RAYA MENGEJUT TAHUN INI

9:18:00 AM

Assalammualaikum...


Alhamdulillah..dapat juga nak update blog ni setelah seminggu memang agak kelam kabut. Raya kali ini memang agak sedih bagi Ida..keluarga sebelah ayah. Tok Ida di Jitra telah meninggal sehari sebelum hari raya.

Ida agak terkilan sebab memang tiap-tiap sehari sebelum raya atau pagi raya memang Ida akan tel diorang. Tahun ni tak sempat nak bercakap dengan Tok. Dah tak dapat lagi nak makan ketupat pulut hitam dengan pajeri nenas Tok.huhu..

Selepas dapat berita waktu subuh..selepas sahur tu memang Ida tak dapat nak balik. Kalau balik pun memang tak sempat sebab dah mula jammed. Jadinya Ida balik pada raya kedua. Itu pun bertolak dari rumah selepas asar..sampainya pada pukul4 pagi esokknya. Memang jammed teruk..takde apa-apa kemalangan tapi tak tahu sebab apa yang sesak sampai macam tu sekali. Nasib la kiddos dah besar..kalau masih kecil..menangis la mak-mak nak harung balik raya tahun ni.

    
Ini gambar masa nak balik ke Kemaman. Masa nak pergi dah nak malam so tak nampak.hahaha

Malam sebelum raya tu Ida buka puasa kat luar..otw balik tu sekali dalam wasap bagitahu esok raya. Punya la terkejut .tengok jalan dah mula banyak kereta keluar nak balik kampung. Ida balik rumah terus rebus ketupat masak rending semua.hahaha. Nasib la barang dah beli awal..jadinya ada beberapa barang yang perlu beli. Nasib kedai buka walaupun dah pukul10 lebih. Dengan baju tak bergosoknya..sedangkan baju Ida baru siap sehari sebelum tu..aduh...

    bawa kiddos main bowling masa buka puasa kat luar..walaupun sedih tetap kena hiburkan hati.kiddos


Sampai kat Kedah Ida terus pergi rumah tok kat Jitra..disebabkan sampai memang dah lewat Ida tidur hotel je sebab selalu balik raya memang tak suka susahkan sesiapa. Lebih selesa tidur kat hotel je.

Balik dari Jitra baru la Ida jumpa ayah kat Sungai Petani lepas tu check in kat Bukit Mertajam sebab esoknya nak pergi rumah sedara lain pula di area sana. Sebab masa cuti memang pack..so terpaksa buat macam ni..kalau tak memang tak sempat nak jumpa sedara mara yang lain. Sebelum ke Bukit Mertajam tu..singgah dulu makan nasi kandar kat Sungai Petani. Dekat je dengan Amanjaya. Nak makan kat Penang tak sempat seban keluar dari rumah ayah pun dah waktu Magrib. Solat Jamak siap-siap bertolak pergi sana. Bandar Sungai Petani pun dah jammed apatah lagi atas highway..nak taknak kena redah je sebab memang nak makan nasi kandar.


Semalam pun anak-anak dah mula bersekolah semula dan hari ni Ida baru sempat nak update media sosial. Pinggang Ida dari hari balik Jumaat tu sakit sampai hari ni..selalunya tak pernah sakit kalau balik ke kampung tapi kali ini sakit mungkin sebab terkejut..nak kena buat semua sekaligus. Ini pun dah ok sikit..kalau tak nak solat pun menangis la jugak

Apa-apa pun dikesempatan ini Ida nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN..


Dah tak perlu pakai mask tapi SOP jaga ye..jangan terlalu selesa. Virus covid tu masih ada...stay safe

You Might Also Like

2 penggomen

  1. Salam takziah untuk Ida dan famili. Selamat hari raya. Sakit pinggang maybe sebab banyak berjalan

    ReplyDelete