RUMAH IDAMAN SAYA

Assalammualaikum...

Cabaran ke-4 hari ni, rumah idaman saya. Memang Ida amat idamkan untuk beli rumah semi-D setingkat je, Pada mulanya nak suka kan yang 2 tingkat. Tapi takut suami yang tak suka kena turun naik tangga.hehehe. Ida plak jenis suka yang ade bilik banyak. Ade taman boleh anak-anak bermain atau bercucuk tanam dan 1 bilik khas untuk stor barang. Sebab rumah sewa yang Ida dok sekarang ade 3 bilik tapi 1 bilik dah penuh dengan barang2 so dah jadi cam stor. Paling penting Ida nak yang dapur besar memandangkan suami pun suka memasak kan.

Kalau dah ade anak lelaki mesti nak ade anak2 perempuan. Bilik mesti diasingkan. So Ida memang nak beli 4 ke atas.


Taman Seri Penaga3 of Suria A & B - Limited Unit

Ni contoh rumah 




Rumah contoh ni ade 4 bilik dan 2 bilik air. Ok la tu kan. Harga pun Ida bajet dalam rm400,000. Kalau rezeki lebih baik Ida amik je rumah semi-D 2 tingkat.hahahha..

Tak sabar rasanya nak beli rumah atas titikpeluh sendiri. Insyaallah, Ida berazam nak dapatkan rumah selewat-lewatnya hujung tahun 2015. Mudah-mudahan, tolong doakan Ida ye..amin..Ida pun doakan korang pun akan dapat rumah idaman korang.

Ini sahaja Ida nak kongsikan tentang rumah idaman saya. Selamat menggoogle contoh rumah.hehehehe

CABARAN 4 : RUMAH IDAMAN SAYA

Post a Comment

0 Comments