CHILI'S PIZZA BANDAR PUTRA KEMAMAN TERENGGANU

10:16:00 AM

Assalammualaikum...

Kali ini review lagi kedai makan berhampiran dengan rumah. Kedai ni dah lama buka tapi baru sekarang berkesempatan nak cuba. Kebetulan memang nak makan dekat dengan area-area rumah je. Malas nak makan di bandar.




Kali ini cuba pula di kedai Chili's Pizza. Kedai ini simple je..hiasan pun macam ala-ala barang IKEA nampak. Susunan meja die pun tak banyak..so memang tak sempit sangat la kalau ramai orang sekali pun.

Menu makanan die??

Macam francais yang lain tu..ada pizza, ada spagetti dan sebagainya. Rupanya ada menu lain dalam tu tapi tak perasan plak masa baca menu tu.

Menu we olls malam tu semestinya pizza la. Si Aqil tiba-tiba nak makan pizza plak dia kata. Malas dah nak pergi ke bandar tu.







Dalam menu yang Ida pilih ni ada :
  • 1 Pizza regular
  • 2 mushroom soup
  • 2 air coke
  • 1 curly fries
Total set ni RM33. Ok la kan..

Disebabkan budak-budak ni tak minum air gas so tukar la dengan air ice lemon tea so kena tambah duit la sikit. Garlic bread takde dalam set ni so kena add on.

Total makan malam tu RM37

Pizza yang Ida pilih tu Beef Pepperoni. Cheese die banyak serius tapi tak cukup la. Sebab size regular tu dalam 6 slice je. Kalau nak tambah cheese lagi baru tambah RM6 untuk size regular. RM5 untuk size personal.

Overhaul bagi Ida ok la kalau nak datang makan sini if terasa anak tekak tu nak makan pizza tapi malas nak ke bandar. Rotinya lembut cuma tak kena dengan anak tekak Ida ni. Garlic bread die sedap..buat sendiri. So terasa garlic die tu. Nampak la garlic die dicincang sikit tu.

Berapa star Ida bagi kali ni??

Ida bagi 3.5 star sahaja. Mungkin kena dengan anak tekak korang..mana tahu kan. Citarasa orang lain-lain.

Lokasi

CHILI"S PIZZA KEMAMAN
BANDAR PUTRA MAK LAGAM. 
(SEBELAH. BUNDLE IMAN SOPHEA) 
(SEDERET MADAM QUEEEN KEMAMAN)

Follow FB

You Might Also Like

23 penggomen

  1. Ok la tu harganya murah. Budak2 xmakan banyak. Hehe. Gpon pizza mengenyangkan jugak.

    ReplyDelete
  2. Betul tu harga tak mahal bolehlah pergi selalu sekala

    ReplyDelete
  3. Sedapnya pizza..leh la rekmenkan pd org2 yg stay area sana

    ReplyDelete
  4. okay sangat harga untuk set tu. union ring tu nampak sedap, dah lama tak makan hehe

    ReplyDelete
  5. Nie yang buat Rawlins cam nak makan piza plak. Perhaps untuk lunch esok boleh order piza la

    ReplyDelete
  6. Waaa bestnya dekat dengan rumah. Kalau Sis bahaya ni, ada jadi tempat melepak aje kejenya dan makan-makan. Pizza dia nampak sedap sangat...

    ReplyDelete
  7. Sepatutnya ada kenduri kat Kemaman nanti tapi nampak gayanya macam tak jadi jer.. Tapi takpe.. Mark dalam maps dulu siap2.. Hehehe..

    ReplyDelete
  8. Pizza stail mcm ni lg nikmat kan. Sedapnya tengok pepperoni tu. RM 40 kebawah dah ok sangat set gitu. Nyummy!

    ReplyDelete
  9. Mmg standard lah kalau set regular pizza harga gitu tp pizza dia nampak meriah sikit ya. Cheese dia mewah betul. Rasa teringin pulak nak singgah

    ReplyDelete
  10. Bestnya lamaa tak makan pizza rindu lah hehehehe best lah tengok semua menyelerakan harga pun berpatutan tapi kat Kl tak ada cawangan ker hehehehe...

    ReplyDelete
  11. The pizza is like loaded with cheese, looks so yummy. I like their curly fries too.

    ReplyDelete
  12. Bagi LH mahal juga tu harga tu untuk tu aje menunya. Tapi curly fries tu memang LH suka 😋

    ReplyDelete