Showing posts with label SHOPPING. Show all posts
Showing posts with label SHOPPING. Show all posts

REVIEW: SAMSUNG GALAXY TAB S6 LITE 2022 WIFI

Assalammualaikum...

Finally akhirnya Ida dapat juga beli kali ini. Ida memang dah lama nak beli tablet sebab yang lama dah rosak. Untuk apa beli? Just my achievement, at least tablet ni senang nak bawa kalau ada dekat outdoor. Mana tahu nak edit apa-apa kerja masa tengah holiday. Kan senang kalau ada tablet ni, tak perlu la beli laptop kan.


Ini ialah feature Samsung Galaxy Tab S6 Lite WIFI 2022





 FEATURES:

- Connectivity: Wifi
- Operating System: Android
- RAM memory: 4.00 GB
- Memory Capacity: 128 GB
- Diagonal cm: 26.31 cm
- Inches: 10.4 ´´
- CPU speed: 2.3GHz, 1.7GHz
- CPU Type: Octa-Core
- Size: 10.4
- Resolution: 2000 x 1200 (WUXGA +)
- Technology: TFT
- Number of Colors: 16M
- Main Camera - Resolution: 8.0 MP
- Main Camera - Autofocus: Yes
- Front Camera - Resolution: 5.0 MP
- Video recording resolution: FHD (1920 x 1080) @ 30fps
-RAM (GB): 4
- Internal Memory (GB): 128 GB
-External: MicroSD (up to 1TB)
- USB version: USB 2.0
- Location: GPS, Glonass, Beidou
- Headphones: 3.5mm Stereo
- Wi-Fi: 802.11 a / b / g / n / ac 2.4G + 5GHz, VHT80 MIMO
- Bluetooth version: Bluetooth v5.0 (LE up to 2 Mbps)
- Bluetooth profiles: A2DP, AVRCP, DI, HID, HOGP, HSP, OPP, PAN
- PC Sync .: Smart Switch (PC version)
- Operating System: Android
- Format: Tablet
- Sensors: Accelerometer, Gyroscope, Hall, RGB Light Sensor
- Dimensions (AlxAnxProf, mm): 244.5 x 154.3 x 7.0
- Weight (g): 465
- Internet Usage Time (Wi-Fi) (Hours): Up to 12
- Video Playback Time (Hours): Up to 13
- Battery Capacity (mAh, Typical): 7040
- Audio Playback Time (Hours): Up to 149

Ada 2 pilihan warna iaitu hitam dan biru. Jadi Ida pilih biru macam mint sikit ni.




S-pen


sim pin

Cable charger



Ini terpulang pada bajet korang, kalau bajet kurang boleh ambil jenis Samsung tab A tu yang ada diberikan percuma pada student kolej. Harga dia separuh dari harga Samsung Galaxy Tab S ni. Beza harga dengan benda lain juga Ida tengok sebenarnya. Dari segi RAM lepas tu S-pen tu kalau Tab A takda. Kena beli sendiri jenis biasa. 

Si kiddos suka melukis jadi salah satu sebabnya Ida nak beli tablet ni sebab si abang ada mintak belikan monitor yang tab melukis tu. Mungkin akan datang akan belikan untuk dia. Jadinya bila beli tablet ni memang suka la kiddos nak melukis. Cuma kena cari app yang sesuai dan senang nak gunakan untuk diorang.

Harga Samsung Galaxy Tab S6 ni? Hah ini Ida beli kat Shopee dengan mall SAMSUNG sendiri. Harga lebih murah tapi memang daat basic sahaja. Tak de la benda-benda free lain sebab Ida survey benda lain boleh beli sendiri dengan harga lebih murah. Berbanding kedai lain Ida boleh jimat hampir  RM100 beza dengan yang ni. Kalau uolls malas nak cari sendiri boleh je beli dari seller yang ada bagi free gift. Ini link seller yang Ida beli.


Samsung Galaxy Tab S6 WIFI


Oh Samsung Galaxy Tab S6 ni ada 2 jenis tau. LTE dan WIFI. Kalau yang LTE tu boleh masukkan sim card harga mahal sikit dalam beberapa ratus lagi kena tambah, yang Ida beli jenis WIFI. Sebab apa beli WIFI sebab fikir nak aktifkan pula nombor nanti. Nak kena selalu topup je nanti, melainkan kalau uolls memang jenis kerja outdoor boleh guna yang jenis LTE. Ida jarang ada di luar, jadinya fikir just beli yang jenis WIFI sahaja. 



So apa wishlist akan datang? Kita tunggu..kena kumpul duit dulu..hahah..ok bye

REVIEW: PORTABLE NANO ATOMIZER

Assalammualaikum...

Bab kebersihan diri bukan itu je kena jaga, kebersihan lain pun kena jaga jugak. Musim pandemik macam sekarang ni, bab ni memang kena dititikberatkan.



Mulanya Ida baca dalam media sosial, orang dok sanitizer kat rumah. So masa tu terfikir macam mana nak sanitizer satu rumah, ingatkan beli mesin besar yang selalu tengok dalam TV tu, rupanya ada yang mudah kita nak gunakan di rumah. Kebetulan masa tu tengok dekat kedai haiwan masa Ida pergi beli makanan kucing baru-baru ni. Tak sangka dalam Shopee pun ada jual.

REVIEW: PORTABLE NANO ATOMIZER



Jom baca sikit details produk ni :

  • Wireless battery 300ML:
  • Bottle : 300 ml /400ml/800ml
  • Nominal voltage: 110-240V (universal) / 50HZ/60HZ
  • Nominal power: 10 W
  • Charging voltage: DC12V
  • Charging time: 2 h
  • Working hours: 3-5H
  • Spraying distance: 3M

Actually ada banyak jenis machine sanitizer ni. Ikut pada bajet dengan citarasa uolls. Ada yang lebih kecil dari ni. Kalau macam ni ada skrin, ada jenis lain takde skrin.



Kalau macam ni ada skrin lampu kalau uolls tengah charge, nak low atau high spray. Lampu tu akan menyala nanti





Dapat kat budak-budak ni masa try tadi, main sembur-sembur macam pistol air pula. Aduh..sabar jelah. Nama pun budak-budak. Nasib la guna air paip je. Jangan nanti letak sanitizer air tu korang buat main sembur-sembur pula. Habis...

Bagi Ida berbaloi la beli machine spray ni, at least lepas uolls balik kerja, atau pergi kedai ke. Boleh spray dulu sebelum masuk rumah. Betul tak? Lepas tu seminggu sekali ke boleh spray sekeliling rumah..dekat perabot. Yelah, bakteria ni mana la kita nak nampak kan.

Uolls nak dapatkan spray ni boleh klik kat link bawah. Ada harga yang berlainan, ini Ida jumpa yang lebih murah. Kalau uolls dapat lebih murah, rezeki uolls la kan.

Sanitizer spray machine : https://bit.ly/35J1Eyn


SELAMAT BERSHOPPING!!




MUGEN GLASS TOP INFRARED GAS COOKER DARI WOWSHOP


Assalammualaikum...

Salam Ramadhan yang ke 13. Alhamdulillah masih diberikan kesihatan yang baik untuk menjalan ibadah puasa pada tahun ni. Maaf tak berkesempatan nak update, tidak la terlalu sibuk tapi nak cuba fokuskan ibadah sepanjang bulan yang mulia ini.



Kali ini Ida nak kongsikan pasal item menarik yang Ida beli dari WOWShop iaitu MUGEN GLASS TOP INFRARED GAS COOKER. Apa yang menariknya? Hah jom kita tengok.

Actually dapur gas Ida masih elok, tidak la rosak lagi even dah hampir 10 tahun pakai. Cuma api sebelah die tu kadang kala susah nak hidup dan lagi satu sebab periuk Ida dah jadi terlalu berjelaga apa tu hitam bawah die. Dah adjust apinya pun masih sama.

Memang ada rancang nak beli dapur gas yang periuk..eh..tiba-tiba ibu telefon kata dah masukkan duit pastu suruh beli dapur gas kat WOWShop 2 set. Satu untuk Ida, dan satu lagi untuk adik Ida. Ibu Ida dah pernah datang rumah so masa masak tu die tanya la pasal dapur gas tu..api die macam tak sekata. Ida dah bagitahu dah adjust pun sama je..memang nak beli baru tapi nanti la sebab boleh pakai lagi.hehe. Alhamdulillah ada rezeki, ibu pula yang tolong belikan.

Tadaaa....ini la dapur gasnya. Ida suka dengam corak warna hijau die tu. Cantik juga kan. Dengan harga RM199 dapat free gift die lagi...



Ini la free giftnya. Macam Ida dapat bekas besi ni tau tapi ada juga yang dapat mangkuk ceramic

boleh la nak letak makanan if nak buat apa-apa majlis dekat rumah kan..


macam biasa mesti ada buku manual dan warranty card.
Siapa ada bagi buku resepi lagi dari Chef Fikree


Dah la beli dapur gas besar, siap dapat pula free gift dapur kecil ni tau.
Tapi bukan jenis kaca la..tapi still lawa.


Set sudu garfu ini ada bagi free juga. Ida tak perasan pun sebenarnya.
Dah buka baru tahu ada.hehehe


Soooo..macam mana. Berbaloi jugak kan dengan harga RM199 free postage dapat semua ini. Tahan berapa lama tak tahu la tapi jenis kaca so uolls kenalah hati-hati. Nak bersihkan tu biar tunggu sejuk dulu. Jangan letak benda-benda panas atas kaca tu .

Pandangan Ida boleh la dapur gas ni. Menarik. Bila masak tu macam lambat nak mendidih tapi bila dah panas, memang kejap je masaknya. Paling best dah tak risau sangat bab bontot kuali nak hitam.hahaha..

Basic info:

Glass Top Infrared Gas Cooker
Gas Cooker Size : 720mm x 385mm x 85mm (with stand)
Burner Ring Size : 150mm x 150mm
Burner : Double jet burner
Heat Input : 2.5kW
Weight : 6.7kg

Single Infrared Gas Cooker
Gas Cooker Size : 370mm x 290mm x 110mm (with stand)
Burner Ring Size : 135mm x 135mm
Heat Input : 1.85kW
Stainless Steel Panel : 0.33mm x 0.28mm
Weight : 1.4kg


Siapa yang dah beli MUGEN GLASS TOP INFRARED GAS COOKER dari WOWSHOP ini boleh la komen pandangan uolls kat bawah.

Ida sertakan sekali link untuk beli MUGEN GLASS TOP INFRARED GAS COOKER






BELI CADAR SINGLE MURAH DI SHOPEE

Assalammualaikum...

Kalau bab shopping online ni bahaya tau. Setiap hari ada je benda yang nak dijengukknya. Tambah kalau masa sale lagi la rasa nak beli je. Dugaan tu hebat..hahaha. Tak kisah di Shopee atau Lazada atau medium ecommerce yang lain. Memang ada je bendanya..



Baru ni Ida ada belikan cadar untuk anak-anak. Actually ada je cadar single kat rumah tapi tak banyak. Diorang pun ada katil sendiri so beli la sikit-sikit untuk diorang.

Seperti biasa memang Ida akan survey dekat Shopee..Lazada ada juga survey tapi harga agak mahal sikit dari Shopee. Tapi uolls boleh je survey kat Lazada sebab kadnag-kala harga die murah dari Shopee. Kena rajin sikit la survey.

Ini antara cada-cadar single yang Ida beli tempoh hari. Masa Ida beli ni ada shock sale. So harga die jadi RM8 untuk 1 set cadar single. Dalam tu ada 1 cadar dengan 1 sarung bantal.
















Anak-anak tanya juga untuk sarung bantal peluk sekali. Ida tak beli sebab diorang memang jarang pakai sangat bantal peluk. Kadang buat hadang tepi katil je. So tak beli banyak pun takpe. Nanti try tengok kat pasar malam untuk sarung bantal peluk sahaja.

Uolls nak beli cadar-cadar murah boleh tengok kat link bawah ni. Antara yang Ida survey ni paling murah la. Dah repeat 2 kali beli kat sini.

Link cadar murah :

selamat bershopping!





SHOPEE SALE 12.12. BELI BARANG 12 SEN. BERBALOI KE??

Assalammualaikum...

Siapa yang tak tahu medium ecommerce yang terkenal iaitu Shopee. Setiap bulan memang selalu ada sale kan. Dan hampir juga setiap hari ada je barang-barang yang ada buat sale.



So nak dijadikan cerita. Ida banyak tengok video haul baru-baru ni kat Youtube. Nak dikatakan Ida ni kaki shopping takde la jugak. Sekali sekala ada juga la barang yang nak dibelinya. Di Shopee mahupun di Lazada. Tapi sekarang banyak beli kat Shopee la.

Kebetulan masa sale 12.12 tempoh hari, banyak la sale yang ada. So Ida ada tengok video haul masa sale 11 sen masa 11.11 tu, dan kebetulan masa 12.12 pun ada sale 12 sen juga. Jadi Ida ingat kali ni nak cuba grab barang apa yang ada. Dan berbaloi ke??

Jadi barang-barang ni actually uolls boleh masukkan terus dalam cart. Cari barang apa yang nak lepas jangan lupa redeem voucher yang Shopee ada bagi.

Masa nak cari barang yang berkenan tu, hah ko berapa banyak kali la dok buka Shopee tu nak mencari. Barang-barang yang Ida beli bukan lah pelik-pelik tapi macam memang barang yang nak guna jugak la. Dan difikir logik akal agak murah harganya.

Kesemua barang yang Ida grab masa tu ada 23 barang dan semuanya FREE SHIPPING okay!..Setiap hari posmen datang nak hantar barang. Barang-barangnya bukan lah besar-besar pun. Kecil-kecil je..so janganlah korang fikir barang tu besar ye.

Berbaloi ke?

Bagi Ida agak berbaloi la sebab barang-barang die memang kecil-kecil je. Paling kurang beli kat kedai pun mungkin ada sesetengah barang dalam RM1 lebih atau ada yang lebih mahal.

Mana barang yang berbaloi??

Antara barang yang Ida rasa berbaloi ialah :



1. Phone Holder. Kalau kat kedai pun ada dalam RM5 lebih kan. Actually nak beli lagi yang jenis lain tapi taknak la membazir plak kan. Lain bulan kita grab lagi.

yang lain dah kena rembat dengan kiddos

2. Keychain. Keychain pun kalau beli ada yang RM1 lebih jugak kan. Ikut pada kualiti keychain jugak.



3. Cute gel pen. Gel pen ni kalau beli kat kedai ECO SHOP pun, ada seplastik ada 3 atau 4 RM2.10 betul tak. So Ida ada grab sebatang ni dengan harga 12 sen. Ok la kan?



4. LED light USB. Tak pasti harga kat kedai berapa, tapi bagi Ida 12 sen berbaloi la nak beli. Bukan rosak tau lampu ni.



5. Mask. Mask muka kalau kat mana-mana jual pun yang Ida selalu beli harga hampir RM1 tau. Dapat grab 12 sen sekeping ok la.

takde gambar.anak dah letak kat basikal die.hahaha


6. Bike frame protector. Kat kedai maybe dalam harga dalam bawah RM10 kot rasanya. Ida beli sekeping dengan harga 12 sen bagi Ida sangat berbaloi. Ok jugak kualiti die. 

Ada juga barang lain yang Ida beli, tapi bukan la harga 12 sen. Tapi semua Ida beli tu dapat FREE SHIPPING.

Macam mana Ida beli barang 12 sen tu dengan FREE SHIPPING??

Hah rahsianya..uolls kena gunakan SHOPEE PAY.

Die macam Ewallet la..lebih senang uolls nak checkout kalau nak membeli barang. Dah habis uolls topup je Shopee Pay tu.

Sekarang ni tak dapat dah la harga 12 sen ni. Tapi uolls boleh tunggu next year pula. Mana tahu dapat harga 1 sen pula. Hah lagi best kan.

So korang beli apa masa sale 12.12 tempoh hari?? Share la

Boleh tengok juga Ida unboxing semua barang ni kat Youtube ye

Part 1:


Part 2:






PERIUK DESSINI VIRAL BELI DI SHOPEE

Assalammualaikum...

Sekarang dah banyak barang viral yang terjual kan kat media sosial. Salah satunya ialah periuk Dessini. Sebelum ni tengok je orang beli, yelah benda bila mula-mula keluar..viral memang semua orang nak beli. Ida ni masih maintain je lagi. Takde la nak sangat beli lagi pun periuk-periuk yang ada sekarang pun masih elok je.



Kebetulan hari tu ada la godek-godek kat Shopee ni. Keluar periuk viral Dessini ni. Harga pun kurang banyak la dari harga yang orang jual dalam media sosial. Jadi kali ini tergodalah nak beli.

Banyak warna pilihan yang ada. Contohnya warna dark purple, light purple, wine red, red dan green. Ida berkenan dengan warna green tapi takut nampak gelap sangat. Last-last ambil la warna merah. Nak kata merah sangat tak jugak. Nice-nice je.


Dalam set ni ada 5 periuk ye. 4 periuk biasa 1 jenis pan. Saiz periuk pun bagi Ida agak besar, ringan je. Takde la berat sangat. 


Ramai yang komen periuk ni bagus, so nanti Ida nak try masak guna periuk ni. Masak memang tak melekat, tumis-tumis bahan pun cepat je masak. Cuma uolls kalau nak jaga periuk-periuk macam ni dengan lebih baik. Jangan masak guna sudip besi ya...beli yang jenis silikon. Nak basuh pun kalau boleh guna span..jangan guna berus besi pulak.



Periuk ni Ida beli dan gunakan voucher Free shipping tu tau. Uolls redeen dulu. Pastu nanti dia akan tolak. Kos pos Ida just tambah RM1.70 je tau!

Uolls kalau nak beli periuk ni boleh klik link yang Ida bagi kat bawah ni ye. Actually ada kedai lain jual periuk ni harga RM12 masa sale 12.12 nanti tapi bila baca komen di bawah ada feedback tak bagus. Periuk kemek la semua. So uolls kalau nak beli kena hati-hati ye.

Periuk Dessini : 

SELAMAT BERSHOPPING!!


Boleh tengok unboxing periuk DESSINI kat youtube ye. TQ guys



REVIEW: STORAGE ITEM DARI PGMALL

Assalammualaikum...

Pada entry sebelum ni Ida ada kongsikan handbag korean yang Ida beli di PGMall. Handbag je ke?? Tidak ler...mestilah ada beli benda yang lain.hahaha. Selagi duit tak habis..ada je lah nak dibelinya.



Kali ini Ida akan kongsikan storage item yang Ida beli kat PGMall. Ida suka beli storage macam ni sebab nak memudahkan simpan barang-barang. Kebetulan memang cari satu nak letak kat ruang tamu. Geram..semua nak sumbat dalam laci..sudahnya kendur jadi laci tu.huhu.

STORAGE ITEM DARI PGMALL

SOKANO 4 Tiers BR001 Plastic Bathroom Shelf unit/Multipurpose Storage Unit (110cm Height)



Rak organizer ni Ida beli sebab nak letak dalam bilik air. Nak letak segala jenis sabun yang ada kat rak tu. Sebelum ni letak bawah lantai je..so nak kemas beli la organizer ni. Organizer ni siap ada bagi 3 cangkuk dan 1 cangkuk untuk letak sabun ketul.

SOKANO Classic Cartoon Themed Stool Storage Box Foldable Storage Ottoman Fabric Foot Stool Seat Footrest Folding Storage Box Silver



Kotak storage ni beli sebab nak letak kat depan ruang tamu. Selalu barang letak je kat dalam laci TV tu. Sampaikan jadi kendur. Tu yang beli storage macam ni nak letak kat depan. Ingatkan kecil je..rupanya besar. Tak muat nak letak bahagian bawah rak IKEA tu. Stool storage ni boleh duduk tau. Die tulis untuk berat max 250 pound boleh lagi duduk

SOKANO School Bus Collapsible Toy Organizer Box Folding Storage Toy Chest for Kids Bedroom Organizing Books and Toys and Kid Clothes



Storage school bus ni belikan untuk anak-anak. Yelah barang penuh, takde almari so kena ada la storage macam ni. Boleh la letak barang-barang diorang kan. Comel kan. Ruang die pun besar.


6-In-1 Waterproof Light Weight Toiletries Pouch Clothes Storage Bag Travel Luggage Packing Cube Organizer Pink


Bila pergi holiday, storage macam ni la paling selalu beli untuk memudahkan letak barang-barang toiletries, skincare semua. Lagi satu sebab lebih organise untuk packing dalam be.

Travel Star 3 Pcs Set Bear Drawstring Travel Organizer Cloth Organizer Travel Bag Brown



Ni pun storage yang senang nak bawa dna kalis air. Kot la nak letak barang yang cepat basah ke. Atau pantiliner ke. Boleh la letak dalam ni

Travel Star Large Size Drawstring Travel Shoe Bag (44x 32cm) Beg Kasut Dark blue



Travel shoe bag ni senang bawa kalau ada kasut spare nak bawa. Selipar ke..Takde nak bercampur dengan barang lain kan.

OSUKI Camping Tent 2-3 Person Automatic Rapid With Door 1 Window (Blue)




Khemah ni extra item beli. Takde la termasuk dalam storage item tapi lebih kepada camping. Kadang pergi berkelah tepi pantai kan panas. Boleh la guna khemah ni untuk berteduh dan berehat. Tambah perempuan boleh la tersorok sikit kan kalau nak betulkan tudung ke..baju ke kan. Khemah ni muat untuk 2-3 orang. Ok la kan.

Barang-barang ni Ida beli dengan 3 seller. Sama juga ada voucher yang boleh uolls redeem untuk free shipping.

Ini ada video Ida kongsikan dalam Youtube untuk lihat lebih jelas. Selamat menonton



6 in 1 organizer : https://pgmall.my/GDEAL-1

REVIEW : HANDBAG KOREAN MURAH DI PGMALL

Assalammualaikum...

Alhamdulillah..ada rezeki buat review PGMall tempoh hari, so dah dapat payment..apa lagi shopping la. Item Ida nak kongsikan entry ni hanya la pasal beg. Perempuan kalau bab beg ni memang tak sah.



Mulanya memikir jugak nak beli ke tidak beg ni. Dekat rumah memang ada je beg..tapi kebanyakkannya beg besar. Yelah masa anak kecil..banyak benda la nak sumbat kan..sampai lah sekarang. Ada je 1 beg kecil tapi memang jarang pakai.

So kebetulan nampak beg-beg comel dalam PGMall tu..apa lagi beli la sikit kan sebab harganya pun murah.

Ini ada 5 beg yang Ida pilih nampak macam cute je...

Beg bulat ni comelnya bentuk die


Ni antara pilihan warna yang ada



Backpack ni comel. Ingatkan besar. Rupanya kecil je. Takpe nanti bagi ke anak sedara je.



Beg ni pun sama, ingatkan besar rupanay kecil je. Ok la nak bawa pergi supermarket beli barang rumah.hehe









Comel-comel kan beg die. Actually memang rambang mata nak memilih sebenarnya. Asyik keluar masuk cart je.hahaha. Siapa ada masalah macam Ida ni. Ada je mata nak mencari pilihan lain.

Setiap pembelian RM30 ke atas di kedai Micole Concept ni akan dapat free shipping. So ok la kan. Semua total beg Ida beli ni RM44 sahaja. Free shipping dah tu...



Masa nak checkout ni jangan lupa masukkan coupon code ni ye

Siapa yang suka beg-beg kecil comel macam ni, boleh masuk ke kedai Micole Concept ni ye


Ini ada video Ida buat haul untuk handbag korean yang cute-cute ni. Jemput subscribe ye