RASAI KESEJUKAN DI SNOW WORLD,WINTER WONDERLAND GENTING HIGHLANDS

Assalammualaikum...

Siapa yang teringin nak rasai musim sejuk bersalji di Malaysia boleh la ke Snow World, Winter Wonderland di Genting Highlands.

kredit photo to Borakkita.com

Bukan la seperti di negara luar yang ada salji turun di langit, salji tebal tapi seakan-akan salji seperti di sana, uolls boleh la datang ke sini. Selalunya Genting Highlands memang famous dengan taman tema permainan ia yang gempak-gempak tu. Ida dah pernah pergi masa bujang dulu, so game-game yang gempak tu dah pernah main.

Snow World, Winter Wonderland ni terletak dalam First World Plaza Resort dekat tingkat 2. Tiket masuk ke sini hanya RM50 seorang dan diberikan kelengkapan seperti jaket, sarung tangan, dan kasut bot. Macam Ida dah pakai sport shoes so tak perlu tukat kasut bot. So yang datang dengan pakaian simple atau selipar, tak perlu risau dalam tu semua diorang dah sediakan. Tak silap tiket masuk kalau beli secara online lebih murah so uolls boleh check dulu okay!

Snow World ni berkeluasan dalam 22,800 kaki persegi dan boleh memuatkan 250 orang dalam satu satu masa. Memang nampak besar jugak la.


Bila masuk tu memang rasa dah sejuknya. Macam dalam peti beku orang simpan makanan tu. Memang sejuk sangat. Masuk sekejap pun dah rasa beku tangan. Masa hanya diberikan 30 minit je masuk tapi rasa macam lama jugak sebab sejuk sangat. 








Dalam tu ada rumah iglu, kalau masuk memang rasa panas sikit. Selain dari main salji ada  juga seni helah 3D dan kawasan mesra foto di dalamnya misalnya iglu, English Tea Shop, French Bakery dan Italian Pizzeria.

Ramai yang tak tahan sejuk akan terus keluar. Waktu masa dah nak tamat tu boleh diorang buka gelongsor untuk bermain. Wah..si abang berani nak main. Mula risau juga sebab dia kurus badannya. Dah dia nak naik jugak, so bagi jelah. Nasihat suruh pegang kuat-kuat pelampung tu. Seronok dia! Ida pun ambil peluang nak main jugak. Yelah bukan selalu pun dapat main macam ni kan.

Hah ko...kemain laju. Dah nak sampai bawah tu terangkat sikit sebab berlaga sesama batu sebelah tu. Tengok la video bawah ni.


Jadi uolls kalau nak rasai musim sejuk bersalji ni boleh la ke Snow World, Winter Wonderland Genting Highlands ni. Masa Ida ke sini suhunya -4C tau! Fuh sampai meleleh air hidung ni.hahaha

Selepas dari Snow World tu, Ida berjalan-jalan di sekitar plaza ank mencari tempat makan. Last-last pegi makan di foodcourt. Nasi Lemak pun dah RM20+..hahaha


nasib la masa ni tak buka sebab ada hari tertentu je buka. Kalau tak memang ajak budak2 ni masuk sekali. hahaha


kalah supermodel kalau posing



dapat jugak la naik kuda pusing ni. Layankan je. Satu tiket RM10. Pergi dekat kaunter untuk beli tiket game ni. Siapa yang beli pakej die lebih murah, semua boleh main



Post a Comment

29 Comments

  1. Uiksss bawak budak-budak memang seronok la..gi pulak musim2 skrg ni hehhe terasa lebih kesejukannya

    ReplyDelete
  2. masa kecik saya pernah masuk.. still ada x gelongsor besar tu?

    ReplyDelete
  3. tak payah pegi jauh jauh nak main salji dalam malaysia je pun dah ada haa

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak pi naik Genting. Memang ada plan nak bawak Anak-anak cuti sekolah nanti. Ok laaa RM50 sorang tu kannn, setakat nak merasa salji dan sejuk. Kalau pi overseas bebetul, mau cecah RM5k sorang termasuk semua.

    ReplyDelete
  5. Seronoknya main salji. Hehe, saya selalu kalau nak rasa sejuk, bukak peti ais luas2, stay kt depan tu je. Haha tpi masa kecik jelah. Sbb aircond pun tkde kt rumah. Tu je lah konon2 nk rrasa pengalaman sejuk.

    ReplyDelete
  6. Seronoknyaaaa... saya pun baru je naik genting hari tu. Merasa la masuk Train To Busan tu tapi tak sempat plak masuk Snow World. Tapi murah jugak rupanya tiket ekk.. kalau tau gigih pergi masuk ritu

    ReplyDelete
    Replies
    1. best tak masuk train to busan. teringin nak msuk..risau ke anak2 je kang meronta nangis dlm tu..hahaha

      Delete
  7. dua tahun lepas naik genting snow world tgh renovate. Haha. Boleh lah lepas ni try lagi.

    ReplyDelete
  8. Dah lama x ke genting. Macam makin menarik dah tempat ni. Mesti banyak aktiviti yang boleh dilakuka bersama keluarga di sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..sama la dh lama tak naik. last naik msa anak2 msih kecik lg

      Delete
  9. pergi genting julai 2019 tak sempat ke sini sebab kami asyik kejar cable car and GHPO. huhu. mungkin next time bila anak dah besar boleh lah ke sini pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak dh besar boleh la masuk. kalau ank kecik masuk kesian plak sebab sejuk sgt

      Delete
  10. bestnyaa alahai.. snow world genting ni dah macam pergi tempat salji yang betul je kan.. kalau ada peluang nak jugak bawak anak2 ke sini..

    ReplyDelete
  11. Dah pernah masuk, memang sejuk gak lah..anak2 memang seronok lah kalau masuk sini, kiranya pengalaman untuk mereka yang belum peluang tgok snow betul2. Cuti sekolah ni memang bagus bawak anak2 jenjalan kat Genting

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..sejuk. anak2 kluar hbis berair hidung tu. ok la bw anak2 g cuti sek nnti

      Delete
  12. Hehe snow snow ni memang seronok lah. Saya pun belum pernah sampai ke sini. Cuma cuti sekolah ni mesti ramai orang kan? Thanks kongsi. Nak g one day.

    ReplyDelete
  13. ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
    dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
    segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q

    ReplyDelete
  14. Seronok bawa famili dan anak2 pergi percutian, inilah masa famili yang kami hargai! Selamat bercuti!

    ReplyDelete