REVIEW: SCOTT CALORIE ABSORD PREMIUM TOWEL

8:55:00 AM

Assalammualaikum...


Masa balik raya ke Kedah hari tu, Ida ada dapat barang untuk review. Actually Ida memang selalu dapat barang review atau free sample dari HomeTesterClubMalaysia dan Try and Review. Kalau korang buka FB dan IG...korang boleh sign up kat situ.

Bestnya macam-macam korang boleh dapat asalkan nanti uolls review je dalam media sosial korang. Macam Ida akan review dalam socmed kemudian Ida akan share juga dalam blog. At least ada content nak buat kan dalam blog ni. Takde la berhabuk sangat. Hahaha

SCOTT CALORIE ABSORB PREMIUM TOWEL

Ida memang selalu je beli tisu dapur dari Scott ni sebab memang bagus. Selalunya Ida beli yang bundle warna merah tu. Kebetulan kali ni sample yang ni pula. Wah macam suka pula.

Serius best tisu dapur ni....

Scott Calorie Absorb Premium Towel ini sangat bagus digunakan untuk kegunaan di dapur. Ia memang sangat membantu untuk menyerap lebihan minyak terutamanya pada makanan yang bergoreng. 


Selain itu ia juga digunakan untuk menghilangkan gris pada kuali, mencuci gris pada dapur, dan mengelap lebihan air pada sayur-sayuran dan buah-buahan.

Dengan bahan yang diperbuat daripada 100% Virgin fiber dan extra thick fiber tech yang sememangnya dikhasnya untuk penyerapan minyak yang lebih baik

Menyerap minyak dengan baik ke???


Yes...sangat menyerap. Kalau korang selalu buat makanan bergoreng..guna la tisu dapur ni. Sehelai je pun dah cukup..tak perlu guna banyak tisu.

Tak percaya uolls boleh tengok dalam tiktok atau IG Ida. Boleh la follow ye sekali..nanti Ida follow korang balik.



Korang boleh dapatkan SCOTT CALORIE ABSORB PREMIUM TOWEL di mana-mana kedai berhampiran atau boleh beli secara online.

You Might Also Like

0 penggomen