MUGEN GLASS TOP INFRARED GAS COOKER DARI WOWSHOP


Assalammualaikum...

Salam Ramadhan yang ke 13. Alhamdulillah masih diberikan kesihatan yang baik untuk menjalan ibadah puasa pada tahun ni. Maaf tak berkesempatan nak update, tidak la terlalu sibuk tapi nak cuba fokuskan ibadah sepanjang bulan yang mulia ini.



Kali ini Ida nak kongsikan pasal item menarik yang Ida beli dari WOWShop iaitu MUGEN GLASS TOP INFRARED GAS COOKER. Apa yang menariknya? Hah jom kita tengok.

Actually dapur gas Ida masih elok, tidak la rosak lagi even dah hampir 10 tahun pakai. Cuma api sebelah die tu kadang kala susah nak hidup dan lagi satu sebab periuk Ida dah jadi terlalu berjelaga apa tu hitam bawah die. Dah adjust apinya pun masih sama.

Memang ada rancang nak beli dapur gas yang periuk..eh..tiba-tiba ibu telefon kata dah masukkan duit pastu suruh beli dapur gas kat WOWShop 2 set. Satu untuk Ida, dan satu lagi untuk adik Ida. Ibu Ida dah pernah datang rumah so masa masak tu die tanya la pasal dapur gas tu..api die macam tak sekata. Ida dah bagitahu dah adjust pun sama je..memang nak beli baru tapi nanti la sebab boleh pakai lagi.hehe. Alhamdulillah ada rezeki, ibu pula yang tolong belikan.

Tadaaa....ini la dapur gasnya. Ida suka dengam corak warna hijau die tu. Cantik juga kan. Dengan harga RM199 dapat free gift die lagi...



Ini la free giftnya. Macam Ida dapat bekas besi ni tau tapi ada juga yang dapat mangkuk ceramic

boleh la nak letak makanan if nak buat apa-apa majlis dekat rumah kan..


macam biasa mesti ada buku manual dan warranty card.
Siapa ada bagi buku resepi lagi dari Chef Fikree


Dah la beli dapur gas besar, siap dapat pula free gift dapur kecil ni tau.
Tapi bukan jenis kaca la..tapi still lawa.


Set sudu garfu ini ada bagi free juga. Ida tak perasan pun sebenarnya.
Dah buka baru tahu ada.hehehe


Soooo..macam mana. Berbaloi jugak kan dengan harga RM199 free postage dapat semua ini. Tahan berapa lama tak tahu la tapi jenis kaca so uolls kenalah hati-hati. Nak bersihkan tu biar tunggu sejuk dulu. Jangan letak benda-benda panas atas kaca tu .

Pandangan Ida boleh la dapur gas ni. Menarik. Bila masak tu macam lambat nak mendidih tapi bila dah panas, memang kejap je masaknya. Paling best dah tak risau sangat bab bontot kuali nak hitam.hahaha..

Basic info:

Glass Top Infrared Gas Cooker
Gas Cooker Size : 720mm x 385mm x 85mm (with stand)
Burner Ring Size : 150mm x 150mm
Burner : Double jet burner
Heat Input : 2.5kW
Weight : 6.7kg

Single Infrared Gas Cooker
Gas Cooker Size : 370mm x 290mm x 110mm (with stand)
Burner Ring Size : 135mm x 135mm
Heat Input : 1.85kW
Stainless Steel Panel : 0.33mm x 0.28mm
Weight : 1.4kg


Siapa yang dah beli MUGEN GLASS TOP INFRARED GAS COOKER dari WOWSHOP ini boleh la komen pandangan uolls kat bawah.

Ida sertakan sekali link untuk beli MUGEN GLASS TOP INFRARED GAS COOKER






Post a Comment

1 Comments

  1. Assalamualaikum Ida...best skg ni beli dapur mugen ni dpt byk brg free gift...masa mama beli mula2 dulu hanya dpt pisau jer...tp mmg bestkan gunakan dapur mugen ni...save gas juga...

    ReplyDelete