3 NEGARA YANG TERINGIN NAK PERGI

Assalammualaikum..

Hari ni Ida tak brapa nak sihat. Ida demam dari pagi tadi sebab bengkak susu. Dah lama tak kena, dulu kena takdelah sampai demam2. Tapi kali ni siap mengigil lagi. Tuam dengan ais tak jadi. Selalunya Ida guna kobis tapi takde so telanlah Lecithin Shaklee yang memang membantu utk hilangkan bengkak susu. Cukup citer skit je. So kali ni cabaran ke-6, 3 negara yang teringin nak pergi. Jom Ida kongsikan.

3 NEGARA YANG TERINGIN NAK PERGI

1. Tanah suci Mekah


Memang ni salah satu negara yang memang semua umat Islam nak pergi sangat. Yelah bagi menunaikan rukun Islam yang ke-5. Tapi sebelum Ida nak pergi sana, kalau boleh nak bagi mak ayah dulu yang pergi. Memadangkan Ida anak sulung so tanggungjawab Ida nak tolong selagi termampu. Hope sangat dalam masa 2 tahun, Ida dapat hantar diorang ke sana.Amin

2. Busan, Korea Selatan


Agaknye sebab terpengaruh dengan citer2 Korea, Ida teringin nak pergi sana. Malah Busan merupakan salah satu pusat pelancongan yang menarik. No wonder ramai yang pergi ke sana. Ida teringin sangat nak cuba makanan die kat sana. Ida ni kalau berjalan, tahu makan je. Tengok sume sedap. Kalau la Ida ditawarkan jadi hos jalan-jalan cari makan. Memang Ida akan terima sebab Ida memang kaki makan. Sapa yang rasa nak belanja Ida makan sedap-sedap, sila la jemput ye.hehehhe

3. Hong Kong Disneyland


Ida memang teringin nak pergi sana bawa anak-anak. Walaupun ade je Disneyland yang lain tapi ntah kenapa Ida nak ke Hong Kong. Malah teringin nak melawat tempat-tempat menarik kat sana contoh The Peak, Ocean Park, Ladies Market, Avenue All Star, dan banyak lagi. Dan paling penting Ida nak rasa makanan die.hahha. Lagipun populasi rakyat sana adalah Islam.

Ini antara 3 negara yang teringin nak pergi. Insyaallah ade rezeki akan sampai juga ke sana. Kalau ade orang sponsor lagi best.hehehhe

CABARAN 1 : KENAPA SAYA JADI AHLI SHAKLEE
CABARAN 2 : 3 FAKTA MENARIK TENTANG SAYA
CABARAN 3 : HOMEMADE RESEPI SAYA PALING SEDAP
CABARAN 4 : RUMAH IDAMAN SAYA

CABARAN 6 : 3 NEGARA YANG TERINGIN NAK PERGI

Post a Comment

0 Comments