PERGI BERHARI RAYA DI TERENGGANU

Assalammualaikum...

Alhamdulillah dah tak lama lagi dah penghabis Syawal. Dan minggu ni juga mesti ada banyak open house kan. Selagi tak habis raya begitu la. Makan je memanjang..hahaha

Baru je Jumaat baru ini Ida pergi makan majlis kenduri kahwin anak jiran sebelah. Dah lama tak pergi makan kenduri..hahaha. Meriah...


Minggu lepas masa cuti Hari Wesak..Ida ada ke Terengganu untuk beraya rumah kawan. Nak kata rapat tidak la juga tapi kalau selalu pergi trip memang akan plan sekali dengan dia. Sekarang ni kami plan nak ke Kundasang awal tahun depan...tapi tengok tiketnya Allah boleh tahan harganya. Sampai sana bajet tak mahal mana tapi tiket mahal giler. Seorang pergi balik hampir RM500. Macam Kak Su (kawan Ida)..anak dah 4orang..umur 2 tahun dah kena bayar juga. Kalau 6 orang semunya RM3K..belum termasuk yang lain.

Jadinya sekarang kami plan dan cari dulu harga tiket flight macam mana. Insyaallah takde apa halangan memang akan pergi..kalau tak dapat pun akan plan trip ke tempat lain.


Sebelum sampai rumah Kak Su, kami ke Pasar Payang dulu. Pasang Payang yang lama masih belum siap jadinya akan ke Pasar Payang baru bersebelahan dengannya. Jammed jangan cakapla..ramai giler. Tambah waktu pagi orang nak membeli barang basah untuk memasak.


Selalu kalau pergi sini memang Ida akan beli gula melaka, asam jawa dan bepang (biskut  beras). Ada juga la beli barang lain macam Adam.. gula-gula untuk kiddos. Balik dari tu baru la beraya makan tenghari kat rumah Kak Su.

Selepas tu Ida ke rumah adik-adik ipar di Kuala Berang dan Dungun. Sehari perjalanan juga. Sampai rumah dah malam. Esoknya pula dah sekolah. Kiddos ada majlis jamuan raya kat sekolah (entry sebelum ni).

Uolls masih ada open house ke Minggu ni??

Post a Comment

0 Comments