Masalah keguguran rambut ni boleh dikatakan perkara normal yang berlaku kepada semua orang tak kira peringkat umur mahupun jantina. Tetapi kadang kala ia menjadi agak teruk dan menjadikan kita mula berasa risau serta merimaskan.
Sebenarnya banyak punca berlaku masalah keguguran rambut ni. Antaranya:
- Genetik
- Tekanan/Stress
- Horman tak stabil
- Kekurangan zat (sumber protein)
- Pengambilan ubat-ubat yang tertentu
- Penggunaan produk rambut yang terlalu kerap seperti pewarna rambut, penyembur rambut, dan lain-lain
- produk yang mengandungi bahan kimia
- wanita yang melahirkan anak (kebiasaannya bersifat sementara)
- Paras selenium dan Vitamin A terlalu tinggi
- Tahap Estrogen rendah
Walaupun banyak produk syampu yang dikeluarkan dalam pasaran yang digunakan untuk mengatasi masalah ini tetapi tak semuanya kadang kala membantu mengatasi masalah kita. Senang kata tak semua produk orang pakai sesuai dengan kita.
Jadi di sini Ida kongsikan 8 petua membantu kurangkan rambut gugur dengan mudah
8 PETUA MEMBANTU KURANGKAN RAMBUT GUGUR
1. Santan
Santan bukan sahaja digunakan untuk masakan tetapi ia juga bagus untuk mengurangkan masalah rambut gugur.
Lumurkan 250ml-500ml santan ke kulit kepala dan rambut. Balut dengan tuala suam dan biarkan selama 15 hingga 20 minit. Kemudian bilas dengan air sejuk. Rawatan ini akan membuatkan rambut kita menjadi lebih lembut dan bersinar. Lakukan proses ini dalam 3 kali seminggu.
2. Minyak zaitun
Ia sendiri banyak kegunaan untuk masalah dan juga kesihatan. Dan salah satunya untuk masalah rambut gugur.
3. Minyak kelapa
Ia sama juga seperti minyak zaitun. Ada banyak kegunaannya termasuklah untuk rambut gugur.
Caranya ialah dengan menyapu minyak kelapa pada kulit kepala hingga rambut. Pastikan seluruh akar rambut itu terkena minyak kelapa. Jika proses ini dilakukan setiap hari, tak mustahil rambut korang akan kembali sihat. Malah proses pertumbuhan akar rambut yang baru pun akan menjadi lebih cepat.
Caranya ialah dengan menyapu minyak kelapa pada kulit kepala hingga rambut. Pastikan seluruh akar rambut itu terkena minyak kelapa. Jika proses ini dilakukan setiap hari, tak mustahil rambut korang akan kembali sihat. Malah proses pertumbuhan akar rambut yang baru pun akan menjadi lebih cepat.
4. Kuning telur
Selalunya orang suka gunakan telur untuk buat masker muka kan. Tapi tahu tak korang juga boleh gunakan untuk masalah rambut gugur.
Sapukan telur kuning pada rambut dan kulit kepala. Kemudian urut kulit kepala 10-15 minit. Selepas itu, cuci dengan menggunakan syampu agar tidak meninggalkan bau hanyir pada rambut. Sebaiknya lakukan proses ini dalam 3-4 kali seminggu.
Sapukan telur kuning pada rambut dan kulit kepala. Kemudian urut kulit kepala 10-15 minit. Selepas itu, cuci dengan menggunakan syampu agar tidak meninggalkan bau hanyir pada rambut. Sebaiknya lakukan proses ini dalam 3-4 kali seminggu.
5. Limau nipis
Orang ingat limau nipis hanya untu masalah rambut kelemumur tetapi juga untuk masalah rambut gugur.
Potong dan perah limau nipis. Ambil perahan air limau nipis tu dan gosokkan atas kepala selama beberapa minit. Urut kulit kepala dan basuh seperti biasa. Boleh lakukan proses ni 2 minggu sekali.
6. Daun bunga raya
Susah nak jumpa bunga raya sekarang ni. Kalau dulu buat untuk main pondok-pondok.hehehe. Tahu tak daun bunga raya ni boleh digunakan untuk masalah rambut gugur.
Ramaskan daun bunga raya dengan air dan ambil gosokkan di kepala. Selepas itu, cuci seperti biasa. Lendir daun bunga raya itu membantu untuk menguatkan rambut kita. Boleh dilakukan 2 kali seminggu.
7. Pokok lidah buaya
Daun lidah buaya ni memang banyak kegunaanya dan ia juga jarang dijumpai. Ia bukan sahaja bagus untuk kulit malah untuk rambut kita.
Sapukan lendir lidah buaya di rambut sehingga kulit kepala. Urut selama beberapa minit dan bilas seperti biasa. Boleh dilakukan setiap hari untuk kesan yang lebih baik.
8. Air rendaman kacang hijau
Kacang hijau ni senang nak dapat di kedai-kedai runcit kan. Jadi apa kata gunakan sedikit untuk membantu kurangkan masalah rambut gugur.
Ambil kcang hijau dan rendam semalaman. Keesokkannya tapis kacang hijau tu dan gunakan airnya dan sapukan pada kulit kepala korang. Urut selama beberapa minit dan bilas sehingga bersih. Boleh dilakukan 2 kali seminggu.
1. ESP shaklee
Ia membantu pertumbuhan rambut baru yang kuat dan sihat. Protein adalah blok binaan terpenting dalam badan kita. Ianya makanan sel untuk membentuk sel-sel yang sihat dan cantik. Sel-sel yang cantik menguatkan akar rambut dan menyihatkan rambut. Dipercayai kaum wanita memerlukan sekitar 46 gram protein setiap hari.
2. Vitalea/ multivitamin
Ia membantu mengimbangi nutrien harian. Tubuh yang mendapat cukup nutrien dapat diperhatikan dari rambut yang sihat dan kuat. Rambut yang bermasalah petunjuk bahawa tubuh kekurangan nutrien tertentu yang tidak diperolehi daripada pemakanan seharian.
3. Omega guard
Ia kaya dengan omega 3 yang membantu menjadikan rambut lebih lembap dan bersinar. Pengambilan 1,000 mg DHA dan EPA setiap bukan sahaja menjadikan rambut lembut bak sutera malah korang akan rasa lebih sihat.
4. B-complex
Pengambilan vitamin B membantu:
1. Pengurangan kadar kehilangan/ keguguran rambut.2. Rambut lambat beruban kerana vitamin B melambatkan proses penuaan rambut.
3. Rambut yang lebih panjang disebabkan oleh pertumbuhan rambut yang lebih cepat.
4. Rambut lebih bersinar.
5. Collagen powder
Kolagen bukan sahaja bagus untuk kulit, tulang malah untuk rambut. Rambut kita juga mempunyai kolagen. Collagen Powder akan membantu menyuburkan rambut, enjadikan rambut lebih sihat, tidak mudah gugur dan bercabang serta rambut lebih tebal dan bersinar.
Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp : www.wasap.my/0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293
*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya
2 Comments
Petua yang ohsem..
ReplyDeletethankz
Delete