Showing posts with label ANAK-ANAK. Show all posts
Showing posts with label ANAK-ANAK. Show all posts

10 RESEPI MAKANAN UNTUK BAYI 6 BULAN YANG MUDAH

Assalammualaikum..

Kalau pada entry lepas Ida ada kongsikan 5 makanan berkhasiat untuk bayi 6 bulan. Biasanya bagi ibu-ibu baru ni memang tak tahu dan pening nak cari makanan untuk bayi mereka yang sudah mencecah usia 6 bulan. Agak sukar sebab anak masih kecil dan sistem penghadaman mereka bukan seperti kita. Dan paling penting mereka baru nak merasa semua makanan ni, sebelum ni makanan mereka hanyalah SUSU IBU!




Jadi entry kali ni Ida akan kongsikan 10 resepi makanan untuk bayi 6 bulan yang mudah.



10 RESEPI MAKANAN UNTUK BAYI 6 BULAN YANG MUDAH

1. Resepi bubur nasi



Bahan-bahan:

- 1/4 cawan beras
- air yang secukupnya

Cara-caranya:

- paling mudah kisarkan dulu beras sehingga halus. Kemudian cuci beras seperti biasa
- masukkan air secukupnya dan masak sehingga nasi betul-betul kembang dan hancur.
- sejukkan dan berikan kepada bayi. Nak campurkan sedikit susu ibu pun boleh.

2. Resepi Puri Lobak merah



Bahan-bahan:

- lobak merah
- 100ml susu ibu/air suam

Cara-caranya:

- rebus lobak merah sehingga lembut.
- tapis dan sejukkan.
- masukkan dalam blender.
- keluarkan dan campurkan dengan susu. Pastikan sebati dan tidak terlalu pekat atau cair.

3. Resepi bubur Salmon dan bayam



Bahan-bahan:


- 1/2 genggam beras
- Sedikit bayam
- Ikan salmon
- 100ml susu ibu
- Lobak (optional)

Cara-caranya:

- Masak nasi seperti hendak masak bubur.
- Setelah bubur hampir masak masukkan sayur bayam
- Kukus ikan salmon sehingga lembut
- Kisar bubur, ikan salmon dan sayur bayam sehingga halus.
- Campurkan kesemuanya bersama SUSU IBU
- Biarkan bubur sejuk sebelum diberikan kepada bayi

4. Resepi puri epal dan mangga



Bahan-bahan:

- 100g mangga (potong dadu)
- 2 biji epal (buang kulit)

Cara-caranya:

- Epal yang telah dipotong kecil, kukus sehingga lembut. 
- Masukkan epal dan mangga yang tadi, kisar sehingga halus. 
- Sejukkan dulu sebelum diberikan kepada bayi.

5. Resepi puri brokoli



Bahan-bahan:

- brokoli
- SUSU IBU/air

Cara-caranya: 

- Potong kecil brokoli dan bersihkan. 
- Kukus brokoli sehingga lembut.
- Masukkan brokoli dan susu ibu/air ke dalam blender. Kisar sehingga halus.
- Sejukkan dulu sebelum diberikan kepada bayi.

6. Resepi puri pisang



Bahan-bahan:

- pisang masak
- SUSU IBU/air

Cara-caranya:

- Kupas pisang dan potong dadu.
- Kisar pisang tadi bersama susu ibu/air sehingga halus.
- Hidangkan kepada bayi.

7. Resepi puri kurma



Bahan-bahan:

- kurma
- SUSU IBU/air

Cara-caranya:

- Buang biji kurma dan rendamkan kurma tadi ke dalam air panas selama 5 minit untuk dilembutkan.
- Kisar kurma tadi bersama susu ibu/air sehingga halus.
- Sejukkan dulu sebelum dihidangkan.

8. Resepi puri kentang dan brokoli



Bahan-bahan:

- 1 biji kentang
- 2 potong brokoli
- SUSU IBU/air

Cara-caranya:

- Rebus brokoli dan kentang sehingga lembut
- Kemudian kisarkan bersama susu ibu/air sehingga halus.
- Sejukkan sebelum dihidangkan.

9. Resepi puri strawberi dan blueberi



Bahan-bahan:

- 1 cawan strawberi
- 1/4 cawan blueberi

Cara-caranya:

- Bersihkan buah kemudian kukuskan buah sehingga lembut jika mahu.
- Kisarkan sehingga halus. Boleh campurkan sedikit susu ibu.
- Hidangkan kepada bayi.

10. Resepi puri lobak merah dan ayam



Bahan-bahan:

- 1 mangkuk kecil stok ayam
- 1/2 batang lobak merah
- 3 sudu besar SUSU IBU/air

Cara-caranya:

- Masak stok ayam tanpa bahan perasa mahupun garam.
- Kukus lobak merah sehingga lembut.
- Kisar lobak merah, stok ayam dan susu ibu sehingga halus
- Sejukkan sebelum dihidangkan.

Ada banyak lagi resepi-resepi menarik. Korang boleh tengok kat google okay!

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

11 CIRI-CIRI ANAK AUTISME YANG BOLEH DIKENALPASTI LEBIH AWAL

Assalammualaikum...

Autisme adalah gangguan perkembangan yang sangat kompleks pada kanak-kanak. Kanak-kanak ni alami gangguan neurobiologis yang menjejaskan fungsi otak dan menyebabkan anak sukar berinteraksi atau berkomunikasi dengan dunia luar.



Memang ramai ibu bapa tidak dapat mengesan yang anaknya alami autisme sebab tingkah lakunya kadang kala sama dengan kanak-kanak yang bukan autisme. Tetapi jika dapat dikesan lebih awal, ini boleh dilatih  lebih awal untuk selamatkan keadaan.


Kalau dulu Ida perasan nurse takde buat ujian pasal autisme ni pada anak-anak tapi masa terakhir Ida bawa Aqil checkup di klinik kesihatan, nurse ada bagi ujian atau macam soalan la pasal perkembangan anak-anak. Masa ni usia die 2 tahun lebih rasanya. Sebab itu la penting untuk lihat perkembangan anak kita dari masa ke semasa.

Menurut Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), setiap seorang daripada 150 kanak-kanak yang dilahirkan di seluruh dunia memiliki autisme dan dianggarkan 47,000 orang kanak-kanak di Malaysia menghidapnya.


Tanda-tanda awal autisme pada kanak-kanak memang berbeza. Ada yang menunjukkan kelainan pada usia beberapa bulan selepas lahir dan ada juga yang menunjukkan ciri-ciri yang jelas pada usia antara 18 hingga 24 bulan. 

11 CIRI-CIRI ANAK AUTISME


1. Perbualan satu pihak. Contoh tidak ada tidak balas apabila kita memberikan senyuman.

2. Tidak menunjukkan minat.

3. Mengulangi perkataan atau percakapan yang sama.

4. Tidak bermain dengan baik atau hiperaktif. 

5. Suka mengibaskan tangan atau memusingkan badan setempat.

6. Ketawa berdekah-dekah yang tidak sesuai dengan keadaan atau ketawa secara tiba-tiba

7. Suka memutarkan objek atau terlalu obsesi dengan sesuatu benda.

8. Tiada eye contact bila berkomunikasi

9. Benci perubahan atau tidak biasa dengan keadaan yang baru

10. Tidak suka bermain dengan orang lain. Suka bersendirian dalam dunianya sendiri. 

11. Mudah sensitif terhadap cahaya, bunyi, sentuhan dan sebagainya.

Jadi penting bagi ibu bapa untuk kesan ciri-ciri atau perkembangan anak-anak dengan lebih awal. Ibu bapa jangan rasa kecewa jika anak autisme ni tapi sabarla dan berbangga la sebab mereka adalah istimewa. 

Ini ada beberapa web yang menyokong anak-anak Austisme ni: 


Semoga ini memberi manfaat!


4 JENIS VITAMIN KANAK-KANAK YANG SESUAI UNTUK DIAMBIL SEAWAL 1 TAHUN

Assalammualaikum...

Kanak-kanak memerlukan zat dan nutrisi yang lengkap untuk membantu tingkatkan perkembangan dan tumbesaran mereka. Semakin meningkat umur semakin banyak zat dan nutrisi yang diperlukan. Kekurangan zat dan nutrisi dalam badan kanak-kanak boleh menyebabkan mereka mudah diserang jatuh sakit atau alami masalah lain seperti masalah pembelajaran.



Zaman sekarang, ibu bapa sibuk bekerja dan kadang kala menyebabkan anak-anak susah dapat makan makanan yang seimbang dan penuh nutrisi. Mereka lebih terdedah untuk makan makanan yang tidak berkhasiat. Dan disebabkan ini lah wujudnya supplement atau makanan tambahan yang disyorkan kepada kanak-kanak supaya dapat memenuhi keperluan yang diperlukan bagi perkembangan dan tumbesaran mereka.


Bagi kanak-kanak seawal 1 tahun, ramai ibu bapa yang teragak-agak untuk berikan supplement atau vitamin untuk mereka. Risau mungkin perut anak-anak masih tak boleh terima supplement dan sebagainya. Sebenarnya pemberian supplement boleh diberikan tetapi mengikut dos tertentu yang sesuai dengan umur mereka. Kalau perasan kalau ke klinik ambil ubat sekali pun, doktor atau nurse akan tanya berapa umur anak-anak dan berat mereka. Ini sebenarnya untuk tentukan dos yang diperlukan oleh mereka agar tidak diambil secara berlebihan.


Antara contoh vitamin dan mineral yang diperlukan oleh anak-anak ialah vitamin A, vitamin B, vitamin C, vitamin D, kalsium, zat besi, dan asid lemak omega 3. Semua vitamin dan mineral ini sebenarnya penting untuk membantu proses perkembangan dan nutrisi mereka dari masa ke semasa.

4 JENIS VITAMIN KANAK-KANAK BOLEH DIAMBIL SEAWAL 1 TAHUN

1. Omega guard



Ia lebih dikenali dengan nama minyak ikan. Di dalam omega ni mengandungi Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Pakar-pakar juga mengatakan bahawa minyak ikan mengandungi asid lemak Omega 3 (terutama dengan DHA dan EPA) yang mana sangat penting untuk otak dan mata pembangunan anak-anak. Biasanya ikan yang mengandungi khasiat tinggi omega 3 adalah ikan laut sejuk yang mana biasanya tidak terdapat di negara kita.



Satu hidangan Omega Guard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

Kesan dari pengambilan yang konsisten

• Membantu menambah selera makan anak anda
• Melawaskan sembelit
• Meningkatkan sistem imun tubuh bagi melawan penyakit
• Lebih fokus dalam pembelajaran dan arahan
• Emosi stabil
• Tingkah laku lebih terkawal
• Omega Guard membantu meningkatkan IQ anak anda kerana ia mengandungi DHA & EPA.
• Jantung, mata, tulang, otot dan pembesaran yang sihat


2. Chewable vitamin C



Sedangkan kita orang dewasa sendiri perlukan vitamin C setiap hari apa lagi anak-anak yang sedang membesar. Mereka juga memerlukan vitamin C


Chewable vitamin c telah mengalami revolusi formula baru yang ditingkatkan dengan tambahan boiflovanoid complex dan merupakan vitamin c paling lengkap di pasaran.

• membantu meningkatkan antibodi tubuh
• Mempercepatkan penyembuhan luka dan demam
• menguatkan struktur gusi dan gigi
• membentuk sel-sel darah yang baru
• membantu proses penghadaman dan proses penyerapan zat besi


3. Vitalea for children


Vitalea atau multivitamin dan multimineral untuk anak-anak ini mengandungi 19 nutrien penting vitamin dan mineral yang terkandung di dalam satu tablet mudah dikunyah oleh kanak-kanak. Rasa sitrus anggurnya yang sangat sedap dan digemari oleh ramai kanak-kanak. Ia juga mengandungi vitamin B, C, E termasuk kalsium, magnesium, zink dan banyak lagi.



Fakta ringkas Vita-Lea for Children Chewable Shaklee
  • Mengandungi 19 nutrien penting untuk perkembangan sihat kanak-kanak
  • Menyediakan 150% nilai harian vitamin D untuk kesihatan tulang dan gigi
  • Memberi 100% nilai harian vitamin C
  • Vitamin B yang menyokong fungsi sebenar proses badan manusia
  • Berasaskan phytonutrien semulajadi
  • Manisan semulajadi dengan Xylitol, tidak menggalakkan kaviti
  • Kaya dengan sumber nutrien antioksidan
  • Diperkaya dengan buah oren, anggur dan campuran perisa beri
4. Mealshakes



Mealshakes ni ialah minuman perisa vanilla yang bukan sahaja kanak-kanak suka, orang dewasa pun suka minum. 
Mealshake adalah lengkap dengan 24 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kanak-kanak.



Selain itu ia juga: 

  • Mengandungi asid folik, biotin, kalsium dan magnesium yang penting untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
  • Kaya dengan protein untuk membantu menyihatkan sel-sel badan.
  • Mengandungi vitamin A, C, E, zinc dan selenium sebagai sumber antioksidan.
  • Mengandungi vitamin B yang lengkap dan zat besi untuk membentuk sel darah merah yang sihat dan sistem saraf yang sihat.
Testimoni 1: Gembira hati ibu selepas lihat perkembangan anaknya semakin meningkat. Berat badan bertambah, semakin nampak peningkatan dalam pembelajaran dan semakin sihat.


Testimoni 2:  Antibodi anak semaki kuat selepas pengambilan Mealshakes. Dah jarang jatuh sakit.


Testimoni 3: Dulu anak kawannya kerap kena sinus, setiap pagi mesti bersin. Sekarang dah takde lagi selepas pengambilan Chewable vitamin C.



Klik di sini untuk pembelian dengan segera



Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya: 

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

7 IDEA MENARIK UNTUK DEKO BILIK TIDUR ANAK

Assalammualaikum..

Bila dah ada rumah sendiri mesti nak deko rumah sendiri kan. Nampak lebih cantik, elegan dan sebagainya. Bukan sahaja di ruang tamu tapi juga di dalam bilik tidur. Dan semestinya kita ni juga nak deko bilik tidur anak supaya nampak kemas dan comel. Walaupun tahu memang akan bersepah pun tapi nak juga deko bilik tidur anak-anak.



Ini ada beberapa idea menarik untuk deko bilik tidur anak-anak. Lebih baik deko untuk anak yang lebih dari seorang melainkan memang korang nak sorang je anak, siapa tahu kan.


7 IDEA MENARIK UNTUK DEKO BILIK TIDUR ANAK














Kalau tengok dalam google ada banyak lagi, so boleh la koran simpan untuk wishlist korang kalau nak deko bilik tidur anak nanti.

Kat bahagian dinding tu kalau nak nampak comel boleh la beli kraf yang dah siap kat kedai. Ala jenis tampal letak dindig je. Kat kedai DIY...daiso pun ada. Ida kalau pergi sana, geram-geram rasa nak beli. Tapi sebab belum ada rumah sendiri, so lupakan je. Kang beli simpan mereput plak.hahaha

So ni antara idea menarik untuk deko bilik tidur anak. Korang yang dah deko bilik anak, drop link url entry korang kat komen. Nanti Ida singgah. Nak juga tengok korang deko bili tidur anak macam mana. Sharing is caring kan.

5 DOA YANG BAGUS DIAMALKAN UNTUK ANAK-ANAK

Assalammualaikum...

Sekadar perkongsian yang Ida jumpa beberapa tahun dulu. Dah tak ingat copy dari mana.


DOA-DOA DARI AYAT AL-QURAN YANG BOLEH DIAMALKAN UNTUK ANAK

1. Supaya anak-anak pandai belajar


Baca surah Al-Anbiya’ ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa

2. Sewaktu anak-anak bergaduh



Baca surah Al-Baqarah ayat 102

3. Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran






Baca surah A-anbiya’ ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24

4. Anak-anak malas ke sekolah



Baca surah Taha ayat 1 hingga 5

5. Anak-anak yang suka keluar malam



Baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali

Semoga perkongsian ini memberi manfaat

3 TIPS KAWAL MARAH PADA ANAK

Assalammualaikum..

Kita ni kadang-kadang memang akan marah pada anak. Yelah kita ni semuanya tak sempurna, bukan boleh tahan sabar kadang tu. Ibu mana la suka nak marahkan anak-anak.



Ida sendiri pun bukan suka sangat marahkan anak-anak. Kadang tu jadi geram, darah tu tiba-tiba naik mula la nak angin. Bila dah marah mula la datang rasa sedih dan bersalah. 



Ini ada 3 tips untuk kawal marah pada anak. Ida sendiri masih cuba untuk kawal rasa marah pada anak-anak.Insyaallah moga ni dapat membantu.

3 TIPS UNTUK KAWAL MARAH PADA ANAK

1. Tarik nafas dan bertenang


Ini betul-betul kena motivated diri sediri. Sebelum marah pada anak,fikir dulu. Buat apa aku marah budak yang tak tahu apa-apa.Masih belajar tentang kehidupan. Memang susah tapi kita cuba. Walaupun Ida sendiri belum kuat lagi.

2. Keluar dari zon marah




Cara ni Ida selalu cuba buat. Bila anak mengamuk, kita mula nak marah. Ida akan duduk diam,langsung tak bercakap atau masuk dalam bilik. Biar anak menangis dulu. Dalam masa tu Ida cuba istighfar banyak kali. Tak sampai  5 minit pun mood Ida dah ok, so anak pun tak kena marah. Cuma kena berleter je.hehehhe.

3. Sertai kumpulan sokongan




Kita ni tambah kalau surirumah sepenuh masa kena jual bergaul dengan orang lain yang ada pengalaman macam kita. Kalau boleh biarla bergaul dengan orang yang berfikiran positif, jangan nak main bergaul je dengan sesiapa pun. Sekarang ni dah banyak group di FB atau whatsapp yang korang boleh join. Bersembang untuk lepaskan stress tapi hal peribadi jangan la cerita pula ye.


SEMOGA MEMBERI MANFAAT!