10 MAKANAN YANG BAIK UNTUK SISTEM PENGHADAMAN KITA

Assalammualaikum..

Secara umunya sistem pencernaan atau sistem gastroinstestinal yang bermula dari mulut sampai anus adalah sistem organ dalam manusia yang berfungsi untuk menerima makanan, mencernanya menjadi zat-zat gizi dan energi, menyerap zat-zat gizi ke dalam aliran darah serta membuang bahagian makanan yang tidak dapat dicerna atau merupakan sisa proses tersebut dari tubuh.


Penghadaman merupakan suatu proses mengisarkan makanan secara fizikal dan memecahkan molekul makanan itu melalui beberapa proses kimia.

Dengan kata yang lebih mudah lagi sistem penghadaman mempunyai 2 fungsi iaitu :

  • Menukar makanan yang telah dimakan kepada nutrisi yang diperlukan tubuh. 
  • Membuang dan mencerna bahan buangan yang tak diperlukan oleh tubuh. 
Zaman sekarang ramai orang yang tidak terlalu ambil peduli tentang kesihatan sistem penghadaman mereka. Makan apa yang di depan mata dan akhirnya alami masalah usus atau sembelit. Tak kira orang dewasa mahupun kanak-kanak.


Tahu tak?

Hampir 80 peratus daripada rakyat di seluruh dunia menderita akibat daripada keadaan usus yang tidak sihat. Ini mendorong kepada keadaan sistem penghadaman tidak sihat yang berkemungkinan menjangkiti tubuh badan.

Tanda-tanda alami masalah usus kotor atau bermasalah:
  • Selalu berasa pening kepala 
  • Rasa sakit belakang atau sakit-sakit sendi. 
  • Rasa susah untuk bernafas 
  • Masalah sinus atau bau badan yang tengit. 
  • Nafas berbau dan lidah rasa kelat. 
  • Alergik terhadap makanan. 
  • Susah nak membuang air. Sembelit kronik. 
  • Perut kembung dan selalu gastrik. 
  • Rasa letih, stress dan tidak selesa dengan tubuh. 
  • Berat badan naik tanpa sebab walaupun makan sedikit. 
kreadit: Celikvitamin.com

Jadi pemakanan dan gaya hidup yang sihat sangat memainkan peranan penting untuk kesihatan sistem penghadaman kita.

Di sini Ida nak kongsikan 10 makanan yang baik untuk sistem penghadaman kita.

10 MAKANAN YANG BAIK UNTUK SISTEM PENGHADAMAN

1. Pisang



Kebanyakkan mereka yang alami masalah sembelit ni akan makan buah pisang kan? Ini kerana pisang kaya dengan serat yang bagus untuk sistem pencernaan kita.

2. Asparagus


Asparagus ini mengandungi kandungan inulin yang tinggi yang bertindak sebagai probiotik. Probiotik ini mengandungi serat yang sangat bagus untuk melancarkan sistem pencernaan atau penghadaman kita.

3. Yogult


Di dalam yogult ini mengandungi probiotik yang membantu meningkatkan jumlah bakteri baik di usus untuk perut kita dan membantu melancarkan sistem pencernaan. Ia juga membantu untuk kurangkan rasa tak selesa pada badan kita.

4. Betik


Betik bagus untuk mereka yang alami masalah sakit perut atau diarea. Malah pengambilan buah betik juga boleh membantu atasi masalah sembelit.

5. Oat


Oat mengandung beta-glukan iaitu karbohidrat yang baik untuk sistem penghadaman kita. Sebuah kajian pada 2012 di British Journal of Nutrition menyatakan pengambilan oat sebagai sarapan membantu memberikan kekuatan probiotik yang baik kepada sistem penghadaman kita.

6. Jintan manis



Herba-herba seperti jintan ni selalunya kita letakkan dalam masakan kan? Jintan manis sejenis herba berserat tinggi, bertindak seperti ‘julap’ untuk mencuci usus kecil dan usus besar secara sederhana.

Herba ‘pelawas’ ini melancarkan proses perkumuhan dan mencuci dinding usus dari toksin, kotoran dan mendapan degil. Yang bagusnya, ia tidak mengakibatkan cirit-birit.Proses pembuangan jadi lebih mudah dan sistem metabolisma badan akan lebih teratur. Malah bagus untuk siapa yang alami masalah angin dalam badan.


7. Bawang


Siapa suka makan bawang? Kalau berlebihan pun tak boleh juga kang berbau mulut nanti. Tahu tak, bawang juga bertindak sebagai probiotik yang baik untuk sistem penghadaman kita. Dalam sebuah kajian pada tahun 2012 menyatakan bawang sangat bagus kerana mengandungi bakteria baik seperti laktobacilus yang bagus untuk usus.

8. Halia



Siapa suka minum air teh halia? Selalunya orang minum air teh halia untuk hilangkan masalah angin dalam badan tapi tahu tak ia juga bagus untuk sistem penghadaman kita. Ia membantu menlancarkan usus kita sebagai dapat berfungsi dengan baik.

9. Jambu batu


Ia mengandungi vitamin C dan antioksidan yang tinggi. Jambu batu bukan sahaja bagus untuk kesihatan malah membantu untuk menurunkan paras kolestrol, atasi masalah sembelit sekaligus bagus untuk sistem pencernaan kita. 

10. Belimbing



Belimbing kaya dengan vitamin A dan vitamin C serta nutrisi lain yang bagus untuk kesihatan kita mahupun sistem penghadaman.



Bagaimana Herblax membantu untuk lancarkan sistem pencernaan atau penghadaman kita?

Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Ia tergolong dalam kategori julab yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi meyingkirkan toksin dari usus.

Ia juga membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis.Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar.

Testimoni pengguna:






Klik di sini untuk order segera




Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:


(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp : www.wasap.my/0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya


Post a Comment

1 Comments