CUBA MENU BARU DI JEBAT COFFEE

Assalammualaikum...

Dalam entry sebelum ini Ida ada kongsikan review tentang kedai makan baru berhampiran dengan rumah Ida kan. So dalam minggu ni dah 2 kali Ida pergi lagi selepas PKP.hahaha. Nak hirup udara luar..kesian kat kiddos asyik kena tinggal je duduk rumah kalau Ida keluar beli barang.


Sekarang ni Jebat Coffee dah ada menu baru tau. Serius..semuanya sedap-sedap. Ini Ida kongsikan gambar-gambar die ye.Hari pertama :

Menu macam biasa, kiddos akan order Char Kueteaw dan cheesy wedges. Dan kali ni cuba menu baru iaitu Chicken Burger. Burgernya simple tapi sedap dan puas makan sebab besar.





Hari kedua : Kebetulan masa ni Ida dah masak nasi..dah siap hidang lauk semua nak makan. Sekali buka periuk nasi tak masak, rupanya tak tekan.hahaha. Tak pasal-pasal kena makan luar.

Kali ni pun sama. Kiddos memang suka Char Kuewteaw. Lepas tu ada makan nasi lemak bungkus die. Sedap sambal die. Lepas tu ada juga try menu baru iaitu Taming Sari Coffee dan Korean Spicy Chicken. Sedap spicy chicken die..serius. Pedas-pedas manis. Walaupun pedas tapi nak juga makan lagi. Pedas die takat kat bibir je..bukan macam masakan melayu. Kalau pedas tu sampai ke dalam perut.

Ada 2 air coffee baru iaitu Taming Sari dan Cindai tapi hari itu Cindai Coffee dah habis. Bezanya..Cindai tu topping die coklat katanya dan Taming Sari tu topping die whip cream dan karamel. Takpe lain kali boleh try lagi..dekat dengan rumah je kan.hehehe


Nampak sedap kan Korean Spicy Chicken die. Puas hati makan


Taming Sari Coffee dengan Lekir Coffee





Makan semua licin masuk perut. Char Kueteaw tak sempat nak snap sebab dah lapar masa tu.hahaha. Kiddos makan pun sampai licin. Uolls kalau ke sini boleh la singgah sini makan, serius pun hati makan. Nanti boleh la kita hangout sama-sama :)


Post a Comment

23 Comments

  1. Menu Korean Spicy Chicken tu nampak sedap sangat. Janji ke kedai makan yang kena dengan tekak kita ye tak?.

    ReplyDelete
  2. boleh la try ni kalau berkesempatan ke area sana.

    ReplyDelete
  3. woow...the foods & drinks look so tasty yummy! I wanna pay a visit to enjoy the cheesy wedges especially in this cafe in my next trip to Terengganu, hopefully soon ya :D cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  4. kak, Jebat Coffee ni kat mana? Saya tak pernah dengar. cuma rasa nak cuba lah kak. sebab menyelerakan betul! ice blended tu tak leh bawa bincang. musim panas pula tu. mengundang!

    ReplyDelete
  5. Wah ada menu baru lagi ye dari Jebat Coffee. Siap ada Korean Chicken. Later nak try.

    ReplyDelete
  6. Agak lama tak makan ciken cop, nampak selera le pulakkk..
    Kalau anak Sis comfirm pilih ala Korea tu hehehehe

    ReplyDelete
  7. Kalau ada kesempatan, memang teringin nak try those coffees. The korean style chicken - am not a big fan haha
    Lawak bila kes masak nasi tak tekan tu - serupa dengan Rawlins.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..kan macam mana la boleh terlupa tekan periuk nasi tu

      Delete
  8. ya ampun cheese dia... mmg meleleh giler...suka tengok..makanan semua nampak menggiurkan dan sedap

    ReplyDelete
  9. Aihhh terliur tgk makanan semua. Nnt kalau smpi kemaman nak pi cuba lah.. Npk menarik benar menu2 nya.. Kopi dia tu hmmm terliur

    ReplyDelete
  10. perghhhh tengok dekat gambar pun dah nampak sedap kalau dapat makan konfim lagi sedap

    ReplyDelete
  11. Wahhh... semua makanan dia nampak sedap yee. Terliur Nina tengok ni. Tempat pun nampak menarik juga. Nnati kalau ada kesempatan nanti boleh lah try pergi makan sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat memang menarik..skrg dah ada lukisan baru kt dinding..datang la sini try makan

      Delete
  12. Jauh nau kat terengganu nuuu.. nanti dah boleh rentas negeri mmg plan nak ke sana.. boleh la masuk dlm wishlist tmpt menarik utk menjamu selera nanti..

    ReplyDelete