Showing posts with label SET KESIHATAN WANITA. Show all posts
Showing posts with label SET KESIHATAN WANITA. Show all posts

10 VITAMIN PENTING UNTUK KESIHATAN WANITA

Assalammualaikum...

Tak kira umur dan jantina semua orang mementingkan kesihatan diri terutamanya wanita yang dah berkahwin atau dah bersalin. Mana yang berdiet mestilah pastikan diet yang diambil tu cukup seimbang. Kesihatan yang optimum adalah lebih baik untuk mencegah dai sebarang masalah kesihatan.


Jadi ada persoalan penting ke vitamin untuk kesihatan kita?
Vitamin merupakan sebatian organik yang membantu fungsi badan dengan betul. Setiap vitamin memberikan fungsi yang berbeza. Kekurangan vitamin yang diperlukan boleh memberikan masalah kesihatan yang serius. 


Sebab itu la kita perlukan makan makanan yang seimbang atau tidak kita perlukan vitamin tambahan Ini nak kongsikan 10 jenis vitamin penting untuk kesihatan wanita.

10 JENIS VITAMIN PENTING UNTUK KESIHATAN WANITA

1. Vitamin A


Vitamin A mengandungi ciri-ciri antioksidan. Wanita semua peringkat umur memerlukan vitamin A kerana ia membantu untuk membina dan menguatkan tulang, gigi, tisu lembut, kulit dan membran mukus. Vitamin A ini juga mengurangkan risiko penyakit kronik, memperbaiki penglihatan, melambatkan proses penuaan dan meningkatkan sistem imun.

Contoh seperti lobak, tembikai, labu, aprikot, tomato, tembikai, jambu batu, brokoli, kale, betik, pic, lada merah, bayam, telur, hati, susu dan bijirin diperkaya.

2. Vitamin B2

Vitamin B2 atau lebih dikenali dengan nama riboflavin. Vitamin B2 adalah penting untuk kesihatan yang baik, pertumbuhan normal dan metabolisme. Ia membantu meningkatkan tenaga dan menguatkan sistem imun,elakkan tekanan atau gelisah dan keletihan. 



Kekurangan vitamin B2 boleh menjejaskan metabolisme dan mempengaruhi sistem imun dan fungsi saraf yang boleh menyebabkan mata pucat dan lidah, sakit tekak, ulser mulut, bibir merekah, rambut kering, kedutan dan kulit gatal.

Contoh seperti organ, keju, susu, yogurt, sayur-sayuran berdaun, yis, telur, bijirin, seluruh bijirin, kacang soya, badam, kacang dan cendawan.

3. Vitamin B6

Pernah dengar tak pyridoxine? Ia merupakan vitamin penting bagi sistem imun kita. Ini kerana ia membantu hormon untuk berfungsi dengan baik dan membanru mengurangkan kemurungan, penyakit jantung dan hilang ingatan (nyanyuk).


Ia juga boleh membantu mengawal paras gula darah anda. Wanita hamil boleh makan makanan dengan vitamin B6 untuk menghilangkan masalah morning sickness. Kekurangan vitamin B6 dalam badan boleh menyebabkan anemia.

Contoh seperti bijirin, avokado, pisang, daging, kacang, ikan, oat, kacang, biji benih, dan buah-buahan kering.

4. Vitamin B7


Kepentingan untuk pertumbuhan sel dan sintesis asid lemak atau lebih dikenali dengan nama Biotin. Vitamin B7, juga dikenali sebagai Biotin, diperlukan untuk pertumbuhan sel dan sintesis asid lemak. Vitamin ini membolehkan kelenjar peluh, rambut dan kulit yang sihat. Malah, ia menggalakkan pertumbuhan rambut dan membantu merawat masalah kuku rapuh. Ia juga untuk pertumbuhan tulang dan sum-sum tulang dan membantu mengekalkan tahap kolesterol yang normal.

Jika kekurangan ia boleh menyebabkan tulang rapuh, ruam, fungsi jantung yang tidak normal, lesu, pucat, dan kemurungan ringan.

Contoh makanan sperti ikan, kentang manis, badam, lobak merah, pisang, tembikai, buah-buahan berwarna kuning, sayur-sayuran berdaun hijau, kacang merah, beras perang, lada, kuning telur, kacang soya, oat, susu, keju, yogurt dan kacang.

5. Vitamin B9


Vitamin B9 juga dikenali sebagai asid folik adalah penting bagi setiap wanita kerana ia membantu mencegah penyakit jantung, tekanan darah tinggi, Alzheimer, kemurungan, kanser dan hilang ingatan. Ia juga meningkatkan kesihatan otak dan fungsi sel dan meningkatkan kesuburan dan perkembangan janin semasa mengandung.


Kekurangan vitamin B9 di kalangan wanita hamil boleh menyebabkan kecacatan tiub neural bayi, seperti spina bifida.

Contoh makanan seperti sayur-sayuran berdaun hijau gelap, jus oren, asparagus, tembikai, strawberi, bijirin, kekacang, kacang dan telur.

6. Vitamin B12

Vitamin ini penting untuk metabolisme, pembahagian sel normal dan sintesis protein. Vitamin ini membantu mencegah penyakit jantung, hilang ingatan dan anemia.
Malah untuk merawat kemurungan dan membantu mengekalkan sistem saraf yang sihat dan fungsi otak. 


Kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan cepat gelisah dan murung.Malah boleh menyebabkan keradangan mulut.

Contoh makanan yang terbaik untuk vitamin B12 adalah keju, telur, ikan, daging, susu, yogurt dan bijirin sarapan diperkaya.

7. Vitamin C


Bila cakap je psal vitamin C secara automatik orang mesti cakap untuk kecantikan. Memang betul. Selain itu ia membantu mempercepatkan proses penyembuhan, menggalakkan pertumbuhan tisu dan mengurangkan risiko beberapa jenis kanser, penyakit jantung dan kerosakan tisu. Ia juga memainkan peranan penting dalam pembentukan sel-sel darah merah.


Contoh makanan yang kaya dengan vitamin C adalah brokoli, grapefruits, kiwi, oren, lada, kentang, strawberi, pucuk dan tomato.

8. Vitamin D

Vitamin D adalah vitamin larut lemak yang menggalakkan penyerapan kalsium yang juga  memainkan peranan penting dalam mengekalkan tulang yang kuat. Vitamin D juga mengurangkan risiko multiple sclerosis, rheumatoid arthritis dan pelbagai jenis kanser.


Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan kurang rapuh dan berisiko mendapat penyakit osteoporosis.Viatmin D ni juga boleh didapati pada cahaya matahari tapi jangan la berjemur di bawah panas terik tu, mau terbakar kulit nanti.

Contoh makanan seperti lemak ikan, susu, hati dan telur.

9. Vitamin E

Vitamin E mengandungi ciri-ciri anti-penuaan yang melawan kerosakan sel dan melambatkan perubahan yang berkaitan dengan usia dalam badan kira. Vitamin ini juga membantu mencegah penyakit jantung, katarak, kehilangan ingatan dan beberapa jenis kanser.


Selain itu ia juga penting untuk kulit dan rambut. Kebanyakkan produk rambut dan penjagaan kulit akan dimasukkan vitamin E ni. 


Makanan yang kaya dengan vitamin E termasuk germa gandum, hazelnuts, badam, bayam, marjerin, minyak jagung, minyak ikan kod, mentega kacang, minyak safflower dan biji bunga matahari.

10. Vitamin K
Vitamin K memainkan peranan penting dalam pertumbuhan tulang yang kuat, mengekalkan pembekuan darah yang normal dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit jantung.Malah meningkatkan sistem imun dan tenaga.


Contoh makanan yang terbaik vitamin K ialah bijirin, sayur-sayuran berdaun hijau, minyak kacang soya dan minyak ikan.

Tetapi memang susah kan kalau nak dapatkan kesemua 10 jenis vitamin ni setiap hari dengan lengkap. Jadi cukupla sekdar 5 jenis vitamin penting ni mesti ada dalam diet kita seharian.


Nak order? sila klik

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293


*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

5 TIPS KESIHATAN BAGI WANITA BERUSIA 30-AN,MASIH SIHAT DAN CANTIK

Assalammualaikum...

Semakin tahun semakin meningkat usia kita. Mana la usia tua boleh menjadi muda semula tapi hanya dengan penjagaan kesihatan yang baik akan membantu kita jadi lebih muda walaupun usia semakin meningkat.


Setiap hari semakin meningkat usia kadar kesihatan kita akan merosot. Metabolisma badan akan menjadi semakin rendah. Sebab itu la jika tidak menjaga kesihatan dari awal dan jalankan gaya hidup yang tidak sihat, tubuh badan sudah tak berdaya nak bertahan dan mula datang pelbagai penyakit. Ini ada 5 tips kesihatan wanita berusia 30-an supaya nampak sihat, cantik dan hebat.

5 TIPS KESIHATAN BAGI WANITA BERUSIA 30-AN

1. Lakukan pemeriksaan kesihatan


Ramai wanita mahupun lelaki memang malas nak jalankan pemeriksaan kesihatan. Fikir badan rasa sihat boleh buat kerja jadi tak perlukan apa-apa pemeriksaan. Salah sebenarnya. Jalani pemeriksaan tak semestinya ketika sakit sahaja. Bagi wanita pada masa usia ni kerapkan untuk melakukan ujian pap-smear, tekanan darah dan ujian darah untuk mengenal pasti tahap kolesterol dalam darah. Ini kerana dalam melakukan ujian dan pemeriksaan kesihatan dengan lebih kerap dapat menjaga kesihatan korang dengan lebih baik. Apataj lagi bila ada keturunan kita yang ada penyakit berbahaya seperti kanser lebih baik cegah dengan lebih awal.

2. Senaman


Bila semakin berusia semakin rendah metabolisma badan kita. Ini bermakna risiko untuk menjadi obesiti adalah sangat tinggi. Ini sekaligus akan menaikkan risiko lain seperti penyakit diabetes, penyakit jantung dan arthritis.Lakukan senaman fizikal dengan lebih kerap sekurang-kurangnya sekali seminggu. Tak perlu senaman berat, asalkan senaman ringan dengan kerap pun dah cukup.

3. Amalkan makan sihat


Bila metabolisma badan semakin rendah elakkan makanan ringan. Kalau dulu memang suka makan keropok potato chip dan sebagainya, kurangkan atau kalau boleh terus hentikan. Dari beli di kedai buat la snek yang berkhasiat dan sedap seperti snek lobak merah. Sedap! Ini kerana masa ni korang akan berisiko kepada obesiti. Banyakkan memakan buah-buahan, sayur-sayuran, ikan segar dan sumber protein yang sepatutnya. Kulitpun akan lebih cantik dan sihat dengan pengambilan makanan yang sihat.

4. Ambil kalsium


Adakah korang mengambil kalsium yang cukup setiap hari? Bila usia dah masuk 30-an ketahanan tulang akan semakin berkurangan dan ini akan berisiko kepada penyakit osteoporosis. Sebaiknya ambil sekurang-kurangnya 100mg kalsium setiap hari seperti mengambil yogurt, keju dan susu yang diperkaya dengan kalsium dan Vitamin D.

5. Jaga kulit


Pada tahap umur 30-an, kulit akan lebih menimbulkan kedutan, kesan sinaran matahari, dan garis halus. Ini kerana pembentukan kolagen dalam badan berkurang apabila umur kita semakin meningkat. Tetapi ia tidak terlambat untuk menjaga dan memulihkan kulit. Elak kesan buruk cahaya matahari dengan menggunakan pelembap dengan SPF 30 atau ke atas. Gunakan pencuci muka dua kali setiap hari dan pastikan mencuci mekap setiap hari sebelum tidur.


Nak order? sila klik




Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

15 PUNCA HAID LEWAT, AKU HAMIL KE?

Assalammualaikum...

Ramai yang mungkin kaum wanita yang telah berkahwin akan mengalami masalah seperti ini. Haid datang lambat dari tarikh yang sepatutnya. Tapi bila check upt test, negatif. Rasa agak kecewa terutamanya yang telah lama menanti cahaya mata atau dah lama ingin timbang anak lagi.



Ia juga boleh dikenali sebagai Amenorea dalam istilah perubatan. Tak semua akan mendapat berita gembira jika haid datang lambat. Berkemungkinan ada masalah lain yang mungkin kita sendiri tak sedar yang menyebabkan haid datang lambat. Ini ada 15 punca haid datang lewat dari tarikh yang sepatutunya.


15 PUNCA HAID DATANG LEWAT

1. Tekanan



Tekanan mental boleh mempengaruhi jumlah hormone (GnRH) yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid korang.

2. Masalah kesihatan




Haid datang lewat boleh disebabkan oleh penyakit seperti PCOS atau deman panas yang memberikan tekanan fizikal boleh menganggu kitaran haid.

3. Kelebihan hormone prolaktin




Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan menyebabkan haid lewat. Korang akan merasa seperti susu keluar, atau berkemungkinan mengalami masalah hyperprolatinemia.

4. Menyusu badan




Jika korang masih menyusukan anak-anak itu perkara normal jika haid datang lambat. Ini kerana hormon korang masa ini telah mengganggu dan menyebabkan haid datang lewat.

5. Masalah kelenjar tiroid




Hormon tiroid juga boleh menganggu haid dimana korang akan rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak.

6. Perubahan dalam jadual




Maknanya kitaran haid korang tak teratur disebabkan masalah hormon tak stabil.

7. Perubatan

Korang mungkin ada makan apa-apa dari hospital yang menganggu kitaran haid korang contoh seperti pil perancang.

8. Berat badan berlebihan




Berat badan yang berlebihan akan menganggu ketidakseimbangan hormone estrogen dalam badan. Kebanyakan haid wanita dan kesuburan kembali normal apabila berat badan mereka menurun.

9. Terlalu kurus




Bila badan terlalu kurus sehingga tiada lemak di dalam badan juga ajan menganggu kitaran haid korang. Ini selalunya berlaku pada para atlet. Tempoh haid boleh kembali normal semula jika berat badan kembali yang sepatutnya.

10. Membuat senaman berat




Jika ada yang menyertai sebuah acara yang melakukan senaman berat seperti marathon juga boleh menganggu ovulasi. Ini disebabkan tekanan bertambah ke atas badan akan mencegah kehamilan.

11. Tersilap kira tarikh




Kitaran haid berbeza untuk semua wanita. Purata kitaran haid yang normal ialah antara 21-­35 hari. Akan tetapi terdapat sesetengah wanita yang tidak mempunyai kitaran haid yang teratur. Ramai wanita sebenarnya tak ingat tarikh sebenarnya haid jadi digalakkan untuk catatkan dalam buku pada setiap bulan atau muat turun sahaja kalendar dalam handphone korang.

12. Peri­Menopaus

Peri­menopaus adalah tempoh di mana peralihan dari usia reproduktif ke usia tidak reproduktif dimana haid akan berhenti selama­lamanya. Dalam tempoh ini, tempoh haid anda akan berubah ke kurang kerap.

13. Menopaus




Menopaus adalah apabila ovulasi tidak berlaku lagi dan haid berhenti selama­-lamanya.

14. Ubat pencegahan kehamilan




Pengambilan pil perancang, suntikan ataupun ubat yang boleh menyebabkan perubahan hormon di dalam badan boleh mengganggu kitaran haid. Apabila korang dah berhenti penggunaan ubat pencegah kehamilan, badan akan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dalam perubahan hormone sebelum tempoh kitaran haid menjadi stabil.

15. Kehamilan




Akhirnya! Ya, tempoh haid lewat mungkin kerana korang sedang hamil. Ujian kehamilan air kencing ataupun darah boleh menentukan bahawa korang hamil atau tidak.





STOP!!!

Sempena bulann oktober ni Shaklee ada promosi beli 2 botol GLA complex dan dapatkan 5% diskaun..sangat berbaloi...So sapa nak dapatkan pek kembar ni kena direct mesej Ida k...




Nak order? sila kliK


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

7 MAKANAN TINGATKAN KESUBURAN WANITA,NAK HAMIL CEPAT

Assalammualaikum...

Bagi yang nak mendapatkan anak atau dalam perancangan nak tambah anak lagi mestilah menjaga pemakanan. Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Jangan la main bedal je makan sesuka hati lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah lama berkahwin.




Kalau masa bujang dulu kita suka makan fast food, minum air coke dan sebagainya. Sehingga berlarutan selepas berkahwin. Kan lebih baik masa ni buang semua tabiat tu. Insyaallah pemakanan yang sihat akan tingkatkan kesuburan dan anak dalam kandungan pun akan sihat. Ini ada 7 makanan tingkatkan kesuburan wanita.



7 MAKANAN TINGKATKAN KESUBURAN WANITA

1. Susu, Keju, Yogurt & Ais Krim



Kalsium adalah antara nutrisi yang penting bagi perempuan dalam semua tahap kehidupan, termasuk kehamilan.

Ramai yang tak sedar pengambilan kalsium bukan sahaja untuk ibu mengandung malah untuk mereka yang merancang untuk mendapat anak. Ini sangat membantu untuk meninkatkan kesuburan wanita. Malah sudah banyak kajian menunjukkan ia membantu meningkatkan kesihatan reproduksi wanita selain untuk kuatkan tulang.Justeru itu, perbanyakkan pengambilan sumber kalsium seperti makanan yang kaya dengan lemak susu, seperti susu, yogurt, aiskrim dan keju.




Wanita yang nak hamil digalakkan ambil kalsium dalam 1000mg setiap hari iaitu dalam 8 auns gelas susu. Ada kajian terbaru menyatakan susu yang tinggi lemak dapat tingkatkan kesuburan dari yang rendah lemak. Malahan, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa, pengambilan susu yang rendah lemak, boleh menurunkan tahap kesuburan wanita.

2. Karbohidrat Kompleks




Pengambilan karbohidrat seperti biji-bijian, dapat membantu meningkatkan kesuburan, tak sama macam karbohidrat yang terdapat dalam roti atau nasi putih. Ia akan meningkatkan kadar gula dalam darah dan insulin. Peningkatan gula dalam darah serta insulin boleh menganggu hormon yang bertanggungjawab dalam reproduksi, ia akan hentikan atau cegah pengovulan.

3. Buah dan sayuran berwarna cerah




Buah-buahan dan sayur-sayuran sememangnya bagus dimakan. Selain dari kaya dengan vitamin, mineral dan nutrisi penting, buah-buahan segar dan sayur-sayuran kaya dengan antioksidan dan fitokimia yang membantu menghilangkan radikal bebas. Ketika radikal bebas berkumpul di dalam tubuh, mereka boleh menyebabkan masalah kesihatan, termasuk mengganggu hormon reproduksi. Pengambilan buah-buahan dan sayuran dapat menghilangkan racun yang dapat mengganggu pengovulan.Semasa nak memilih sayur-sayuran dan buah-buahan pilih yang berwarna cerah. Ini kerana warna yang lebih cerah,lebih banyak nutrisi. Contoh buah beri yang banyak gizi.

4. Daging ayam




Daging ayam sangat penting kerana ia memiliki tinggi protein dan zat besi, yang penting untuk wanita yang ingin hamil. Zat besi dan protein sangat penting bagi perempuan sebelum dan selama kehamilan.Meskipun zat besi dan protein dapat ditemukan dalam produk bukan haiwan, tetapi terdapat perkaitan antara protein haiwan dengan peningkatan tahap kesuburan.

Kajian menunjukkan bahawa wanita yang kekurangan zat besi lebih cenderung untuk mandul berbanding mereka yang banyak mengambil zat besi yang mencukupi. Pilih yang tanpa lemak dan masak cara memanggang bukan digoreng.

5. Telur




Telur juga dapat membantu meningkatkan kesihatan sistem reproduksi sebab kaya dengan vitamin dan nutrisi penting seperti protein dan kolin. Kolin adalah penting untuk di ambil sebelum dan saat kehamilan, kerana ia meningkatkan kemampuan tubuh menyerap asid folik. Asid folik sangat penting bagi tempoh perancangan dan awal kehamilan, bagi mencegah bayi yang lahir cacat saraf seperti spina bifida.Pengambilan sehari sebiji telur dapat meningkatkan kadar kolin yang mencukupi untuk meningkatkan penyerapan asid folik sebanyak 2 kali ganda.

6. Sayuran hijau




Sayuran seperti bayam dan kangkung mengandungi zat besi yang tinggi. Zat besi sangat penting untuk membantu dalam peredaran kitaran haid yang seimbang, kerana kebanyakan wanita yang kekurangan zat besi, cenderung untuk mengalami masalah kitaran haid yang teratur.Dengan menambah pengambilan sayuran berdaun hijau ke dalam menu harian, dapat meningkatkan kadar zat besi dalam tubuh.

7. Kekacang dan biji-bijian




Kekacang dan biji-bijian di cerna dengan lebih perlahan di dalam tubuh. Ia membantu mengatur peningkatan insulin dan meningkatkan ovulasi.Selain daripada itu, kekacang dan biji-bijian juga mengandungi lemak omega 3, yang membantu secara langsung pada peningkatan hormon. Kekacang dan biji-bijian memiliki tahap antioksidan yang sangat tinggi.




Nak order? sila klik

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya