3 FAKTA MENARIK TENTANG SAYA

1:46:00 AM

Assalammualaikum..

Tajuk entry kali ni agak lain kan dari sebelum2 ni. Ini bukan cabaran kelab abg Ben ye, Ni cabaran leader Ida.hehehe. Saja bagi task ni nak bagi Ida ni rajin2 skit update blog dan tingkatkan gaya penulisan. Yelah Ida pun masih baru lagi dalam dunia blogging ni. Newbie la jugak belum tahap otai lagi.


Ini task kedua Ida. Nak ceritakan tentang Ida ye.Hmm...okeh takda yang menarik tapi boleh la Ida nak ceritakan secara santai 3 fakta menarik tentang saya.


3 FAKTA MENARIK TENTANG SAYA

1. Sangat ramah dan perangai gila-gila

Sapa yang tak kenal memang takkan tahu. Ida sebenarnya ramah orangnya tapi bila dalam sesuatu keadaan Ida akn nampak cam orang pendiam sebab Ida hanya akan ramah orang yang Ida dah kenal. Kalau mula-mula kenal memang agak kekok. Tapi bila dah kenal lama-lama, baru korang akan nampak perangai gila-gila Ida.hehehe

2. Suka menolong dan tak suka susahkan orang lain

Ida memang suka tolong orang sampai kadang-kadang, nampak cam Ida plak yang terpaksa ditolong. Ida jenis memang tak suka susahkan orang lain. Kenapa Ida cakap cmtu, agaknya sebab Ida dah lama belajar hidup susah dan berdikari sendiri. Jika Ida nak sesuatu, Ida akan usaha sendiri. Even suami Ida pun, Ida jarang minta. Ida dah belajar macam mana Ida susah nak cari duit sampai balik lewat malam.( bab ini tak perlu kot diceritakan, nanti akan buatkan Ida menangis ).

3. Suka kongsikan ilmu dan pengalaman

Sejak Ida susukan Asyraf, Ida memang banyak study mengenai kebaikan susu ibu ni. Tambahan, Alhamdullilah rezeki Ida dapat susukan Asyraf sampai umur 2tahun even time tu dah mengandungkan Aqil. Susah payah, pengalaman dulu Ida suka kongsikan dengan ibu2 yang baru ni. Sekarang ni, sepupu Ida mintak nasihat tentang penyusuan. Die seorang guru sekolah. Dulu die hanya susukan anak sekejap je sebab bekerja kan. So anak kedua ni, die nak susukan sehingga 2 tahun dan minta semangat dari Ida. Ida hanya tolong mana yang mampu dari pengalaman Ida dulu. Jadi sesiapa yang berminat nak dapatkan kata-kata semangat or ada masalah penyusuan boleh pm Ida tau. Insyaallah, Ida akan tolong.

Ini antara 3 fakta menarik tentang saya. Hope korang semua suka la apa yang Ida tulis ni ye.:)

CABARAN 1 : KENAPA SAYA JADI AHLI SHAKLEE
CABARAN 2 : 3 FAKTA MENARIK TENTANG SAYA

You Might Also Like

0 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)