KALAU AKU KAYA

Assalammualaikum..

Cabaran blog masih diteruskan dan tajuk cabaran ke -7 harini kalau aku kaya. Wah, macam lagu penyanyi Awi Rafael dan Altimet


"Kalau aku kaya
Hari hari hari raya

Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama"


Kalau Ida kaya memang banyak benda Ida nak buat. Untuk keluarga Ida. Ibu bapa, adik beradik. Keluarga Ida bukanlah miskin tapi sederhana tapi Ida dah belajar cara hidup susah cari duit. Semuanya bermula selepas penceraian ibu bapa Ida, kami berpisah dengan Ibu, adik Ida yang bongsu sekarang dah tak balik rumah hampir 2 tahun. Adik bawah Ida seorang OKU slow learner. Memang perit, setiap hari fikirkan bagaimana masa depan diorang.

Ok la stop setakat itu, jom Ida senaraikan sahaja apa yang Ida akan lakukan kalau aku kaya.

KALAU AKU KAYA


  1. Nak hantar ibu, ayah, mama dan keluarga mertua ke Tanah Suci. Walaupun keluarga mertua dah pergi umrah. Tak salah rasanya Ida nak hantar diorang.
  2. Bawa suami bersama-sama menunaikan haji dan umrah
  3. Nak bagi duit belanja at least RM1K setiap bulan kepada ibu, ayah dan mama so dapat kurangkan beban diorang.
  4. Nak beli tanah yang luas dan membina sebuah rumah besar. Siap ada kolam renang. Tempat main untuk anak-anak dan bercucuk tanam.
  5. Memberi zakat setiap bulan.
  6. Memberi sumbangan pada rumah anak-anak yatim.
  7. Langsaikan hutang PTPTN yang bernilai RM42k dan suami RM3K
  8. Menjaga kesihatan keluarga dan keluarga mertua.
  9. Melancong serata dunia dengan suami dan anak-anak.
  10. Buka sebuah kedai bakery kat Ibu so Ibu boleh tumpukan buat kek sahaja tak nyah keje luar lagi. (ibu Ida buat keje macam-macam,tempahan kek pun die buat).
  11. Jika masih berkesempatan, nak memberi rawatan sepenuhnya pada nenek Ida(popo,mak kepada ibu). Terlantar akibat kencing manis.
Ini sahaja yang Ida akan buat kalau Ida kaya. Mungkin ada lagi pada masa akan datang, kita tak tahu kan.

CABARAN 1 : KENAPA SAYA JADI AHLI SHAKLEE
CABARAN 2 : 3 FAKTA MENARIK TENTANG SAYA
CABARAN 3 : HOMEMADE RESEPI SAYA PALING SEDAP
CABARAN 4 : RUMAH IDAMAN SAYA
CABARAN 5 : BLOGJOG PALING RAJIN
CABARAN 6 : 3 NEGARA YANG TERINGIN NAK PERGI

CABARAN 7 : KALAU AKU KAYA


No comments:

Post a Comment

Followers

social network

APDM SAPS