REVIEW: 3W CLINIC INTENSIVE UV SUNBLOCK CREAM

Assalammualaikum...

Kebanyakkan daripada kita lebih pentingkan penggunaan cleanser dan moisturizer sahaja tapi tahu tak sebenarnya penggunaan sunblock atau sunscreen juga sangat penting. Penggunaan sunblock atau sunscreen ini amat membantu melindungi kulit daripada cahaya UVA dan UVB yang boleh mendatangkan iritasi pada kulit wajah terutamanya di negara beriklim tropika seperti negara kita.



Kenapa perlu pakai?

1. Mengelakkan 'sunburn'/'sun-tan'/gelap/hitam/kulit terbakar
2. Mengurangkan kedutan kulit
3. Mengelakkan 'pigmentation' / jeragat - kebanyakkan punca utama jeragat ni.
4. Mencegah punca kanser kulit

APA BEZA UVA DAN UVB?

UVA (skin-aging)

• Sinaran UV (ultraviolet) boleh merosakkan sel-sel kulit kerana sinaran ini boleh menembusi kaca tingkap.

Contohnya kulit cepat berkedut, garis halus dan bintik-bintik hitam pada kulit.

UVB (sunburn)

• Sinaran UVB punca utama kepada masalah sunburn tetapi sinaran ini tidak boleh menembusi kaca tingkap.

Bercerita pasal sunblock atau sunscreen ini, setiap orang mesti ada jenama yang uolls suka kan. Dulu Ida sendiri tak suka sangat pakai sebab fikir tak penting. Dah pakai cushion atau fondation yang ada UVA dan UVB ini buat apa nak pakai sunblock tapi Ida silap. Kena pakai juga.



Dulu Ida tak pakai just pakai moisturizer dan cushion sahaja lepas tu mula la berbelang muka masa pergi pulau dulu. Selepas itu Ida mula cari sunblock yang sesuai dengan kulit. Dan terjumpa la satu jenama ini yang Ida terus pakai sampai sekarang. Bagi Ida yang agak serasi dengan kulit Ida la yang kombinasi ini.



Ini jenama yang Ida pakai sekarang. Ida jumpa jenama 3W CLINIC INTENSIVE UV SUNBLOCK CREAM ini dalam IG so Ida try cari dalam Shopee lepas tu ada la jual. So Ida beli la satu nak cuba, kebetulan masa tu Ida nak ke Langkawi. Faham jelah cuaca panas macam mana kat sana dengan aktivit luar kan. Fuhhh..nasib baik beli sunblock tu..tak berbelang muka ni. Malah tak rasa melekit dan kurang berminyak dari sebelumnya. Touch up dengan bedak powder dah cukup.

Sunblock ini Ida repeat beli lagi..semalam baru sampai. Harga die tak mahal sangat dari jenama yang Ida pernah pakai sebelum ini. Ada je jenama kat drugstore Ida pernah beli dulu tapi tak sesuai dengan kulit, jadi kering lagi kulit Ida.



Kali ini dah nak masuk botol ke 5 Ida beli. Kiranya dah bertahun juga la guna sunblock ini. Kat rumah kadang tu tak pakai juga.hahaha. Packaging ini sama macam jenama YADAH. Jenama tu pun ramai rekeman juga sebab bagus.


Tekstur die lembut je macam krim moisturizer biasa. Blend dengan kulit tak nampak la bercapuk putih la berbanding sunblock yang Ida pernah guna dulu. Ada bau wangi tapi tak kuat sangat.

Uolls yang masih mencari-cari sunblock boleh la try jenama ini mana tahu sesuai dengan uolls. Actually jenama ni agak terkenal juga kat Korea dan masa kat IG tu Ida tengok komen ramai yang puas hati dengan sunblock ini juga. So uolls boleh la try mana tahu sesuai denga uolls kan.

Kalau buka kat Shopee ada je banyak seller..uolls boleh bandingkan. Baru ini Ida beli dari seller dari Malaysia. Hari tu beli direct dari seller Korea..harga tak jauh mana pun.


Post a Comment

11 Comments

  1. Memang betul, penting sangat-sangat pakai sunblock..duduk rumah pun di recommend untuk pakai gak kan

    ReplyDelete
  2. Untuk acne prone skin sesuai tak guna sunscreen 3w clinic ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun agak berjerawat juga kadang kala tapi ok je pakai. Tak semua orang sesuai dengan produk. Boleh try and error. Kalau rasa kemerahan, stop la

      Delete
  3. Great article on the featured snippet. In-depth research is done by you. Excellent Job! Thank you for sharing. jocial

    ReplyDelete
  4. Org pregnant boleh guna ke 3W clinic ni?

    ReplyDelete