BUKU PALING BEST PERNAH BACA

Assalammualaikum..

Cabaran ke-9 kali ni.mengenai buku paling best pernah baca. Paling best Ida suka baca buku komik la..hehehe.Jangan ingat Ida tak suka baca komik, Ida suka baca komik Lawak Kampus, Kalau zaman budak-budak dulu Ida suka baca komik Sailormoon. Ingat tak? Dengan kuasa bulan..hahhahah. Okeh ada 2 buah buku yang paling best Ida pernah baca sekarang.

1. HEBATNYA SUSU IBU


Ida memang amat fanatik dengan penyusuan susu ibu ni. Ida memang giler-giler nak belajar bab susu ibu ni. Semuanya bermula selepas Ida bersalinkan Asyraf dan time tu susu drop sangat. So Ida stress, Ida cari semuanya mengenai susu ibu. Cara nak tambahn susu hingga Ida jumpe dengan Shaklee. Buku ni Ida beli selepas Ida bersalinkan Aqil. Bagi ibu-ibu yang memang nak menyusukan anak-anak sehingga 2 tahun. Buku ni memang amat dicadangkan sebagai pembakar semnagat kat korang.

2. MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI


 

Buku ni juga menarik perhatian Ida. Pada mulanya Ida dapat 1 buku mini mudahnya menjemput rezeki secara percuma. Bila Ida baca buku mini ni, kandungannya sangat menarik. Ini menyebabkan Ida nak beli buku ni terus. Memang sangat-sangat menarik dan membuka minda Ida. Di mana kebaikan bersedekah, solat Dhuha, berzikir, dan banyak lagi. Memang betul-betuk membuatkan Ida termenung jauh. Termenung apa yang telah Ida lakukan selama ni. So sapa yang belum beli, sila la beli.

Ini 2 buah buku paling best pernah baca yang Ida nak kongsikan. Hope korang akan beli nanti.hehehhe

CABARAN 9 : BUKU PALING BEST PERNAH BACA

Post a Comment

0 Comments