AIR PASANG DIJANGKA PADA 20HB...MINTA SEMUA STANDBY DAN BERHATI-HATI

10:05:00 AM

Assalammualaikum...

Hujan tak henti-henti dalam beberapa hari ni. Dan banyak kawasan-kawasan dah mula banjir. Kawasan yang tak pernah banjir pun terkena kali ini. Banyak kawasan juga, jalan ditutup sebab banjir. Siapa yang merancang nak bercuti ke..nak balik kampung ke baik hold dulu semua ni. Takut nanti akan tersangkut kat mana-mana tak boleh lepas.




Dengar kata kemungkinan pada esok hari iaitu 20hb, akan ada air pasang besar. Kalau bertemu dengan air hujan yang ada sekarang ni, risau banjir besar akan melanda lagi.

Bagi yang masih di dalam kawasan yang selamat, standby la apa yang patut. Makanan semua tu, risau nanti tersangkut tak boleh ke mana. Powerbank..lampu kecemasan tu charge la siap-siap risau bekalan elektrik akan terputus.

Ida kalau bab elektrik tak kisah sangat tapi kalau air takde tu masalah.huhuhuhu. Mana kawasan yang terjejas sehingga hari ni, Ida doakan semuanya selamat dan dipermudahkan. Semoga ujian ini akan melenyapkan virus yang melanda sekarang.

Mana yang ditempatkan di pusat banjir, jagala SOP walau macam mana pun. Pakai mask..dan buat penjarakkan sosial.

Stay safe semua. Jangan lupa makan vitamin C pada musim-musim macam ni.

You Might Also Like

1 penggomen

  1. Hanya simpati dan doa yang mampu kita lakukan sekarang..semoga semua yang terlibat tabah hadapi dugaan...

    ReplyDelete