Showing posts with label B-COMPLEX SHAKLEE. Show all posts
Showing posts with label B-COMPLEX SHAKLEE. Show all posts

7 VITAMIN TERBAIK UNTUK OTAK YANG SIHAT DAN CERDAS

Assalammualaikum...

Kita orang dewasa ni sangat terbiasa dengan penyakit "pelupa". Semakin berusia, semakin rendah tahap daya ingatan kita. Sehinggakan kadang kala benda kecil pun kita jadi mudah lupa.




Sebagai ibu bapa yang masih mempunyai anak-anak kecil mesti kita nak otak anak-anak kita kuat daya ingatan, sihat, cerdas dan boleh fokus dalam pembelajarannya.

Selain pemakanan yang seimbang, aktiviti seharian yang sihat. Makanan tambahan atau supplement juga membantu untuk otak yang sihat dan cerdas. Ini kerana kadang kala pemakanan seharian kita tidak cukup menampung keperluan zat yang diperlukan oleh badan kita.



Tubuh badan kita perlu sihat malah otak kita juga memerlukan vitamin atau zat yang cukup bagi ia berfungsi dengan baik. Bila otak sihat, badan kita juga akan sihat kan.

Di sini Ida nak kongsikan 7 vitamin terbaik untuk otak yang sihat dan cerdas.

7 VITAMIN TERBAIK UNTUK OTAK SIHAT DAN CERDAS

1. Vitamin B


Sel-sel saraf dan neuron di dalam otak berkomunikasi antara satu sama lain termasuk badan kita menggunakan satu talian dipanggil neurotransmitter. 

Institut Linus Pauling menyatakan bahawa vitamin B termasuk vitamin B-6, vitamin B-12, thiamin, riboflavin, niacin dan folat diperlukan untuk menghasilkan neurotransmitter. 

Vitamin B-6 juga membantu mengawal ikatan antara sel dari satu neuron ke neuron yang lain. Selain itu, vitamin B-12 diperlukan untuk mengekalkan lapisan luar neuron. 

Vitamin B terdapat dalam pelbagai jenis makanan termasuk bijirin penuh, daging tanpa lemak dan tenusu.

2. Vitamin C


Vitamin C merupakan antioksidan yang membantu mengeluarkan racun dan sisa. Dalam satu kajian mengatakan, Vitamin C boleh membantu mencegah pembentukan racun di otak yang boleh membawa kepada gangguan seperti Alzheimer di mana ia memberi kesan kepada memori dan Parkinson yang boleh merosakkan saraf. 

Vitamin C juga diperlukan untuk pengeluaran neurotransmitter. Selain itu, ia membantu membina kolagen tisu elastik yang membuat arteri fleksibel untuk mengalirkan aliran darah ke otak. 

Sumber makanan yang baik vitamin C adalah buah-buahan dan sayur-sayuran seperti buah sitrus, brokoli, kentang, bayam dan tomato.

3. Vitamin E


Vitamin E juga merupakan antioksidan yang membantu melindungi tisu otak dari kerosakan. Kekurangan vitamin E ni boleh membawa kepada masalah seperti keseimbangan dan koordinasi terjejas atau dipanggil ataxia malah pergerakan mata menjadi tidak normal. 

Vitamin E sangat penting untuk otak yang sedang berkembang pada terutamanya kanak-kanak. Malah, Pusat Perubatan Universiti Maryland melaporkan bahawa ia boleh membantu mencegah penyakit Alzheimer dan juga melambatkan perkembangannya. 

Sumber makanan kaya vitamin E termasuk bijirin gandum, hati, telur, sayuran minyak dan sayur-sayuran berdaun hijau

4. Vitamin D


Vitamin ini diperlukan untuk perkembangan otak yang normal dan dapat membantu mencegah gangguan yang mempengaruhi otak, seperti multiple sclerosis dan Seasonal Affective Disorder (SAD).

Kekurangan vitamin D boleh menjejaskan fungsi otak dan kemampuan kita untuk berfikir, menumpukan perhatian dan menyelesaikan masalah dengan baik.

Badan kita sendiri juga boleh menghasilkan beberapa vitamin D dan juga terdapat dalam ikan berlemak seperti salmon, tuna dan sardin, telur, susu diperkaya dan bijirin.

5. Omega 3



Tahu tak 50% daripada otak kita ialah lemak dan hampir 30% daripada lemak adalah salah satu daripada banyak asid lemak Omega-3. 

Bagi kanak-kanak, asid lemak omega 3 sangat penting bagi membantu membina sambungan neural yang betul dan membantu mewujudkan penghalang yang melindungi saraf sepanjang hayat. 

Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberi makan makanan rendah lemak atau diproses adalah sebanyak 30 mata IQ di belakang rakan sebaya mereka. Ini sudah cukup untuk membezakan antara normal dan retarded mental.

Kekurangan Omega-3 memberi kesan besar kepada mood, kawalan tekanan serta ingatan.

6. Magnesium


Magnesium sebenarnya terlibat dalam banyak proses biokimia dalam tubuh badan kita seperti metabolisme tenaga dan otot dan impuls saraf. Ia melindungi sel-sel saraf daripada neurotoxins dan sistem saraf daripada kemurungan, kegelisahan, apati dan sakit kepala. 

Magnesium juga penting untuk penukaran banyak vitamin B ke dalam bentuk aktif mereka dan telah terbukti dapat meningkatkan memori dalam jangka panjang.

7. Zat besi atau iron


Zat besi memang sangat penting untuk mengangkut oksigen serta membentuk sel darah merah. Ini mengelakkan kita ada masalah anemia atau kekurangan darah. Tetapi jika berlebihan boleh menyebabkan masalah demesia dan kemerosatan otak.



Klik di sini untuk pembelian dengan segera



Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

CARA HILANGKAN KEBAS-KEBAS TANGAN DENGAN BERKESAN

Assalammualaikum...

Bila cuaca sejuk atau kita tidur dalam posisi yang salah, ini akan menyebabkan kita alami masalah kebas-kebas tangan, kaki dan sebagainya. Kita terasa macam ada yang mencucuk ke dalam kulit kita. Ada yang lebih teruk bila ada sesetengah orang yang alami masalah kebas tangan yang teruk dia pegang barang seolah-olah takde rasa apa-apa pada tangan.




Tahu tak ini sebenarnya salah satu simptom berkaitan dengan saraf yang dikenali denga nama Carpel Tunnel Sydrome. Dengan kata mudahnya, ini merupakan satu keadaan yang menyakitkan melalui tangan dan jari disebabkan oleh pemampatan saraf utama di mana ia melewati tulang carpal melalui satu bahagian di hadapan pergelangan tangan, bersama tendon flexor tangan.


Related image

Puncanya daripada masalah obesiti, diabetes, penyakit artritis, mereka yang pernah mengalami kecederaan di pergelangan tangan dan wanita hamil adalah antara peratus golongan tertinggi mengalami Carpel Tunnel Sydrome ni.

Selain itu kekurangan vitamin B12 dalam badan juga salah satu puncanya. Vitamin B juga membantu masalah yang berkaitan dengan saraf ni.

Rawatan bagi Carpel Tunnel Sydrome atau kebas tangan

1. Doktor selalunya akan mintak pesakit kurangkan aktiviti yang kerap menggunakan tangan. Bagi rehat la skit, so nak lebih baik mungkin doktor akan pakaikan anduh.

2. Suntikan anti radang bagi mengurangkan rasa bengkak dan sakit.

3. Pembedahan kecil di bahagian pergelangan tangan.

4. Pengambilan supplement

Testimoni 1: Selepas pengambilan Omega dah rasa kurang sakit sendi dan kebas tangan.




Testimoni 2: Selepas pengambilan Omega guard, bcomplex dan Vivix. Dah kurang rasa kebas tangan malah badan pun rasa semakin bertenaga. 


Bcomplex mengandungan vitamin B yang mencukupi untuk keperluan badan kesihatan saraf.

Omega guard minyak ikan yang kaya dengan EPA dan DHA yang juga bertindak sebagai antiradang

Vivix yang tinggi antioksidan membantu menjaga kesihatan keseluruhan badan termasukla kesihatan saraf

Klik di sini untuk pembelian dengan segera



Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

TIPS SUPAYA HATI DAN OTAK LEBIH TENANG DAN COOL

Assalammualaikum..

Kita ni sentiasa akan diuji dengan bermacam-macam dugaan setiap hari. Perkara yang kit takkan tahu akan berlaku. Ini semua dah tertulis oleh-Nya. Sebab itu la kita ni hendaklan sentiasa banyakkan bersabar.



Kadang kalau bila sabar tu dah hilang mulalah ada yang menghasut dan kadang kala menyebabkan hati kita mula jadi serabut, rungsing, stress, marah dan sebagainya.

Selain dari kesabaran yang ada pada hati kita, faktor badan dan otak kita yang kekurangkan nutrisi juga menyebabkan hati dan jiwa kita tak tenang.

Apa nutrisi-nutrisi yang Ida sebutkan tu?

Ini la antara sebenarnya nutrisi yang sangat penting untuk hati dan otak kita ni lebih tenang




1. Vitamin-vitamin B :

Vitamin B seperti asid folik berfungsi membina sel-sel otak yang baru serta menyokong fungsi serotonin.

2. Omega-3


18% daripada berat otak kita adalah terdiri dari omega-3. Kekurangan Omega-3 memberi kesan besar kepada mood, kawalan tekanan serta ingatan.

3. Vitamin D 


Biasa kita dengar Vitamin D bagus untuk tulang, untuk penyerapan kalsium secara optimum kan? Sebenarnya Vitamin D juga sangat diperlukan untuk otak menjalankan fungsinya dengan baik.

4. Asid Amino 


Asid amino yang diperlukan oleh badan tidak dapat dibina oleh badan kita sendiri, jadi ia harus diambil daripada makanan atau minuman. Kekurangan asid amino menjadikan seseorang tidak dapat mengawal perasaan, kurang motivasi, terlalu beremosi, depresi

5. Zat besi/iron

Kalau cakap pasal zat besi memang sangat penting untuk mengangkut oksigen serta membentuk sel darah merah. Kalau oksigen kurang,darah kurang kita akan jadi lemah. Bila lemah, mula la rasa tak sedap badan, hati dah tak tenang. Tak pasal-pasal pengsan. Betul tak? Sebab itu la ia sangat penting.

Sedikit tips dari Ida supaya hati dan otak kita ni lebih tenang.

1. Banyakkan minum air
2. Ambil wuduk, solat sunat 2 rakaat,banyakkan doa dan luahkan dengan-Nya. Jangan lupa baca al-quran
3. Hubungi dan berborak la dengan rakan yang paling korang rapat dan luahkan.
4. Keluar bersiar-siar menghirup udara segar
5. Bercuti

Semoga ni membantu

Nak order? sila klik




Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293


4 CARA NAIKKAN HB PADA IBU HAMIL DENGAN CEPAT

Assalammualaikum...

Ibu hamil ni kebanyakkannya tak lari dengan masalah hb low. Ada tu sehingga saat dah nak bersalin pun hb masih rendah lagi. Ibu hamil jangan abaikan kalau ada masalah hb low ni, Bukan sahaja ibu-ibu hamil sahaja berisiko malah anak dalam kandungan juga berisiko.




Banyak punca sebenarnya berlakunya masalah hb low ni seperti dehidrsi, kekurangan darah, masalah jantung, gangguan pembentukan sel darah, gangguan hormon dan paling penting ibu sendiri kekurangan zat dalam badan.



Sebab itu la semasa hamil zat dan nutrisi dalam badan si ibu mestila mencukupi. Elakkan makanan atau minuman yang tak sihat sepanjang kehamilan.


Image result for anemia pregnancy

4 CARA NAIKKAN HB LOW PADA IBU HAMIL DENGAN CEPAT

1. Pemakanan mestilah penting. Banyakkan makan makanan yang tinggi zat besi. Antara makanan tambah darah seperti daging merah, kerang,hati, brokoli, bayam,pisang telur, kismis,kurma,madu dan banyak lagi.

2. Pengambilan makanan yang kaya vitamin c seperti oren strawberry dan banyak lagi sebenarnya sangat bagus sebab membantu menyerap zat besi dengan lebih baik dan berkesan.

3. Rehat dan tidur yang secukupnya. Semua ibu-ibu hamil yang ada masalah hb low ni atau anemia memang disarankan untuk rehat dengan cukup. Tidur yang lebih lena membantu menstabilkan darah dalam badan.

4.  Pengambilan supplement. Jika apa yang dah disarankan oleh doktor masih tidak membantu, ramai juga doktor yang sarankan pula untuk mengambil supplement atau makanan tambahan ni. Dah banyak produk dalam pasaran yang membantu ibu-ibu hamil naikkan hb dengan cepat.

Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.




Klik di sini untuk pembelian segera


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya


STRESS!! APA NAK BUAT??

Assalammualaikum...

Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh...

Apa ketidakseimbangannya?

Anemia, tak fokus, memori loss,migrain,sengugut,pening, mabuk, sakit kepala dan banyak lagi..
semua ni akan menyebabkan

STRESS!!



Kenapa mesti Bcomplex sebabnya ia mengandungi 8 komponen penting vitaminB yang diperlukan oleh tubuh
( B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin )

Bagaimana ia melawan stress/tekanan?`


Ia akan membantu memastikan kesihan fungsi saraf seimbang dan merangsang peredaran darah supaya lebih baik.

Dan jangan risau vitamim B ini larut air so kalau terlebih ia akan disingkirkan melalui sistem pencernaan.

B1 thiamin - menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu meningkatkan sistem pencernaan dan metabolisma

B3: Niacin - Membantu mengurangkan kolestrol dalam darah. Kajian menunjukkan kekurangan Vitamin B3 boleh menyebabkan kemurungan dan boleh mendorong kepada sakit mental

B5: Pantothenic acid - Membantu mengurangkan stress /tekanan

B6: Pyridoxin - Mengawal serotonin di dalam otak kerana ketidakseimbanagn serotonin akan mendorong kepada kemurungan

B9: folic acid - Vitamin B9 dapat membantu fungsi neurotransmitter juga dapat mengurangkan tekanan


Kalau korang selalu sangat stress makan la bcomplex insyaallah membantu kurangkan stress korang tu.hehehe

SUPPLEMENT KEGUNAAN KAMI SEKELUARGA

Assalammualaikum..

Kegunaan kami sekeluarga



Mealshakes yang memenuhi nutrisi anak-anak malah membantu perkembangannya..anak-anakmemang jarang sembelit..makan memang berselera. Kalau dah lepas makan nasi..mintak plak roti..pas tu susu plak..adoi..

Omega guard feberet si kecik tu .sebotol die sorang je makan..tahan la sampai 3-4bulan sebab sehari 1biji je bagi. Bagus utk perkembanhan otak die..

Vitamin c dan bcomplex feberet ida..untuk stabilkan aliran darah..cantikkkan kulit..hilangkan jerawat

Alfalfa dan herblax feberet suami..ida pun tumpang sekaki..hehe..untuk buang toksin dalam badan..cuci usus..bila makan fuhhh..lega perut..rasa ringan je badan..berat puj boleh turun tau..

Ada lagi yang kami sekeluarga ambil tapi ni yang selalu topup stok kat rumah..

Apa feberet supplment korang? Boleh la share..tak kisah mana2 produk pun...

JATUH CINTA LAGI!!

Assalammualaikum...

kisah ku dah tudung Aidijuma..

eh salah..(padahal memang ada koleksi tudung AJ ni tapi belum tahap fanatik lagi la)



actually nak share set favourite Ida ni..yang lain semua Ida memang dah biasa share

- Alfalfa untuk detox badan
- Lecithin untuk bakar lemak, kurangkan bengkak susu(dulu la sekarang Aqil dah wean off)
- Vitamin c untuk kulit
- Bcomplex untuk tenaga,kulit dan aliran darah lebih lancar
- Herblax..yeay..jatuh cinta masa bulan puasa baru ni..

Al-kisanya..ida tak berani makan herblax ni masa menyusukan anak sebab anak-anak memang tak tahan panas. kejap je dah cirit. So bila dah wean off susukan Aqil baru la berani cuba. Masa bulan puasa baru ni sembelit..yelah kurang air, kurang makan sayur..mula la tak sedap perut. Malam tu telah 4biji herblax..esok nya..hah..3 kali masuk toilet...

Masa raya ni pun sama..makan macam-macam..balik je dari kampung terus telan..habis die cuci usus.. En suami biasalah kalau makan macam-macam je terus telan Alfalfa, Herblax ngan Lecithin...cuci, detox ,bakar habis semua...

*ops maafkan si kecik tu..nak bergambar juga dengan mummy..si kecik ni hantu Omega...bagi 1 biji nak lagi...huhu


Ini pengalaman Ida sejak jatuh cinta menggunakan produk Shaklee..korang macam mana?

8 JENIS MAKANAN UNTUK TANGANI STRESS MELAMPAU!

Assalammualaikum...

Stress boleh berlaku kepada sesiapa je bila terdapat masalah atau bebanan yang tak dapat dikawal lagi. Bila lagi bayak masalah yang difikirkan bertambah stress la seseorang tu. Dan semestinya kita kena la belajar untuk mengawal stress tersebut.


Bahaya stress yang melampau boleh memberikan kesan negatif pada seseorang. Contoh seperti panas baran, memukul dan lebih teruk ada sampai membunuh. Nauzubillah. Ada banyak cara untuk menangani masalah stress ni selain dari amalan rohani iaitu dengan pemakanan. Ini ada 8 jenis makanan untuk tangani stress yang melampau.

8 JENIS MAKANAN UNTUK TANGANI STRESS

1. Oatmil bersama serbuk kayu manis dan madu


Ramai yang tak suka makan oatmil ni tapi sebenarnya lagi ramai tak tahu. Semangkuk oat dapat meningkatkan hormon serotonin yang menggalakkan rasa selesa kerana kandungan serat di dalamnya. Jadi ia tidak akan menyebabkan paras gula dalam darah meningkat. Sebab itu ia sesuai untuk pesakit diabetes. Tambahkan serbuk kayu manis untuk menghilangkan stress dan madu untuk menguatkan sistem imunisasi badan.

2. Coklat gelap bersama kacang badam


Cakap pasal coklat siapa yang tak suka makan kan. Coklat memang terkenal untuk kurangkan stress. Tapi makan coklat gelap bersama kacang badam yang kaya dengan protein. Gabungan kedua-dua makanan ini dapat membantu korang lebih tenang dan takkan menggemukkan k...

3. Smoothies


Kalau nak buat smoothies ni senang je asalkan ada bahan.hehehe. Kisar apa saja bersama susu dengan buah-buahan kegemaran korang. Nak lagi sedap campur dengan serbuk coklat atau vanilla.Yummy!

4. Kekacang dan biji-bijian


Haaa... Makanlah kacang pistacio, gajus, walnut, badam, dan kuaci sekali gus! Amik sekaligus kombo set taknyah beli satu-satu.hehehe. Kandungan omega-3 yang terdapat dalam kacang walnut dan kuaci dapat menurunkan paras stress dan menggalakkan hormon-hormon sihat. Ini akan mengurangkan stress.

5. Keledek


Keledek memang sedap kalau direbus ke digoreng. Dah la manis, kaya dengn nutrien plak tu. Kalau nak makan manisan tanpa gula, makan je keledek. Ia juga mengenyangkan bagus untuk diet korang.

6. Yogurt dengan buah beri


Kalau rasa malas boleh je beli yogurt buah-buahan yang dah terjual. Kalau lebih rajin dan nak jimat. Beli yogurt kosong tu dan buah-buahan kegemaran korang. Campurkan yogurt dengan apa saja jenis buah beri. Ia sumber protein yang memberi tenaga dan mewujudkan hormon anti stres. Tambahkan buah untuk rasa manis dan mencetus sistem imuniti tubuh.

7. Kari sayur-sayuran



Tahu tak bila korang makan cili ini akan merembeskan hormon endorfin yang dapat menggalakkan rasa tenang? Kari sayur antara makanan yang bagus kerana ia menyumbang sumber protein dan tenaga.
8. Teh hijau


Asid amino dalam teh hijau sesuai diambil ketika berada dalam keadaan tegang. Pengambilan kafein yang terkawal membantu korang kekal fokus untuk bertenang.


Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

5 KESAN AKIBAT TEKANAN KERJA, STRESSNYA!

Assalammualaikum...

Zaman sekarang ni semuanya memerlukan wang. Nak diikutkan wang bukan la penting tapi perlukan wang untuk segala-galanya. Nak pergi toilet yang ala-ala nak runtuh pun kena bayar jugak tau.




Bila ada masalah macam ni semestinya menjadi tekanan untuk mencari kerja yang berpendapatan tinggi. Atau pun nak cuba naik pangkat. Bila semua ni berlaku, kesihatan bukan lagi jadi keutamaan dan lebih teruk kita akan mengalami stress yang kronik dan menganggu kesihatan mental dan fizikal. Ini ada 5 kesan akibat tekanan kerja. 


5 KESAN AKIBAT TEKANAN KERJA

1. Nutrisi badan tidak seimbang



Kerja terlalu banyak, mula la amik kerja lebih masa setiap hari ini akan menyebabkan badan kita akan menjadi terlalu penat. Kita akan mula bergantung unutk minum kopi agar kekal berrtenaga. Malah pemakanan kita juga akan jadi tak seimbang. Bermungkinan seharian hanya makan roti je sebagai alas perut. 


2. Kurang tidur 




Orang dewasa memerlukan tidur yang mencukupi antara 7 hingga 8 jam sehari bagi memberi tenaga pada keesokan harinya. Kurang tidur menyebabkan otak jadi lembap dalam memberi tindakbalas dan berfikir. Ini akan menganggu prestasi kerja kita.

3. Tidak gembira




Kita terlalu asyik dengan kertas kerja, perbincangan berjam-jam lamanya ini membuatkan kita takde masa untuk diri sendiri. Apatah lagi dengan orang sekeliling. Hubungan antara keluarga juga akan pudar dan menyebabkan hati tidak gembiran. Ini akan membuatkan kita mudah rasa nak angin, nak marah dan berasa tidak bersyukur dengan nikmat hidup.

4. Penambah tenaga




Tidak fokus, mengantuk dan letih mendorong korang untuk menikmati minuman tenaga agar segar kembali. Minuman tenaga mengandungi bahan tambahan dan vitamin yang jika diambil secara berlebihan boleh menyebabkan toksik pada hati, gangguan sistem saraf, tekanan darah rendah serta penyakit mental.

5. Penyakit




Menurut World Health Organizatiion (WHO), 35 peratus daripada kes stres kerja mengakibatkan penyakit mental kronik. Mereka juga mengalami kemurungan yang berpanjangan akibat panik dan kerisauan sepanjang masa. Selain itu, bagi mereka yang bekerja melebihi 10 jam setiap hari mempunyai 60 peratus peluang lebih tinggi untuk menghidap penyakit jantung.




Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.

KENAPA PENGAMBILAN ASID FOLIK SANGAT BAGUS UNTUK MERANCANG KEHAMILAN?

Assalammualaikum....

Ramai yang mungkin dah tahu dan ramai juga yang masih belum tahu sebenarnya pengambilan asid folik sangat bagus untuk pasangan suami isteri yang merancang untuk mendapatkan anak. Di mana peluang untuk korang hamil akan lebih cerah.



Asid folik juga dikenali dengan vitamin B9 di mana ia akan membantu membina sel-sel baru di dalam tubuh. Setiap hari sel dalam badan kita akan musnah maka asid folik ini akan membina DNA yang baru dan memperbaiki DNA yang telah rosak di dalam sel.



Kajian telah menunjukkan kekurangan asid folik di dalam badan akan mendatangkan masalah kepada anak dalam kandungan seperti sumbing lelangit, kecacatan pada jantung, pembentukan tempurung kepala yang tidak sempurna dan kecacatan pada sistem pembuangan air kencing.

Bila asid folik perlu diambil?

Sebaiknya pengambilan asid folik diambil 3-6 bulan sebelum korang melangsungkan perkahwinan dan teruskan makan walaupun masih dalam belum mengandung. 


Selain itu korang juga boleh dapatkan kebaikan asid folik ini dari sumber makanan seperti hati ayam, daging ayam, telur, kekacang, beras perang, barli oat, sayuran hijau dan buah-buahan seperti pisang.



Asid folik juga dapat membantu merawat masalah kesuburan pada lelaki. Ia akan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Sperma yang mengalami kecacatan kromosom apabila disenyawakan dengan telur ovum, akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama.

Folate adalah supplemen penting bagi membantu proses spermatogenesis. Bagi wanita ia membantu dalam kematangan telur ovum, pembentukan placenta dan ketika janin di’tanam’ke dalam rahim.

sumber: http://drzubaidi.com.





Nak order? sila klik



Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya