RESEPI KEK SPAN PANDAN MOIST PREMIUM

Assalammualaikum...

Ida suka kek span sebenarnya berbanding kek yang lain. Sebab rasa ringan dan tak muat. Kalau kadang pergi mall, kan ada jual roti, kek semua tu. Kadang suka juga beli kek span, tak kisah la pandan ke. Kalau kek pisang.

So ini resepi kek span pandan moist yang ida jumpa dalam media sosial macam biasa. Yelah kat situ kan ramai orang kongsikan resepi masing-masing.hehe




RESEPI KEK SPAN PANDAN MOIST PREMIUM


Bahan-bahan :

  • 4 biji telur gred D (tu je ada kat kedai )
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula halus (sape suka manis blh letak 3/4 cawan ya )
  • 1/2 sb ovelet
  • 1/2 sk baking powder (sy guna sudu kfc yg putih tu)
  • 1/4 cawan santan kara
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan minyak masak (yg belum guna tau)
  • 1/2 sk pewarna hijau epal
  • 1/2 sk perasa pandan (bg wangi lg kek kita  klo tak letak pun xpe )

Nota: make sure cawan tu pakai cawan yg sama sampai kesudah tau 

Cara-caranya:

  • masukkan semua bahan (kecuali minyak masak) ke dalam mangkuk dan mix sampai kembang.
  • last sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati.
  • lepas tu korg tuangkan adunan tadi dalam loyang yg telah disapu minyak @ butter @ alaskan dgn baking paper. sy guna loyang 6' sbb tu smpi over die senyum  pastu masukkan dalam oven dan bakar selama 50 minit - 1 jam @ sehingga masak.

suhu ikut oven masing2. sy guna oven morgan 23L dgn suhu 220 darjah api atas bawah.



Selamat Mencuba.

kredit: Yana Liana

Post a Comment

3 Comments