Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts

8 KEBAIKAN BERJOGGING

Assalammualaikum..

Sukan atau bersenam sebenarnya sangat penting untuk kesihatan kita tapi tak ramai yang dapat melakukannya. Paling bagus adalah dilakukan 5-6 kali seminggu. Kalau paling malas pun uolls boleh lakukan 3-4 kali seminggu. Senaman yang paling mudah dilakukan ialah berjogging. Di sini Ida akan kongsikan 8 kebaikan berjogging untuk kesihatan kita.



8 KEBAIKAN JOGGING

1. Menurunkan Berat Badan





pasti ramai sebenarnya yang ingin sangat turunkan berat badan. Jogging dapat meningkatkan tahap metabolisme seseorang itu dan akan membakar kalori dengan lebih cepat. Ketika berjogging, tubuh akan membakar kalori di dalam tubuh 2 kali lebih cepat berbanding jika berjalan kaki.

2. Baik Untuk Mental



Mengikut kajian yang dijalankan, jogging mampu meningkatkan mood dan membina keyakinan diri yang positif. Selain itu, jogging juga mampu mengurangkan simptom-simptom kemurungan.

3. Meningkatkan Imunisasi




Sekiranya anda sering mengamalkan senaman jogging, anda akan menyedari yang anda akan lebih jarang mengalami sakit seperti selsema, alahan, keletihan melampau, senggugut, sakit belakang dan masalah sistem pencernaan. Ini membuktikan sistem imunisasi anda sudah semakin kuat.

4. Melambatkan Penuaan




Secara normalnya, seiring dengan pertambahan usia, kepadatan otot dan tulang kita akan berkurangan. Dengan rajin jogging, kita dapat mengurangkan risiko penuaan yang terlalu cepat. Secara tak langsung ia juga membuatkan kesihatan tulang kita turut terjaga.

5. Baik Untuk Jantung


Dengan jogging, ia merupakan salah satu cara yang efektif di dalam menggalakkan otot jantung kita untuk bekerja. Senaman jogging yang dilakukan dengan kerap akan membuatkan aliran darah di dalam badan menjadi lebih baik. Di samping itu, ia turut merendahkan risiko serangan jantung, darah tinggi dan angin ahmar atau strok

6. Memperbaiki Kualiti Tidur



Masalah tidur seperti insomnia dapat membuatkan tubuh terasa letih dan mengganggu aktiviti harian. Kajian dijalankan terhadap pesakit insomnia dengan menyuruh mereka untuk jogging secara rutin. Kesan daripada perkara tersebut, mereka ternyata mampu untuk mempercepatkan waktu tidur mereka selain tidur mereka menjadi lebih nyenyak.

7. Baik Untuk Kulit



Jogging akan meransang pengaliran darah di dalam badan. Disebabkan itu, pembekalan nutrien dan pembuangan sisa toksik akan menjadi lebih efisyen dan secara tidak langsung turut menjadikan kulit lebih halus dan cantik.

8. Cegah Osteoporosis



Dengan berjogging secara tetap, anda sebenarnya memberikan bebanan pada otot dan tulang secara positif. Ini kerana, dengan memberi bebanan pada otot dan tulang secara positif, anda akan meransang otot dan tulang untuk menjadi lebih kuat dan seterusnya tidak mudah dimamah usia.


KREDIT: MALAYSIA RUNNERS

11 KEBAIKAN TELUR YANG KITA TIDAK TAHU SEBENARNYA

Assalammualaikum..

Siapa yang tak suka makan telur kan. Dari budak kecil sampai dewasa memang telur menjadi menu utama kalau dalam makanan harian. Nak goreng sedap, nak rebus pun sedap. Buat scramble pun sedap. Dan bermacam-macam resepi juga boleh tercipta dengan menggunakan telur. Malah telur juga digunakan dalam bidang bakeri. Senang kata, kalau tak makan telur dalam sehari tak sah.


Tapi ada juga sesetengah orang yang tak boleh makan telur sebab ada alahan dengan telur. Macam mana nak tahu uolls alah dengan telur atau tak, boleh la buat pemeriksaan jika tiba-tiba uolls ada jadi ruam atau bengkak selepas makan telur.

Telur merupakan sumber protein yang tinggi dan paling mudah dimakan dalam menu harian. 1 biji telur rebus mempunyai 85 kalori dan 7g protein. Telur bukan sahaja mempunyai kandungan protein yang tinggi, malah segala jenis vitamin yang penting untuk badan kita seperti kalsium, folat (vitamin B9), Vitamin A, D, E, B1, B3, B6, B9, B12 dan banyak lagi.

Di sini Ida nak kongsikan  11 kebaikan telur yang kita tidak tahu.

11 KEBAIKAN TELUR YANG KITA TIDAK TAHU SEBENARNYA

1. Kandungan kolestrol yang baik


Ramai yang takut makan telur sebab risau kolestrol akan naik. Silap sebenarnya. Kolestrol yang ada dalam telur hanya menambahkan kolestrol yang baik iaitu HDL (high density lipid) untuk badan kita. Bukan kolestrol yang jahat. Jika masih risau juga, janganlah ambil telur terlalu banyak dalam pemakanan. Bukan sampai tak nak ambil langsung.

2. Menguatkan sistem imun


Pengambilan telur sebenarnya dapat membantu kita kuatkan sistem imun badan kita tau. Pengambilan telur dapat memastikan badan tidak dijangkiti bakteria dan virus secara semulajadi.

Selenium yang terdapat dalam telur adalah nutrien yang badan kita perlukan untuk memperbaiki daya tahan badan dan juga mengawal hormon tiroid.

3. Mengurangkan risiko sakit jantung


Telur ini amat membantu bagi mengurangkan risiko sakit jantung kerana telur menuubah kolesterol LDL kepada HDL.Kolestrol yang tidak baik menyebabkan saluran arteri kita tersekat. Kolestrol LDL (Low-density Lipoprotein) mempunyai zarah-zarah yang kecil dan juga besar. Zarah-zarah kecil ini akan menyebabkan saluran tersumbat, manakala zarah-zarah yang besar akan membuatkan saluran bebas dari tersumbat. Jadi dengan menambahkan zarah-zarah besar ini ke dalam saluran darah, risiko untuk diserang sakit jantung lebih rendah.

4. Rambut dan kulit lebih sihat


Ini kerana dalam telur bukan sahaja terdapat vitamin B2 malah kaya dengan vitamin B5 dan B12. Vitamin ini sangat penting jika mahu mendapatkan kulit mahupun rambut yang lebih sihat dan cantik. Kuning telur berfungsi untuk menyuburkan dan menguatkan rambut, manakala kandungan vitamin A dan kolagen yang tinggi dalam putih telur pula membantu mempercepatkan proses rawatan kulit terbakar dan parut, jerawat, kedutan dan juga ruam.

5. Meningkatkan tenaga


Telur dapat menambah kadar tenaga kerana mengandungi vitamin B2 dalam telur juga dikenali sebagai riboflavin. Ia amat penting kerana dapat membantu badan kita menukar makanan menjadi tenaga. Untuk proses ini berlaku, badan kita memerlukan lebih tenaga. Sebiji telur mengandungi 15% daripada keperluan harian vitamin B2.

6. Mengurangkan stress atau tekanan


Mesti pelik kan bila dengar telur dapat mengurangkan stress?? 
Mengikut kajian pada 2004, mineral dan vitamin dalam telur boleh meningkatkan serotonin dalam badan bagi mengurangkan tekanan dan juga rasa bimbang.

7. Melindungi otak


Ramai yang tidak tahu tentang ini, tapi telur amat penting untuk otak kita. Kolin yang terkandung di dalam telur bertanggungjawab dalam proses ini. Kolin diperlukan untuk neurotransmitter (pemancaran neuro) dalam otak kita berfungsi dengan baik. Kekurangan nutrien ini boleh menyebabkan masalah saraf di dalam otak.

8. Meningkatkan kesihatan mata


Nak mata sihat makan lobak merah, tapi ramai tak tahu telur juga membantu dalam kesihatan mata. Ini kerana dalam telur terdapat dimana Lutein dan zeksantin adalah dua asid amino yang dapat menjaga kesihatan mata dan dengan pengambilan yang kerap boleh mengurangkan penyakit yang berkait dengan mata.

9. Membentuk tulang dan gigi yang lebih sihat dan kuat


Tak semestinya minum susu boleh dapatkan tulang dan gigi yang sihat dan kuat. Telur juga boleh. Ini kerana telur dapat membekalkan vitamin D yang diperlukan untuk tulang dan gigi yang lebih baik.Vitamin D sangat penting untuk kesihatan tulang dan gigi kita. Vitamin D dalam telur membantu penyerapan kalsium, dan vitamin D juga baik untuk kesihatan hati.

10. Kurangkan nafsu makan


Banyak menu diet ada masukkan menu telur dalam diet pemakanan harian diorang kan? Tahu kenapa. Sebabnya dalam telur mempunyai sumber protein yang sangat baik untuk membuatkan kita berasa lebih kenyang. Kalori dalam telur juga rendah yang amat membantu kita dalam proses mengurangkan berat badan.

11. Sumber asid amino yang lengkap

Badan mendapat asid amino yang diperlukan .Badan kita mampu menghasilkan sehingga 11 asid amino yang diperlukan badan untuk berfungsi. Namun, badan kita masih perlukan lagi 9 asid amino, yang mana ianya didapati di dalam telur.




ESP shaklee ni sebenarnya protein. Tahu kan protein ini sangat penting bagi kita untuk keseluruhan siste badan kita. Kulit, rambut, kuku, tulang dan lain-lain semuanya terdiri daripada protein.  Sel-sel dalam badan kita pun memerlukan protein untuk menjalankan tanggungjawabnya atau peranannya untuk membina sel-sel darah yang baru dan gantikan tisu yang dah rosak.

Ringkasnya, struktur dalam tubuh badan manusia dibina daripada susunan berikut:

SEL ——> TISU ——–> ORGAN ———> SISTEM

Struktur badan kita terdiri daripada SEL. Kemudian, sel-sel ini akan membentuk tisu-tisu. Seterusnya, tisu-tisu akan membentuk organ dan akhir sekali, organ-organ ini akan membentuk sistem. Oleh sebab itu, badan kita SANGAT memerlukan PROTEIN.

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)

Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

PERLU KE ORANG DEWASA MAKAN UBAT CACING? KETAHUI 12 TANDA JANGKITAN CACING INI!

Assalammualaikum...

Bila kali terakhir uolls makan ubat cacing? Ingat tak? Rasanya ramai yang tak ingat atau ada yang mungkin tak tahu sebenarnya kita orang dewasa pun kena makan ubat cacing seperti kanak-kanak.



Salah ye. Orang dewasa pun kena ambil ubat cacing setiap tahun. Sebenarnya orang dewasa pun tak terlepas dari kena jangkitan cacing seperti kanak-kanak.

Selain dari makanan mahupun minuman, jangkitan cacing juga boleh berlaku melalui kulit iaitu dengan keadaan persekitaran tak bersih mahupun tidak menjaga kebersihan diri kita sendiri. Bila cacing mula masuk ke dalam badan, ia akan mengambil segala nutrisi dalam badan kita. Sebab itu lah akan berlaku perkembangan yang terbantut kerana kekurangan zat makanan.


Jangkitan cacing yang paling biasa adalah cacing gelang (round worm), cacing kerawit / cangkuk (hook worm), cacing benang (thread worm) dan cacing pita (tape worm). Seseorang pesakit mungkin dijangkiti lebih daripada satu jenis cacing kerana kebanyakan cacing hidup dan membiak dalam keadaan tanah yang sama.

12 TANDA JANGKITAN CACING


1. Cacing keluar dari dubur atau ada cacing pada najis.

2. Punggung terasa gatal terutama pada waktu malam.

3. Badan menjadi lemah dan hilang selera makan, serta sakit perut atau cirit birit dan kembung. Susut berat badan.

4. Pucat dan berat badan menjadi kurang walaupun selera makan ada.

5. Batuk-batuk yang berpanjangan.

6. Demam, ruam di badan, alahan, kaki gatal dan bengkak.

7. Mengetap gigi ketika tidur malam.

8. Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata.

9. Hiperaktif (bagi kanak-kanak)

10. Sakit kepala.

11. Sensitif terhadap cahaya.

12. Gusi dan hidung berdarah.

Kebiasaannya, dos albendazole yang disyorkan bagi orang dewasa dan kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas adalah 400mg dos tunggal. Manakala bagi kanak-kanak yang berumur antara 1 hingga 2 tahun, 200mg diberikan secara dos tunggal bergantung kepada keadaan pesakit. Perlu diingatkan bahawa ubat cacing ini tidak boleh diambil oleh wanita yang mengandung dan bayi yang berumur kurang daripada 1 tahun.

sumber: KKM


Sebenarnya banyak je jenama ubat cacing yang terjual di pasaran. Selalunya pada tahun-tahun sebelumnya Ida akan ambil jenama Zentel atau Noxworm. Bentuk tablet pun ada.Tahun ni Ida ke klinik diorang bagi jenama Odibend. So takde masalah pun jenama apa-apa pun asalkan setiap tahun uolls kena pastikan makan ubat cacing ni.


Bagi kanak-kanak pula lagi mudah ada dalam bentuk chewable macam jenama Champs ni. So anak-anak boleh kunyah je macam gula-gula.Siap perisa coklat lagi. Sedapnya. Jadi takde alasan la kalau anak-anak tak boleh makan kan.


So bagi uolls yang belum makan ubat cacing tahun ni, sila ke pergi beli kat farmasi atau klinik ye. Harganya tak mahal sangat pun. Selain tu jaga lupa untuk menjaga kebersihan diri.

10 MAKANAN YANG BAIK UNTUK SISTEM PENGHADAMAN KITA

Assalammualaikum..

Secara umunya sistem pencernaan atau sistem gastroinstestinal yang bermula dari mulut sampai anus adalah sistem organ dalam manusia yang berfungsi untuk menerima makanan, mencernanya menjadi zat-zat gizi dan energi, menyerap zat-zat gizi ke dalam aliran darah serta membuang bahagian makanan yang tidak dapat dicerna atau merupakan sisa proses tersebut dari tubuh.


Penghadaman merupakan suatu proses mengisarkan makanan secara fizikal dan memecahkan molekul makanan itu melalui beberapa proses kimia.

Dengan kata yang lebih mudah lagi sistem penghadaman mempunyai 2 fungsi iaitu :

  • Menukar makanan yang telah dimakan kepada nutrisi yang diperlukan tubuh. 
  • Membuang dan mencerna bahan buangan yang tak diperlukan oleh tubuh. 
Zaman sekarang ramai orang yang tidak terlalu ambil peduli tentang kesihatan sistem penghadaman mereka. Makan apa yang di depan mata dan akhirnya alami masalah usus atau sembelit. Tak kira orang dewasa mahupun kanak-kanak.


Tahu tak?

Hampir 80 peratus daripada rakyat di seluruh dunia menderita akibat daripada keadaan usus yang tidak sihat. Ini mendorong kepada keadaan sistem penghadaman tidak sihat yang berkemungkinan menjangkiti tubuh badan.

Tanda-tanda alami masalah usus kotor atau bermasalah:
  • Selalu berasa pening kepala 
  • Rasa sakit belakang atau sakit-sakit sendi. 
  • Rasa susah untuk bernafas 
  • Masalah sinus atau bau badan yang tengit. 
  • Nafas berbau dan lidah rasa kelat. 
  • Alergik terhadap makanan. 
  • Susah nak membuang air. Sembelit kronik. 
  • Perut kembung dan selalu gastrik. 
  • Rasa letih, stress dan tidak selesa dengan tubuh. 
  • Berat badan naik tanpa sebab walaupun makan sedikit. 
kreadit: Celikvitamin.com

Jadi pemakanan dan gaya hidup yang sihat sangat memainkan peranan penting untuk kesihatan sistem penghadaman kita.

Di sini Ida nak kongsikan 10 makanan yang baik untuk sistem penghadaman kita.

10 MAKANAN YANG BAIK UNTUK SISTEM PENGHADAMAN

1. Pisang



Kebanyakkan mereka yang alami masalah sembelit ni akan makan buah pisang kan? Ini kerana pisang kaya dengan serat yang bagus untuk sistem pencernaan kita.

2. Asparagus


Asparagus ini mengandungi kandungan inulin yang tinggi yang bertindak sebagai probiotik. Probiotik ini mengandungi serat yang sangat bagus untuk melancarkan sistem pencernaan atau penghadaman kita.

3. Yogult


Di dalam yogult ini mengandungi probiotik yang membantu meningkatkan jumlah bakteri baik di usus untuk perut kita dan membantu melancarkan sistem pencernaan. Ia juga membantu untuk kurangkan rasa tak selesa pada badan kita.

4. Betik


Betik bagus untuk mereka yang alami masalah sakit perut atau diarea. Malah pengambilan buah betik juga boleh membantu atasi masalah sembelit.

5. Oat


Oat mengandung beta-glukan iaitu karbohidrat yang baik untuk sistem penghadaman kita. Sebuah kajian pada 2012 di British Journal of Nutrition menyatakan pengambilan oat sebagai sarapan membantu memberikan kekuatan probiotik yang baik kepada sistem penghadaman kita.

6. Jintan manis



Herba-herba seperti jintan ni selalunya kita letakkan dalam masakan kan? Jintan manis sejenis herba berserat tinggi, bertindak seperti ‘julap’ untuk mencuci usus kecil dan usus besar secara sederhana.

Herba ‘pelawas’ ini melancarkan proses perkumuhan dan mencuci dinding usus dari toksin, kotoran dan mendapan degil. Yang bagusnya, ia tidak mengakibatkan cirit-birit.Proses pembuangan jadi lebih mudah dan sistem metabolisma badan akan lebih teratur. Malah bagus untuk siapa yang alami masalah angin dalam badan.


7. Bawang


Siapa suka makan bawang? Kalau berlebihan pun tak boleh juga kang berbau mulut nanti. Tahu tak, bawang juga bertindak sebagai probiotik yang baik untuk sistem penghadaman kita. Dalam sebuah kajian pada tahun 2012 menyatakan bawang sangat bagus kerana mengandungi bakteria baik seperti laktobacilus yang bagus untuk usus.

8. Halia



Siapa suka minum air teh halia? Selalunya orang minum air teh halia untuk hilangkan masalah angin dalam badan tapi tahu tak ia juga bagus untuk sistem penghadaman kita. Ia membantu menlancarkan usus kita sebagai dapat berfungsi dengan baik.

9. Jambu batu


Ia mengandungi vitamin C dan antioksidan yang tinggi. Jambu batu bukan sahaja bagus untuk kesihatan malah membantu untuk menurunkan paras kolestrol, atasi masalah sembelit sekaligus bagus untuk sistem pencernaan kita. 

10. Belimbing



Belimbing kaya dengan vitamin A dan vitamin C serta nutrisi lain yang bagus untuk kesihatan kita mahupun sistem penghadaman.



Bagaimana Herblax membantu untuk lancarkan sistem pencernaan atau penghadaman kita?

Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Ia tergolong dalam kategori julab yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi meyingkirkan toksin dari usus.

Ia juga membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis.Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar.

Testimoni pengguna:






Klik di sini untuk order segera




Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:


(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp : www.wasap.my/0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya


6 TIPS BERSENAM KETIKA BERPUASA

Assalammualaikum..

Bulan puasa merupakan salah satu bulan yang sangat dinantikan oleh umat Islam. Pada bulan ni la kita digalakkan untuk meningkatkan lagi amal ibadah kita supaya dapat pahala dan keberkatan di dunia dan akhirat. Insyaallah.




Pada bulan puasa ni juga ramai antara mereka yang akan berdiet untuk kuruskan badan agar nampa cantik dan ramping di hari raya nanti.


Selain penjagaan makanan, senaman juga sebenarnya sangat penting untuk membantu proses menurunan berat badan ni. Tetapi pada bulan puasa ni ramai yang tertannya-tanya senaman apa yang paling baik dilakukan supaya kita tak menjadi terlalu letih dan penat.



Di sini Ida kongsikan 6 tips bersenam ketika berpuasa yang Ida petik daripada perkongsian di dalam facebook.

6 TIPS BERSENAM KETIKA BERPUASA

1. Pilih senaman yang disukai dan berintensiti rendah. 


Contoh senaman yang berintensiti rendah seperti brisk walk slow jog, dan banyak lagi.

2. Cuba bersenam ketika hampir waktu berbuka. Disarankan satu jam sebelum waktu berbuka. 




Untuk elakkan badan dehidrasi dan lain-lain. Kita bersenam untuk sihat bukan untuk sakit.

3. Lakukan tiga hingga empat kali seminggu




Lebih baik jika dilakukan selama 30 minit dan kurang daripada 45 minit. Jangan lakukan senaman dengan terlalu lama.

4. Pilih lokasi yang tepat dan bersesuaian. Lakukan secara berkala dan berterusan



Boleh lakukan di dalam bilik tidur atau taman depan rumah. Mungkin juga korang ada bilik gym sendiri!

5. Senaman berbeza




Jika boleh cuba lakukan beberapa jenis senaman setiap hari, seperti kombinasi aerobic,regangan dan senaman bebanan. 

6. Pastikan minum air yang mencukupi




 Minum air sebanyak lapan gelas daripada waktu berbuka puasa sehingga bersahur.

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

8 PETUA MEMBANTU KURANGKAN RAMBUT GUGUR DENGAN MUDAH

Assalammualaikum...

Masalah keguguran rambut ni boleh dikatakan perkara normal yang berlaku kepada semua orang tak kira peringkat umur mahupun jantina. Tetapi kadang kala ia menjadi agak teruk dan menjadikan kita mula berasa risau serta merimaskan.



Sebenarnya banyak punca berlaku masalah keguguran rambut ni. Antaranya:

  • Genetik
  • Tekanan/Stress
  • Horman tak stabil
  • Kekurangan zat (sumber protein)
  • Pengambilan ubat-ubat yang tertentu
  • Penggunaan produk rambut yang terlalu kerap seperti pewarna rambut, penyembur rambut, dan lain-lain 
  • produk yang mengandungi bahan kimia
  • wanita yang melahirkan anak (kebiasaannya bersifat sementara)
  • Paras selenium dan Vitamin A terlalu tinggi
  • Tahap Estrogen rendah

Walaupun banyak produk syampu yang dikeluarkan dalam pasaran yang digunakan untuk mengatasi masalah ini tetapi tak semuanya kadang kala membantu mengatasi masalah kita. Senang kata tak semua produk orang pakai sesuai dengan kita.

Jadi di sini Ida kongsikan 8 petua membantu kurangkan rambut gugur dengan mudah

8 PETUA MEMBANTU KURANGKAN RAMBUT GUGUR

1. Santan



Santan bukan sahaja digunakan untuk masakan tetapi ia juga bagus untuk mengurangkan masalah rambut gugur. 

Lumurkan 250ml-500ml santan ke kulit kepala dan rambut. Balut dengan tuala suam dan biarkan selama 15 hingga 20 minit. Kemudian bilas dengan air sejuk. Rawatan ini akan membuatkan rambut kita menjadi lebih lembut dan bersinar. Lakukan proses ini dalam 3 kali seminggu.

2. Minyak zaitun


Ia sendiri banyak kegunaan untuk masalah dan juga kesihatan. Dan salah satunya untuk masalah rambut gugur. 

Caranya ialah dengan titiskaskan 4-5 titis minyak zaitun selepas mencuci rambut. Kemudian urut perlahan-lahan kulit kepala. Sebaiknya dilakukan pada malam hari agar kandungan minyak zaitun menyerap pada kulit kepala. Keesokan pagi, cucilah rambut sehingga bersih.

3. Minyak kelapa


Ia sama juga seperti minyak zaitun. Ada banyak kegunaannya termasuklah untuk rambut gugur. 

Caranya ialah dengan menyapu minyak kelapa pada kulit kepala hingga rambut. Pastikan seluruh akar rambut itu terkena minyak kelapa. Jika proses ini dilakukan setiap hari, tak mustahil rambut korang akan kembali sihat. Malah proses pertumbuhan akar rambut yang baru pun akan menjadi lebih cepat. 

4. Kuning telur


Selalunya orang suka gunakan telur untuk buat masker muka kan. Tapi tahu tak korang juga boleh gunakan untuk masalah rambut gugur. 

Sapukan telur kuning pada rambut dan kulit kepala. Kemudian urut kulit kepala 10-15 minit. Selepas itu, cuci dengan menggunakan syampu agar tidak meninggalkan bau hanyir pada rambut. Sebaiknya lakukan proses ini dalam 3-4 kali seminggu.

5. Limau nipis


Orang ingat limau nipis hanya untu masalah rambut kelemumur tetapi juga untuk masalah rambut gugur.

Potong dan perah limau nipis. Ambil perahan air limau nipis tu dan gosokkan atas kepala selama beberapa minit. Urut kulit kepala dan basuh seperti biasa. Boleh lakukan proses ni 2 minggu sekali.

6. Daun bunga raya


Susah nak jumpa bunga raya sekarang ni. Kalau dulu buat untuk main pondok-pondok.hehehe. Tahu tak daun bunga raya ni boleh digunakan untuk masalah rambut gugur.

Ramaskan daun bunga raya dengan air dan ambil gosokkan di kepala. Selepas itu, cuci seperti biasa. Lendir daun bunga raya itu membantu untuk menguatkan rambut kita. Boleh dilakukan 2 kali seminggu.

7. Pokok lidah buaya


Daun lidah buaya ni memang banyak kegunaanya dan ia juga jarang dijumpai. Ia bukan sahaja bagus untuk kulit malah untuk rambut kita.

Sapukan lendir lidah buaya di rambut sehingga kulit kepala. Urut selama beberapa minit dan bilas seperti biasa. Boleh dilakukan setiap hari untuk kesan yang lebih baik.

8. Air rendaman kacang hijau



Kacang hijau ni senang nak dapat di kedai-kedai runcit kan. Jadi apa kata gunakan sedikit untuk membantu kurangkan masalah rambut gugur.

Ambil kcang hijau dan rendam semalaman. Keesokkannya tapis kacang hijau tu dan gunakan airnya dan sapukan pada kulit kepala korang. Urut selama beberapa minit dan bilas sehingga bersih. Boleh dilakukan 2 kali seminggu.




Bagaimana supplement ni membantu?

1. ESP shaklee 

Ia membantu pertumbuhan rambut baru yang kuat dan sihat. Protein adalah blok binaan terpenting dalam badan kita. Ianya makanan sel untuk membentuk sel-sel yang sihat dan cantik. Sel-sel yang cantik menguatkan akar rambut dan menyihatkan rambut. Dipercayai kaum wanita memerlukan sekitar 46 gram protein setiap hari.

2. Vitalea/ multivitamin

Ia membantu mengimbangi nutrien harian. Tubuh yang mendapat cukup nutrien dapat diperhatikan dari rambut yang sihat dan kuat. Rambut yang bermasalah petunjuk bahawa tubuh kekurangan nutrien tertentu yang tidak diperolehi daripada pemakanan seharian.

3. Omega guard

Ia kaya dengan omega 3 yang membantu menjadikan rambut lebih lembap dan bersinar. Pengambilan 1,000 mg DHA dan EPA setiap bukan sahaja menjadikan rambut lembut bak sutera malah korang akan rasa lebih sihat.

4. B-complex

Pengambilan vitamin B membantu:

1. Pengurangan kadar kehilangan/ keguguran rambut.2. Rambut lambat beruban kerana vitamin B melambatkan proses penuaan rambut.
3. Rambut yang lebih panjang disebabkan oleh pertumbuhan rambut yang lebih cepat.
4. Rambut lebih bersinar.

5. Collagen powder

Kolagen bukan sahaja bagus untuk kulit, tulang malah untuk rambut. Rambut kita juga mempunyai kolagen. Collagen Powder akan membantu menyuburkan rambut, enjadikan rambut lebih sihat, tidak mudah gugur dan bercabang serta rambut lebih tebal dan bersinar.

Klik di sini untuk pembelian dengan segera


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)

sms/whatsapp : www.wasap.my/0174636210
Email : chintashoope@gmail.com 
No Id: 1074293 

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya