KEBAIKAN DAN MANFAAT LIFE SHAKE ELDERBERRY SHAKLEE


Assalammualaikum...

Mungkin ramai yang tak tahu yang Shaklee ada keluarkan produk protein yang baru iaitu Life Shake Elderberry. Sama juga seperti Energizing Shake Protein ( ESP ), Life Shake Elderberry ini merupakan protein yang dilengkapi dengan fiber, prebiotik, kalsium, dan mineral.



Elderberry ni terkenal sejak zaman purba lagi sebagai "natural remedy". Elderberi juga merupakan penjana nutrient dan kaya dengan fitnonutrien.

Apa manfaat Elderberi?



  • Tinggi dengan kandungan antioksidan
  • Kaya dengan polifenol-antosianin
  • Secara tradisional digunakan untuk membantu melegakan simptom demam dan selsema
  • Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan
  • Membantu penyembuhan lebih cepat, mengurangkan demam dan selsema yang berpanjangan.

Keistimewaan Life Shake Elderberry

1. Membekalkan 20g protein soya ultra-tulen, bukan gmo (soya non-gmo) bagi setiap hidangan, termasuk campuran proprietary protein biji chia organic dan biji labu organik.

2. Rendah indeks glisemik yang menampilkan inovatif pemanis baharu, Reb M, untuk membantu mengekalkan paras gula darah yang sihat dan memberikan rasa kenyang yang lebih lama.

3. Prebiotik daripada campuran bijirin dan enzim pencernaan untuk pencernaan yang lebih baik dan meningkatkan penyerapan protein.

4. Dikuasakan oleh Leusina untuk mengekal dan membina otot, membakar lemak dan menyokong metabolisme.

5. Tanpa lemak trans, dan bebas kandungan tenusu.


6 KEBAIKAN LIFE SHAKE ELDERBERRY SHAKLEE



1. Bantu kekal bertenaga, kenyang lebih lama dan kurangkan nafsu makan berlebihan.

2. Kandungan Leucine yang membantu kekalkan dan bina otot tanpa lemak untuk tingkatkan metabolisma dan pembakaran lemak dalam badan.

3. Ekstrak elderberi memberikan perlindungan imun dan meningkatkan pertahanan badan.

4. Sebagai pengganti makanan yang rendah glisemik dan penapis kalori untuk pengurusan badan yang lebih sihat.

5. Lengkap dengan 6g serat, enzim pencernaan serta prebiotik proprietari untuk kesihatan usus.

6. Multivitamin dan multimineral yang membekalkan 24 jenis vitamin dan mineral dengan rasa beri yang sedap hanya 150 kalori pada setiap hidangan.


Life Shake Elderberry sesuai untuk siapa?



  • mereka yang tak sempat sarapan pagi
  • mereka yang nak jaga berat badan
  • mereka yang kurang makan sayur dan buah
  • mereka yang nak ada masalah gastrik 
  • mereka yang nak berpuasa
  • wanita yang lepas bersalin untuk jaga badan
  • wanita yang sedang menyusukan anak
  • mereka yang aktif bersenam
  • mereka yang nak kulit cantik
  • mereka yang tak suka makan vitamin tablet

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)

Email : chintashoope@gmail.com
No ID: 1074293



CARA NAK CHECK PEMBELANJAAN DI SHOPEE

Assalammualaikum...

Kebetulan tiba-tiba Ida teringat nak check pembelanjaan barang kat Shopee selama Ida menggunakan aplikasi ini. Jadi dengan kuasa googlenya..Ida check la pembelajaan Ida. Terima kasih pada Amanz.my sebab share kan cara ni. Jadinya kongsikan kat sini dengan uolls.



Lebih senang uolls check gunakan laptop atau komputer. Lebih senang nak copy kod die semua. Kalau dalam HP Ida tak pasti boleh ke tak. Rasanya agak susah sikit. Kalau uolls boleh buat try la gunakakn HP.

CARA NAK CHECK PEMBELANJAAN DI SHOPEE

1. Uolls kena buka kat Github ni untuk copy kod die. Link die SINI




2. Dah siap COPY, uolls buka la dengan akaun Shopee uolls tu. Klik pada MY PURCHASE/ PEMBELIAN SAYA





3. Klik pada gambar tu window tu pada bahagian kanan akan keluar INSPECT




4. Dah keluar kod tu, uolls klik CONSOLE di bahagian bawah

5. Paste kod yang uolls copy tadi tu dan tekan ENTER

6. Tunggu seketika dan GRAND TOTAL uolls akan keluar






Ini la hasilnya. So takde la banyak sangat belanja Ida buat masa ni selama beberapa tahun tak sampai RM4K lagi. hahaha. Kira ok la tu. Share la berapa pula pembelajaan uolls selama menggunakkan Shopee ni.



RESEPI KEK SPAN PANDAN MOIST PREMIUM

Assalammualaikum...

Ida suka kek span sebenarnya berbanding kek yang lain. Sebab rasa ringan dan tak muat. Kalau kadang pergi mall, kan ada jual roti, kek semua tu. Kadang suka juga beli kek span, tak kisah la pandan ke. Kalau kek pisang.

So ini resepi kek span pandan moist yang ida jumpa dalam media sosial macam biasa. Yelah kat situ kan ramai orang kongsikan resepi masing-masing.hehe




RESEPI KEK SPAN PANDAN MOIST PREMIUM


Bahan-bahan :

  • 4 biji telur gred D (tu je ada kat kedai )
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula halus (sape suka manis blh letak 3/4 cawan ya )
  • 1/2 sb ovelet
  • 1/2 sk baking powder (sy guna sudu kfc yg putih tu)
  • 1/4 cawan santan kara
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan minyak masak (yg belum guna tau)
  • 1/2 sk pewarna hijau epal
  • 1/2 sk perasa pandan (bg wangi lg kek kita  klo tak letak pun xpe )

Nota: make sure cawan tu pakai cawan yg sama sampai kesudah tau 

Cara-caranya:

  • masukkan semua bahan (kecuali minyak masak) ke dalam mangkuk dan mix sampai kembang.
  • last sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati.
  • lepas tu korg tuangkan adunan tadi dalam loyang yg telah disapu minyak @ butter @ alaskan dgn baking paper. sy guna loyang 6' sbb tu smpi over die senyum  pastu masukkan dalam oven dan bakar selama 50 minit - 1 jam @ sehingga masak.

suhu ikut oven masing2. sy guna oven morgan 23L dgn suhu 220 darjah api atas bawah.



Selamat Mencuba.

kredit: Yana Liana

KATA MADAH 59#

Assalammualaikum...





" APA BEZA SEKOLAH DAN KEHIDUPAN?

DI SEKOLAH KITA DIDIDIK DENGAN PELAJARAN DAN DIBERIKAN UJIAN.

DI DALAM KEHIDUPAN KITA DIBERIKAN UJIAN SUPAYA KITA BELAJAR "



Nampak beza kan kata ni?


Dalam kehidupan kita sebenarnya telah lalui pelbagai ujian. Dan ujian itu la membuatkan kita belajar dan menajdi seorang yang lebih matang. Berfikiran lebih ke depan.


Di sekolah kita hanya akan belajar untuk menghadapi ujian akan menjelang supaya berjaya tapi di kehidupan sebenar, kita diberikan ujian supaya kita belajar untuk jadi lebih berjaya.


AIR PASANG DIJANGKA PADA 20HB...MINTA SEMUA STANDBY DAN BERHATI-HATI

Assalammualaikum...

Hujan tak henti-henti dalam beberapa hari ni. Dan banyak kawasan-kawasan dah mula banjir. Kawasan yang tak pernah banjir pun terkena kali ini. Banyak kawasan juga, jalan ditutup sebab banjir. Siapa yang merancang nak bercuti ke..nak balik kampung ke baik hold dulu semua ni. Takut nanti akan tersangkut kat mana-mana tak boleh lepas.



Dengar kata kemungkinan pada esok hari iaitu 20hb, akan ada air pasang besar. Kalau bertemu dengan air hujan yang ada sekarang ni, risau banjir besar akan melanda lagi.

Bagi yang masih di dalam kawasan yang selamat, standby la apa yang patut. Makanan semua tu, risau nanti tersangkut tak boleh ke mana. Powerbank..lampu kecemasan tu charge la siap-siap risau bekalan elektrik akan terputus.

Ida kalau bab elektrik tak kisah sangat tapi kalau air takde tu masalah.huhuhuhu. Mana kawasan yang terjejas sehingga hari ni, Ida doakan semuanya selamat dan dipermudahkan. Semoga ujian ini akan melenyapkan virus yang melanda sekarang.

Mana yang ditempatkan di pusat banjir, jagala SOP walau macam mana pun. Pakai mask..dan buat penjarakkan sosial.

Stay safe semua. Jangan lupa makan vitamin C pada musim-musim macam ni.

HEALTH QUOTES 49#

Assalammualaikum...




LIFE'S MOST PERSISTENT AND URGENT QUESTION IS
" WHAT ARE YOU DOING FOR OTHERS ? "


~ Martin Luther King Jr.


HOW TO EAT HEALTHY DURING THE HOLIDAYS

Assalammualaikum...


HOW TO EAT HEALTHY DURING THE HOLIDAYS



1. 50% NON-STARCHY VEGETABLES

Such as peas, salad, and broccoli

2. 25% STRACHY VEGETABLES OR WHOLE GRAINS

Such as sweet potato, stuffing, and corn.

3. 25% LEAN MEAT, FISH, OR LEGUMES

Such as turkey

8 KEBAIKAN BERJOGGING

Assalammualaikum..

Sukan atau bersenam sebenarnya sangat penting untuk kesihatan kita tapi tak ramai yang dapat melakukannya. Paling bagus adalah dilakukan 5-6 kali seminggu. Kalau paling malas pun uolls boleh lakukan 3-4 kali seminggu. Senaman yang paling mudah dilakukan ialah berjogging. Di sini Ida akan kongsikan 8 kebaikan berjogging untuk kesihatan kita.



8 KEBAIKAN JOGGING

1. Menurunkan Berat Badan





pasti ramai sebenarnya yang ingin sangat turunkan berat badan. Jogging dapat meningkatkan tahap metabolisme seseorang itu dan akan membakar kalori dengan lebih cepat. Ketika berjogging, tubuh akan membakar kalori di dalam tubuh 2 kali lebih cepat berbanding jika berjalan kaki.

2. Baik Untuk Mental



Mengikut kajian yang dijalankan, jogging mampu meningkatkan mood dan membina keyakinan diri yang positif. Selain itu, jogging juga mampu mengurangkan simptom-simptom kemurungan.

3. Meningkatkan Imunisasi




Sekiranya anda sering mengamalkan senaman jogging, anda akan menyedari yang anda akan lebih jarang mengalami sakit seperti selsema, alahan, keletihan melampau, senggugut, sakit belakang dan masalah sistem pencernaan. Ini membuktikan sistem imunisasi anda sudah semakin kuat.

4. Melambatkan Penuaan




Secara normalnya, seiring dengan pertambahan usia, kepadatan otot dan tulang kita akan berkurangan. Dengan rajin jogging, kita dapat mengurangkan risiko penuaan yang terlalu cepat. Secara tak langsung ia juga membuatkan kesihatan tulang kita turut terjaga.

5. Baik Untuk Jantung


Dengan jogging, ia merupakan salah satu cara yang efektif di dalam menggalakkan otot jantung kita untuk bekerja. Senaman jogging yang dilakukan dengan kerap akan membuatkan aliran darah di dalam badan menjadi lebih baik. Di samping itu, ia turut merendahkan risiko serangan jantung, darah tinggi dan angin ahmar atau strok

6. Memperbaiki Kualiti Tidur



Masalah tidur seperti insomnia dapat membuatkan tubuh terasa letih dan mengganggu aktiviti harian. Kajian dijalankan terhadap pesakit insomnia dengan menyuruh mereka untuk jogging secara rutin. Kesan daripada perkara tersebut, mereka ternyata mampu untuk mempercepatkan waktu tidur mereka selain tidur mereka menjadi lebih nyenyak.

7. Baik Untuk Kulit



Jogging akan meransang pengaliran darah di dalam badan. Disebabkan itu, pembekalan nutrien dan pembuangan sisa toksik akan menjadi lebih efisyen dan secara tidak langsung turut menjadikan kulit lebih halus dan cantik.

8. Cegah Osteoporosis



Dengan berjogging secara tetap, anda sebenarnya memberikan bebanan pada otot dan tulang secara positif. Ini kerana, dengan memberi bebanan pada otot dan tulang secara positif, anda akan meransang otot dan tulang untuk menjadi lebih kuat dan seterusnya tidak mudah dimamah usia.


KREDIT: MALAYSIA RUNNERS

RESEPI POPIA SAMBAL SIRA PEDAS MANIS

Assalammualaikum...

Pada entry sebelum ni Ida ada kongsikan resepi popia goreng yang mudah. Kali ini Ida buat kelainan sikit nak cuba buat popia goreng sambal sira pula. Rasanya mestilah pedas-pedas manis. Ramai peminat sebenarnya popia sambal sira macam ni.




Untuk resepi inti popia goreng tu Ida letak linki di SINI tapi Ida akan kongsikan juga sikit secara ringkas.

RESEPI POPIA GORENG SAMBAL SIRA PEDAS MANIS

Bahan-bahan:



  • timun potong memanjang
  • lobak merah potong memanjang
  • sengkuang potong memanjang
  • telur rancik atau hancur
  • bawang putih hancur sedikit
  • kulit popia




Cara-caranya:

1. Untuk bahan-bahan inti uolls boleh goreng dengan minyak sedikit sampai agak lembut.

2. Lepas inti dah sejuk sedikit uolls boleh buat gulung popia macam biasa dan goreng. Masa Ida buat ini goreng sekali je jadinya bila agak lama dia akan lembik. Jadi uolls boleh buat 2 kali goreng nak bagi rangup dan lama sedikit. Kalau uolls nak makan panas-panas, goreng sekali dah cukup.


Cara-cara untuk sambal sira :

1. Dengan minyak sedikit, masukkan cili boh ikut kuantiti popia uolls dan rasa. Nak lagi pedas lebih banyak la sedikit. Ida letak dalam 2 sudu besar sahaja sebab buat sedikit. Masak sampai agak naik minyak, bagi cili boh tu masak.

2. Masukkan sos cili ikut citarasa uolls. Kemudian masukkan gula dalam 5-6 sudu. Gaul dan rasa. Kalau nak lagi manis, masukkan gula lagi.

3. Dah siap tutup api dan biarkan sekejap.

4. Sebelum nak gaul dengan popia tu tengok dulu sambal tu, jika minyak terlalu banyak keluarkan dulu minyaknya dan kemudian gaul la popia dengan sambal tu.




SELAMAT MENCUBA!!

KATA MADAH 58#

Assalammualaikum...





" PERCAYALAH,
SAAT KAU DOWN, SAAT KAU JAUH DARINYA

ALLAH AKAN HANTAR PELBAGAI MESEJ DARI PELBAGAI SUDUT UNTUK KUAT "


Setiap orang pasti akan ada macam-macam masalah dalam hidup. Mungkin masalah keluarga, masalah keluarga, masalah kerja dan sebagainya. Tapi percaya la akan datang pelbagai kebaikan yang dapat menghilangkan rasa kesedihan dalam hati kita.


Yang pasti, saat itu korang akan sedar bahawa dugaan yang datang tu sebenarnya Allah nak gantikan yang lebih baik. Dalam masa yang sama Allah sebenarnya nak menjadikan korang seorang yang lebih kuat dari masa lalu.


HEALTH QUOTES 48#

Assalammualaikum...






" THERE ARE MANY WAYS TO LOVE YOUR BODY. BUT FUELING YOUR BODY WITH NUTRITIOUS FOOD IS THE HIGHEST FORM OF SELF RESPECT "



~ Ania Drosnes

8 SIGNS YOUR BODY IS ADDICTED TO SUGAR

Assalammualaikum..


8 SIGNS YOUR BODY IS ADDICTED TO SUGAR







1. You feel the need to eat or snack all day long

2. You eat a lot of fruit or drink a lot of juice

3. You're a coffee hound and crave sugary, alcoholic drinks

4. You're chronically stressed out

5. You crave sugar during or after meals

6. Hunger hits you like a brick wall

7. You crave carbs in the morning or late at night

8. Cravings for sugar increase the longer you go without it

REVIEW: MASK MUKA SELESA DAN CANTIK DARI VIRCAST MEDIC

Assalammualaikum...

Zaman sekarang ni pemakaian mask atau topeng muka sangat la penting selepas berlakunya penyebaran wabak covid-19. Memang kita akan terus biasakan diri untuk amalkan pemakaian mask, penjarakkan sosial sehingga wabak ni akan hilang.

Benda virus yang tak boleh nampak dengan mata kasar, sedar-sedar kita dah dijangkiti. Jadi nak elakkan semua ini berlaku, jangan la abaikan pemakaian mask muka bila berada di luar.


Sebenarnya banyak je mask yang terjual dalam pasaran sekarang tapi kali ini Ida nak memperkenalkan mask yang bagi Ida agak unik iaitu mask muka dari Vircast Medic.

Tujuan utama bagi Vircast Medic iaitu membantu orang ramai supaya kekal dilindungi diri sendiri dan orang lain daripada dijangkiti dengan wabak covid-19.

KF94 3D PROTECTIVE FACEMASKS AND KF94 LIMITED EDITION FLORA SERIES



Bila mask muka KF94 keluar dalam pasaran memang ramai yang suka dengan jenis mask macam ni sebab nampak lebih selesa dan mudah untuk bernafas.

Mask KF94 dari Vircast Medic ini membantu untuk melindungi kita dari terkena titisan, spora, dan sebagainya. Dengan struktur 3D yang nampak kemas memberikan ruang kita untuk bernafas dengan baik apabila memakainya walaupun dalam masa yang lama.

Dengan mengandungi 4 lapisan didalamya menjadikan lapisan, topeng KF94 kami menapis habuk, kuman, asap, 98% zarah di udara.





Siapa pernah alami masalah macam Ida bila pakai cermin mata, bila keluar je kereta akan jadi macam berkabus mata dan kita sendiri jadi tak selesa nak pakai mask.

Hah bagusnya mask dari Vircast Medic ini ada klip pada bahagian hidung tu terletak elok pada hidung kita di mana ini sangat membantu untuk meminimumkan kebocoran udara dan mengurangkan kemungkinan cermin mata kita akan jadi berkabus.

Actually Ida suka mask floral ni sebab nampak classic..vintage macam tu. Nampak lain dari lain orang pakai.hahaha.

FASHIONABLE PREMIUM 4 PLY FACE MASK




Mask ini mask biasa orang pakai tapi bestnya mask ni kan, warnanya yang nampak lembut sahaja. Ala-ala pastel gitu. Sekarang ni kan memang ramai sukakan warna-warna pastel termasuk Ida sendiri. Lagi best mask warnaya seakan-akan pelangi. Cantik sangat.

Fabriknya yang non woven dengan reka bentuk anti kabus di lapisan luar, kain lembut yang membantu untuk menapis zarah-zarah halus atau bakteria pada lapisan kedua dan mempunyai tenunan yang lebih lembut dan lapisan ketiga paling dalam membantu untuk kita bernafas dengan lebih selesa dan baik serta lebih perlindungan.




Kalau mask KF94 macam ni jenis plain sahaja pun cantik dan ada 3 pilihan warna.

ANTIMICROBIAL MULTI-FUNCTIONAL PROTECTIVE SPRAY SANITIZER


Dan jangan lupa selain mask, hand sanitizer pun penting tau sepanjang kita alami wabak covid-19 ini. Hand sanitizer dari Vircast Medic ini terbukti boleh membunuh bakteria dalam masa 5 saat tau!.

Malah The Japan Food Research Laboratories telah mengesahkan bahawa VirCast Medic’s Anti-microbial Multi-functional Protection Spray selamat digunakan, tidak berbahaya kepada kulit dan mata kerana ia berfungsi untuk menyekat pembiakan kebanyakan bakteria yang boleh menyebabkan alahan dan asma. Dan ia sangat sesuai digunakan oleh kanak-kanak atau yang ada alami masalah kulit yang sensitif.




Uolls boleh dapatkan mask muka Vircast Medic ini di:

VirCast Medic Shopee Official Store:

https://shopee.com.my/vircast.os

VirCast Medic Lazada Official Store:

HEALTH QUOTES 47#

Assalammualaikum...





" A MAN CAN LIVE AND BE HEALTHY WITHOUT KILLING ANIMALS FOR FOOD; THEREFORE IF HE EATS MEAT, HE PARTICIPATES IN TAKING ANIMAL LIFE MERELY FOR THE SAKE OF HIS APPETITE. AND TO ACT SO IS IMMORAL "




~ LEO TOLSTOY

RESEPI KUIH KERIA UBI UNGU CAMERON HIGHLANDS

Assalammualaikum...

Pada post entry Ida sebelum ini, Ida ada ceritakan yang Ida ada ke Cameron Highlands untuk bercuti. Memang kebiasaan kalau ke sini memang Ida suka beli ubi keledek kat sini. Ubi ungu atau ubi oren tu. 




Selalunya Ida beli memang suka kukus je makan masa panas-panas. Kalau makan time musim hujan lagi sedap...rasa suam-suam je perut tu. Tapi kali ini saja Ida nak try buat kuih keria pula guna ubi ni. Try dan error sebenarnya sebab mana la ada orang buat guna ubi ungu kan.

Resepinya sama je dengan resepi kuih keria yang lain cumanya Ida gunakan bahannya ubi ungu campur dengan ubi oren.

RESEPI KUIH KERIA UBI UNGU

Bahan-bahannya:
  • ubi ungu dan ubi oren yang telah dikukus sehingga lembut
  • tepung gandum secukupnya

Cara-caranya:

1. Uolls lenyekkan ubi yang telah dikukus lembut tadi sampai agak-agak lumat. Kalau suka rasa kasar, lumat kasar je.







2. Gaulkan dengan tepung gandunm sehingga uolls uli tu tak rasa melekat sagat pada tangan. Uli lebih lama lebih baik.

3. Selepas tu Ida simpan dalam peti kalau nak buat petangnya. Kalau tak nak,boleh terus bentukkan kuih keria tu macam kuih donut.



4. Pastikan minyak betul-betul panas dan gorenglah sehingga warna die dah naik. Kalau dah terapung tu maknanya dah masak la tu. Lagipun ubi yang uolls rebus tadi memang dah masak pun.

5. Angkat dan toskan minyaknya.

HIASAN GULA KUIH KERIA.

3 sudu besar gula

2 sudu besar air

Korang masak gula dan air tu sampai nampak warna karamel..sehingga berbuih la gula tu. Nak lebih baik guna kuali jenis pan anti lekat tu. Kalau guna kuali biasa tu boleh je tapi takut die jenis hangus. Bila masak tu bagi die jangan terlalu cair atau pekat sangat. Lepas tu masukkan kuih keria yang telah digoreng tadi..jangan lupa slowkan api ye. Buat api rendah je.



Hah masa ni uolls gaul la sampai gula tu jadi betul-betul kering dan berketul. Lenguh juga sebenarnya nak bagi die kering sebab tu Ida kata masa masak gula tadi jangan buat terlalu cair. Bila dah nampak gula die jadi berketul tu..so tutup la api dan dah siap pun!

SELAMAT MENCUBA!

KATA MADAH 57#

Assalammualaikum...





" BANYAK SANGAT ALLAH BERI PELUANG IA TUTUP AIB KITA. SAMPAIKAN SESIAPA DISEKELILING KITA TAK TAHU KIAT BERDOSA. PADAHAL SEMALAM BARU MELAKUKAN KEMAKSIATAN. ALLAHU "


Setiap hari mungkin kita melakukan dosa tanpa sedar. Mungkin dulu kita pernah melakukan dosa besar tapi Allah banyak sebenarnya tutup aib kita sehingga sampai sekarang orang yang korang kenal tak tahu yang korang pernah lakukan dosa besar dahulu.


Hanya yang tahu kita dan Allah sahaja yang kita pernah lakukan dosa besar. Jadi bersyukur la..jangan la kita pula sibuk nak buka aib orang lain. Jika apa yang kita nasihatkan tidak didengari, diam la tak perlu sehingga nak ceritakan pada orang lain. Doakan agar dia dapat berubah.