Pages

Friday, May 25, 2018

6 TIPS BERSENAM KETIKA BERPUASA

Assalammualaikum..

Bulan puasa merupakan salah satu bulan yang sangat dinantikan oleh umat Islam. Pada bulan ni la kita digalakkan untuk meningkatkan lagi amal ibadah kita supaya dapat pahala dan keberkatan di dunia dan akhirat. Insyaallah.




Pada bulan puasa ni juga ramai antara mereka yang akan berdiet untuk kuruskan badan agar nampa cantik dan ramping di hari raya nanti.


Selain penjagaan makanan, senaman juga sebenarnya sangat penting untuk membantu proses menurunan berat badan ni. Tetapi pada bulan puasa ni ramai yang tertannya-tanya senaman apa yang paling baik dilakukan supaya kita tak menjadi terlalu letih dan penat.



Di sini Ida kongsikan 6 tips bersenam ketika berpuasa yang Ida petik daripada perkongsian di dalam facebook.

6 TIPS BERSENAM KETIKA BERPUASA

1. Pilih senaman yang disukai dan berintensiti rendah. 


Contoh senaman yang berintensiti rendah seperti brisk walk slow jog, dan banyak lagi.

2. Cuba bersenam ketika hampir waktu berbuka. Disarankan satu jam sebelum waktu berbuka. 




Untuk elakkan badan dehidrasi dan lain-lain. Kita bersenam untuk sihat bukan untuk sakit.

3. Lakukan tiga hingga empat kali seminggu




Lebih baik jika dilakukan selama 30 minit dan kurang daripada 45 minit. Jangan lakukan senaman dengan terlalu lama.

4. Pilih lokasi yang tepat dan bersesuaian. Lakukan secara berkala dan berterusan



Boleh lakukan di dalam bilik tidur atau taman depan rumah. Mungkin juga korang ada bilik gym sendiri!

5. Senaman berbeza




Jika boleh cuba lakukan beberapa jenis senaman setiap hari, seperti kombinasi aerobic,regangan dan senaman bebanan. 

6. Pastikan minum air yang mencukupi




 Minum air sebanyak lapan gelas daripada waktu berbuka puasa sehingga bersahur.

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!
11:08:00 AM / by / 4 Comments

4 comments:

  1. bila bulan puasa ni makin rajin nak tidur, bila bersenam ni rasa segar la sikit

    ReplyDelete
  2. hehehe x bersenam daaa memang tak. hehe anggap jela naik turun tangga rumah tu xcercise hehe..

    ReplyDelete