu tu, korang boleh la letak sedikit cili padi masa tumis tadi.

7. Bagi masak sampai kacau sekali sekala. Kalau nampak pekat sangat, tambah je air. Seimbangkan rasa die.

8. Dah siap. Hidanglah makan dengan spiral atau bahan lain. Terpulang citarasa korang


SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MENJAMU SELERA!

si Aqil pun nak tunjuk mangkuk die. Suka dapat makan

2:39:00 PM / by / 8 Comments

8 comments:

  1. terbaek.. ada masa nak cuba buat la nanti.. hehe

    ReplyDelete
  2. sedap.. poskan skit ke sini.... hihiihih

    psssttt terima kasih join Segmen Nak URL Blog #33. Blog anda ada di http://www.mialiana.com/2018/01/senarai-url-blog-33.html

    ReplyDelete
  3. Fav kakak Dania ni..nanti mama balik minggu ni nak buatkan jugak la..

    ReplyDelete