REVIEW: GARNIER BRIGHT AMPOULE SERUM

Assalammualaikum...

Bila dah masuk umur 30 tahun bukan sahaja kena pakai produk asas macam sunblock atau sunscreen. Better uolls tambah serum dalam rutin penjagaan muka korang.


Bukan apa sebenarnya kulit kita ni semakin berusia akan semakin kurang keanjalan atau tisu yang terbentuk. Walaupu tisu baru masih terhasil mungkin tidak secepat dulu. Kolagen pada kulit kita juga semakin berkurang.


Malah akan timbul masalah lain seperti kulit kusam, tidak sekata dan sebagainya. Paling teruk bila mula ada masalah JERAGAT!!. Dan jangan la sangka umur 30 tahun ke atas sahaja..malah yang masih muda pun boleh alami masalah yang sama.


Actually dulu Ida tak pakai sangat serum ni..kalau pakai pun bukan selalu. Tapi sejak pakai serum ni Ida rasa my skin much better.

GARNIER BRIGHT COMPLETE AMPOULE SERUM


GARNIER Bright Complete  Ampoule Serum Baharu yang terbukti secara klinikal membantu memudarkan jeragat selama 6 hari. 

Ia mempunyai kepekatan tertinggi dengan 3% Vitamin C dan Niacinamide  membantu mencerahkan kulit yang kusam, tona tidak sekata, mengurangkan bintik hitam dan lingkaran gelap pada mata.


Ida suka tekstur serum ni tau sebab pekat dan tak rasa melekit. Malah serap pada kulit cepat dan sangat baik. Kalau pakai lama pun tak rasa melekit atau berminyak.


Dan Ida dah pakai selama seminggu lebih suka dengan result dia. Sangat sesuai dengan semua jenis kulit sebab kulit Ida jenis kombinasi so kadang memang susah nak cari produk yang sesuai.

Dan paling Ida suka dengan packaging dia macam ni senang nak bawa travel. Tekstur dia pekat jadi uolls boleh pakai 2 kali.

Boleh dapatkan GARNIER BRIGHT COMPLETE AMPOULE SERUM ni Ida drugstore berhampiran atau secara online.

See the video:


Youtube:
https://youtu.be/o55-hs7lSOs



REVIEW: SCOTT CALORIE ABSORD PREMIUM TOWEL

Assalammualaikum...

Masa balik raya ke Kedah hari tu, Ida ada dapat barang untuk review. Actually Ida memang selalu dapat barang review atau free sample dari HomeTesterClubMalaysia dan Try and Review. Kalau korang buka FB dan IG...korang boleh sign up kat situ.

Bestnya macam-macam korang boleh dapat asalkan nanti uolls review je dalam media sosial korang. Macam Ida akan review dalam socmed kemudian Ida akan share juga dalam blog. At least ada content nak buat kan dalam blog ni. Takde la berhabuk sangat. Hahaha

SCOTT CALORIE ABSORB PREMIUM TOWEL

Ida memang selalu je beli tisu dapur dari Scott ni sebab memang bagus. Selalunya Ida beli yang bundle warna merah tu. Kebetulan kali ni sample yang ni pula. Wah macam suka pula.

Serius best tisu dapur ni....

Scott Calorie Absorb Premium Towel ini sangat bagus digunakan untuk kegunaan di dapur. Ia memang sangat membantu untuk menyerap lebihan minyak terutamanya pada makanan yang bergoreng. 


Selain itu ia juga digunakan untuk menghilangkan gris pada kuali, mencuci gris pada dapur, dan mengelap lebihan air pada sayur-sayuran dan buah-buahan.

Dengan bahan yang diperbuat daripada 100% Virgin fiber dan extra thick fiber tech yang sememangnya dikhasnya untuk penyerapan minyak yang lebih baik

Menyerap minyak dengan baik ke???


Yes...sangat menyerap. Kalau korang selalu buat makanan bergoreng..guna la tisu dapur ni. Sehelai je pun dah cukup..tak perlu guna banyak tisu.

Tak percaya uolls boleh tengok dalam tiktok atau IG Ida. Boleh la follow ye sekali..nanti Ida follow korang balik.



Korang boleh dapatkan SCOTT CALORIE ABSORB PREMIUM TOWEL di mana-mana kedai berhampiran atau boleh beli secara online.

PERGI BERHARI RAYA DI TERENGGANU

Assalammualaikum...

Alhamdulillah dah tak lama lagi dah penghabis Syawal. Dan minggu ni juga mesti ada banyak open house kan. Selagi tak habis raya begitu la. Makan je memanjang..hahaha

Baru je Jumaat baru ini Ida pergi makan majlis kenduri kahwin anak jiran sebelah. Dah lama tak pergi makan kenduri..hahaha. Meriah...


Minggu lepas masa cuti Hari Wesak..Ida ada ke Terengganu untuk beraya rumah kawan. Nak kata rapat tidak la juga tapi kalau selalu pergi trip memang akan plan sekali dengan dia. Sekarang ni kami plan nak ke Kundasang awal tahun depan...tapi tengok tiketnya Allah boleh tahan harganya. Sampai sana bajet tak mahal mana tapi tiket mahal giler. Seorang pergi balik hampir RM500. Macam Kak Su (kawan Ida)..anak dah 4orang..umur 2 tahun dah kena bayar juga. Kalau 6 orang semunya RM3K..belum termasuk yang lain.

Jadinya sekarang kami plan dan cari dulu harga tiket flight macam mana. Insyaallah takde apa halangan memang akan pergi..kalau tak dapat pun akan plan trip ke tempat lain.


Sebelum sampai rumah Kak Su, kami ke Pasar Payang dulu. Pasang Payang yang lama masih belum siap jadinya akan ke Pasar Payang baru bersebelahan dengannya. Jammed jangan cakapla..ramai giler. Tambah waktu pagi orang nak membeli barang basah untuk memasak.


Selalu kalau pergi sini memang Ida akan beli gula melaka, asam jawa dan bepang (biskut  beras). Ada juga la beli barang lain macam Adam.. gula-gula untuk kiddos. Balik dari tu baru la beraya makan tenghari kat rumah Kak Su.

Selepas tu Ida ke rumah adik-adik ipar di Kuala Berang dan Dungun. Sehari perjalanan juga. Sampai rumah dah malam. Esoknya pula dah sekolah. Kiddos ada majlis jamuan raya kat sekolah (entry sebelum ni).

Uolls masih ada open house ke Minggu ni??

SAMBUTAN HARI GURU DAN MAJLIS HARI RAYA DI SEKOLAH

Assalammualaikum

Hari ni semua sekolah kebanyakkannya buat majlis hari raya dan kebetulan juga untuk menyambut hari guru.

Sekolah kiddos pun sama ada sambutan Hari Guru dan majlis hari raya hari ni. Masing-masing satu keluarga akan membawa satu makanan. Dah ada juga persembahan menyanyi lagu raya di atas pentas beramai-ramai. Siapa yang berani boleh naik termasuk anak Ida.hahaha

Masa nak tunggu anak balik sekolah tu, pakcik guard tu panggil masuk untuk makan tapi Ida segan sorang-sorang..tak masuklah.haha. Lepas tu anak balik, dia tapawkan dekat Ida nasi.hehe

Anak Ida si abang tu memang berani. Kalau boleh semua nak masuk..haha. Tadi dia balik cerita..dia berduet dengan kawan dia naik atas penta menyanyi..dapatlah duit raya.haha..

Balik dari sekolah tu..hantar si abang pula ke kelas KAFA. Ada majlis yang sama juga. Esok si adik pula ada majlis kat KAFA. 


Ida hanya bagi bawa muffin coklat je..order dekat kakak ipar. Malas nak memasak apa .haha. Esok si Aqil bawa nugget jelah. Hehehe

Kesempatan ini Ida ucapakan juga SELAMAT HARI GURU buat semua warga pendidik di seluruh Malaysia dan serata dunia. 

RAYA MENGEJUT TAHUN INI

Assalammualaikum...

Alhamdulillah..dapat juga nak update blog ni setelah seminggu memang agak kelam kabut. Raya kali ini memang agak sedih bagi Ida..keluarga sebelah ayah. Tok Ida di Jitra telah meninggal sehari sebelum hari raya.

Ida agak terkilan sebab memang tiap-tiap sehari sebelum raya atau pagi raya memang Ida akan tel diorang. Tahun ni tak sempat nak bercakap dengan Tok. Dah tak dapat lagi nak makan ketupat pulut hitam dengan pajeri nenas Tok.huhu..

Selepas dapat berita waktu subuh..selepas sahur tu memang Ida tak dapat nak balik. Kalau balik pun memang tak sempat sebab dah mula jammed. Jadinya Ida balik pada raya kedua. Itu pun bertolak dari rumah selepas asar..sampainya pada pukul4 pagi esokknya. Memang jammed teruk..takde apa-apa kemalangan tapi tak tahu sebab apa yang sesak sampai macam tu sekali. Nasib la kiddos dah besar..kalau masih kecil..menangis la mak-mak nak harung balik raya tahun ni.

    
Ini gambar masa nak balik ke Kemaman. Masa nak pergi dah nak malam so tak nampak.hahaha

Malam sebelum raya tu Ida buka puasa kat luar..otw balik tu sekali dalam wasap bagitahu esok raya. Punya la terkejut .tengok jalan dah mula banyak kereta keluar nak balik kampung. Ida balik rumah terus rebus ketupat masak rending semua.hahaha. Nasib la barang dah beli awal..jadinya ada beberapa barang yang perlu beli. Nasib kedai buka walaupun dah pukul10 lebih. Dengan baju tak bergosoknya..sedangkan baju Ida baru siap sehari sebelum tu..aduh...

    bawa kiddos main bowling masa buka puasa kat luar..walaupun sedih tetap kena hiburkan hati.kiddos


Sampai kat Kedah Ida terus pergi rumah tok kat Jitra..disebabkan sampai memang dah lewat Ida tidur hotel je sebab selalu balik raya memang tak suka susahkan sesiapa. Lebih selesa tidur kat hotel je.

Balik dari Jitra baru la Ida jumpa ayah kat Sungai Petani lepas tu check in kat Bukit Mertajam sebab esoknya nak pergi rumah sedara lain pula di area sana. Sebab masa cuti memang pack..so terpaksa buat macam ni..kalau tak memang tak sempat nak jumpa sedara mara yang lain. Sebelum ke Bukit Mertajam tu..singgah dulu makan nasi kandar kat Sungai Petani. Dekat je dengan Amanjaya. Nak makan kat Penang tak sempat seban keluar dari rumah ayah pun dah waktu Magrib. Solat Jamak siap-siap bertolak pergi sana. Bandar Sungai Petani pun dah jammed apatah lagi atas highway..nak taknak kena redah je sebab memang nak makan nasi kandar.


Semalam pun anak-anak dah mula bersekolah semula dan hari ni Ida baru sempat nak update media sosial. Pinggang Ida dari hari balik Jumaat tu sakit sampai hari ni..selalunya tak pernah sakit kalau balik ke kampung tapi kali ini sakit mungkin sebab terkejut..nak kena buat semua sekaligus. Ini pun dah ok sikit..kalau tak nak solat pun menangis la jugak

Apa-apa pun dikesempatan ini Ida nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN..


Dah tak perlu pakai mask tapi SOP jaga ye..jangan terlalu selesa. Virus covid tu masih ada...stay safe