8 KEBAIKAN BERJOGGING

1:54:00 PM

Assalammualaikum..


Sukan atau bersenam sebenarnya sangat penting untuk kesihatan kita tapi tak ramai yang dapat melakukannya. Paling bagus adalah dilakukan 5-6 kali seminggu. Kalau paling malas pun uolls boleh lakukan 3-4 kali seminggu. Senaman yang paling mudah dilakukan ialah berjogging. Di sini Ida akan kongsikan 8 kebaikan berjogging untuk kesihatan kita.



8 KEBAIKAN JOGGING

1. Menurunkan Berat Badan





pasti ramai sebenarnya yang ingin sangat turunkan berat badan. Jogging dapat meningkatkan tahap metabolisme seseorang itu dan akan membakar kalori dengan lebih cepat. Ketika berjogging, tubuh akan membakar kalori di dalam tubuh 2 kali lebih cepat berbanding jika berjalan kaki.

2. Baik Untuk Mental



Mengikut kajian yang dijalankan, jogging mampu meningkatkan mood dan membina keyakinan diri yang positif. Selain itu, jogging juga mampu mengurangkan simptom-simptom kemurungan.

3. Meningkatkan Imunisasi




Sekiranya anda sering mengamalkan senaman jogging, anda akan menyedari yang anda akan lebih jarang mengalami sakit seperti selsema, alahan, keletihan melampau, senggugut, sakit belakang dan masalah sistem pencernaan. Ini membuktikan sistem imunisasi anda sudah semakin kuat.

4. Melambatkan Penuaan




Secara normalnya, seiring dengan pertambahan usia, kepadatan otot dan tulang kita akan berkurangan. Dengan rajin jogging, kita dapat mengurangkan risiko penuaan yang terlalu cepat. Secara tak langsung ia juga membuatkan kesihatan tulang kita turut terjaga.

5. Baik Untuk Jantung


Dengan jogging, ia merupakan salah satu cara yang efektif di dalam menggalakkan otot jantung kita untuk bekerja. Senaman jogging yang dilakukan dengan kerap akan membuatkan aliran darah di dalam badan menjadi lebih baik. Di samping itu, ia turut merendahkan risiko serangan jantung, darah tinggi dan angin ahmar atau strok

6. Memperbaiki Kualiti Tidur



Masalah tidur seperti insomnia dapat membuatkan tubuh terasa letih dan mengganggu aktiviti harian. Kajian dijalankan terhadap pesakit insomnia dengan menyuruh mereka untuk jogging secara rutin. Kesan daripada perkara tersebut, mereka ternyata mampu untuk mempercepatkan waktu tidur mereka selain tidur mereka menjadi lebih nyenyak.

7. Baik Untuk Kulit



Jogging akan meransang pengaliran darah di dalam badan. Disebabkan itu, pembekalan nutrien dan pembuangan sisa toksik akan menjadi lebih efisyen dan secara tidak langsung turut menjadikan kulit lebih halus dan cantik.

8. Cegah Osteoporosis



Dengan berjogging secara tetap, anda sebenarnya memberikan bebanan pada otot dan tulang secara positif. Ini kerana, dengan memberi bebanan pada otot dan tulang secara positif, anda akan meransang otot dan tulang untuk menjadi lebih kuat dan seterusnya tidak mudah dimamah usia.


KREDIT: MALAYSIA RUNNERS

You Might Also Like

2 penggomen