NIKMATI CUTI SEKOLAH DI SPLASH MANIA GAMUDA COVE
LORONG SENI SEREMBAN: TEMPAT MENARIK DI SEREMBAN NEGERI SEMBILAN
Assalammualaikum...
Cuti sekolah sudah bermula sejak seminggu yang lalu, jadi kesempatan ini Ida ambil peluang balik ke rumah ibu beberapa hari dengan anak-anak menaiki bas. Kebetulan jiran pun belum balik kampung, Ida minta tolong dia untuk hantarkan kami ke stesen bas.
Ida ambil tiket pagi jadinya petang dah sampai. Anak-anak pun tak la berapa penat sangat kalau nak dibandingkan balik ke Kedah. Seharian perjalanan memang agak penat juga la. Sampai sana ibu Ida ambil di Terminal Bas Seremban.
Niat Ida balik kali ini memang nak tolong ibu kemaskan rumah dan barang kedai disebabkan kedai ibu nak tutup, nak buat kat rumah je. Jadinya memang barang banyak kat rumah. Siapa yang berminat bab menghias pelamin, boleh contact Ida ye sebab ada beberapa barang nak jual juga sebab keadaan ruang yang tak mengizinkan. Korang boleh contact Ida melalui media sosial.
Keadaan cuaca di sana juga agak baik, tidak terlalu panas walaupun kadang ada juga hujan. Kebetulan adik Ida juga ada balik dari Giat Mara Seremban, jadi sama-sama tolong kemas rumah. Hari Isnin tu selepas hantar adik semula ke asrama, kami berjalan la di sekitar Seremban sahaja. Niatnya nak ke muzium, alahai hari Isnin kebanyakkan muzium tutup, jadinya kami berjalan ambil gambar di Lorong Seni Seremban sahaja.
Keadaan bandar Seremban ni memang sibuk Hari Isnin, dan setiap Lorong Seni Seremban ni memang sempit dan susah nak parking. Jadinya setiap kali masuk lorong, akan parking sekejap di tepi kemudian cepat-cepat ambil gambar. haha. Nasib la semua gambar cantik dan kamera handphone ku bagi kerjasama. Nasib juga la Ida ada terdetik nak bawa tripod sekali, so smooth je nak ambil gambar semua.

Tak semua gambar yang Ida ambil, hanya ambil gambar yang menarik perhatian je.kih..kih. Ikutkan memang sangat banyak dan bestnya semua mural sini memang cantik dan jelas. Bagus la diorang jaga lukisan murah sini. Cuma mencabar bab parking la. Nak senang korang boleh parking mana-mana dan berjalan la kat setiap lorong.

Korang yang mana berjalan di Seremban, wajib datang ambil gambar kat sini. Memang cantik sangat.
Cantik-cantik kan semua gambar. Banyak lagi gambar tapi biarla Ida kongsikan yang ni je.
SHORT VACATION: CASA HILL RESORT SG LEMBING, PAHANG
Minggu ni dah mula persekolahan anak-anak selepas seminggu lebih cuti sekolah baru-baru ni. Ke mana sahaja korang masa cuti sekolah hari tu? Kalau tengok pada socmed ramai orang pergi bercuti di tempat yang sesak seperti Cameron Highlands atau Genting Highlands. Ada juga yang pergi ke bandar besar sepertib Kuala Lumpur.
Kalau macam Ida selalunya cuti sekolah memang akan pergi camping cuma la cuti sekolah kali ini ditunda sebab keadaan cuaca panas dan tak menentu sekarang ni. Serius bukan nak cakap apa la, cuaca sekarang memang sangat panas. Kalau duduk dalam rumah tu, bahang panas die tak boleh nak kata pe..sampaikan bil elektrik bulan ni naik banyak sebab terlalu kerap buka aircond. Sebab tu cuti sekolah kali ini, Ida pergi bercuti di Casa Hill Resort, Sg Lembing, dalam 1 jam lebih perjalanan je.


























.png)
.png)






.png)

.png)
.png)






















