Assalammualaikum...
Cerita pada entry lepas, Ida percuti short vacation di Genting Highlands. Balik dari sana Ida singgah di Genting Strawberry Leisure Farms. Kat sana ada jugak Mini Cameron tapi Ida just singga untuk beli pokok kaktus je. Kalau nak ke Cameron Highlands lagi jauh perjalanan kan. Tak boleh jadi short vacation tu.hehehe
Genting Strawberry Leisure Farms ni terletak di Bandar Gohtong Jaya. Kalau uolls tak nak check in di hotel kat atas sana seperti First World atau Awana boleh check in dekat bandar ni. Area Strawberry Leisure Farm ni pun ada hotel-hotel murah.
Di sini uolls boleh la rasai jugak kutip buah strawberry sendiri. RM8 untuk 100 gram. Boleh la bagi anak-anak rasai pengalaman. Tak nak kutip banyak-banyak pun takpe. Nanti di kaunter dah ada strawberry yang baru diorang kutip. Jem strawberry, goodies semua ada.
Genting Strawberry Leisure Farms
No. 1, Lot 3707, Jalan Jati 2, Bandar Gohtong Jaya,, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang, Malaysia.
Operation Hours: 9AM– 6:30PM
Contact Number : +60 3-6100 1152
Cerita pada entry lepas, Ida percuti short vacation di Genting Highlands. Balik dari sana Ida singgah di Genting Strawberry Leisure Farms. Kat sana ada jugak Mini Cameron tapi Ida just singga untuk beli pokok kaktus je. Kalau nak ke Cameron Highlands lagi jauh perjalanan kan. Tak boleh jadi short vacation tu.hehehe
Genting Strawberry Leisure Farms ni terletak di Bandar Gohtong Jaya. Kalau uolls tak nak check in di hotel kat atas sana seperti First World atau Awana boleh check in dekat bandar ni. Area Strawberry Leisure Farm ni pun ada hotel-hotel murah.
Tiket masuk ke sini tak silap Ida RM15 dewasa RM10 kanak-kanak. Harga dah naik berbanding dulu kalau Ida baca review dari blog lain.
Mulanya masuk nampak macam kecil je, tapi bila dah pusing..wah besar jugak sebenarnya. Bukan la seperti Cameron Highlands yang tempatnya semua besar seperti ladang strawberry, bunga-bunga semua, madu pun ada. Tapi kat sini macam semua tu diletakkan pada satu tempat.
nak jugak selfie
Nak bergambar kat sana pun agak cantik jugak. Terpegun dengan keindahan bunga-bunga kat sana. Cantik sangat kalau bergambar. Ada jugak bunga-bunga yang baru nak mekar.
Aqil tak cukup tinggi nak bergambar. Nampak separuh muka je.hehehe
Bawah ni ada video pendek pemandangan kat sana
Siapa yang ke Genting Highlands boleh la singgah sini sebentar untuk rasai pengalaman.
No. 1, Lot 3707, Jalan Jati 2, Bandar Gohtong Jaya,, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang, Malaysia.
Operation Hours: 9AM– 6:30PM
Contact Number : +60 3-6100 1152