WARUNG KUALI PANAS KEMAMAN TERENGGANU

10:32:00 PM

Assalammualaikum...

Mencari makanan lagi. Kali ini Ida pergi jauh sedikit dari kawasan rumah. Hampir ke bandar. Lokasi kali ini di Bukit Mentok Kemaman Terengganu. Asalnya sama juga nak makan je di sekitar rumah. Sampai sana je kedai tutup. Masa pun dah agak lambat sebab rancangnya nak keluar lepas Isyak sebab kedai dekat je dengan rumah. Sekali kedai tutup pula. Takde rezeki nak cuba makanan kat situ.



Kali ni di Warung Kuali Panas yang agak ramai juga orang datang makan kat sini. Kedaiya lot di bahagian hujung, so agak luas jugalah. Sampai sana seperti biasa memang kena ikut SOP ye. Scan code dan pakai mask.

Menu di sini memang banyak. Masakan melayu, western dan shellout. Shellout la paling famous kat sini. Harga pakej shellout ni tak silap dalam RM40 macam tu untuk 2-3 orang makan.Menu yang Ida pilih malam tu western gitu. Malas dah nak makan nasi sebab dah pukul 9 lebih masa tu.

Menu yang Ida pilih ialah:
  • Fried Chicken Chop RM12 atau RM13 dah lupa
  • Grilled Chicken Cheese RM15
  • Mee Kungfu
  • Air barli
  • Jus tembikai

Fried Chicken Chop

Grilled Chicken Cheese



Western di sini sedap dan banyak kuantiti nya. Selalunya bila makan western, french fries memang sikit tapi kat sini banyak ooo..puas hati makan. Yang tak puas hatinya makanan lambat sangat kat sini. Kalau masakan melayu cepat plak. Pekerja situ kata orang order banyak. Ok takpe Ida is tak kisah sangat pun. Puas hati la kalau makanan situ sedap dan banyak macam tu.

Bestnya order air jus tembikai kat anak-anak. Selalu order air jus memang akan bagi jus sahaja la kan. tapi kat sini jus tembikainya siap ada buah tembikai lagi yang dipotong dadu kat atas dia. Bukan sikit. Ada la dalam 7 ketul macam tu. Puas hati!

So siapa yang jalan-jalan di sekitar sini boleh datang makan di sini. Mana tahu memenuhi citarasa uolls kan.

Lokasi

Warung Kuali Panas Kemaman
buka jam 5.30ptg-1pagi
SETIAP JUMAAT CLOSE
Bandar Baru bukit Mentok Kemaman Terengganu


Follow FB

You Might Also Like

37 penggomen

  1. Tak pernah kalau order jus tembikai ada kepingan tembikai di atsnya. Kira dua dalam satulah ni, sedut jus, kunyah buah.

    ReplyDelete
  2. Wow the food looks really good. The watermelon juice must be tasty with the fruit cuts in it right? Wil check this place out.

    ReplyDelete
  3. Chicken chop dia murah tu portion pun banyak. Jus tembikai kalau ada buah dia lagi sedap.

    ReplyDelete
  4. Woah that's really affordable, the chicken chop looks delicious, makes me drool!!

    ReplyDelete
  5. Sedapnya dapat minum jus tembikai yang ada kepingan buah. Sambil minum sambil kunyah buah. Ala-ala Tealive gitu.

    ReplyDelete
  6. rinduuuu terengganu. macam biasa makanan sana semua sedap2 harga pun murah. berbaloi2

    ReplyDelete
  7. Nampak menarik semuanya. Teringin sisyat nak cuba. Sekali bila tgk alamat, jauhnya nak p.
    If ada cuti2 Malaysia kat tganu, boleh la cuba kan ☺

    ReplyDelete
  8. I am drooling looking at the Grilled Chicken Cheese. macam so so yummy la I wish I can travel there to eat now

    ReplyDelete
  9. Banyaknya portion chicken chop tu.. Sedap pulak nampak.. Tengok2 kat Terengganu, dah berapa tahun lamanya la tak pergi Pantai Timur. Makanan murah dan berbaloi-baloi.

    ReplyDelete
  10. Grilled chicken cheese tu sedapnya. Meleleh. Tapi kat Kemaman la pulak. Jenuh la nk menunggu bila pkp nak habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bertabahlah..hehe..kalau dtg sini jangan lupa singgah makan

      Delete
  11. Okay next time ikut Suami ke Paka, nak singgah masuk Kuantan makan sini laaa... kadang Sis bermalam gak di Kuantan ..

    ReplyDelete
  12. Wah air buah ni nmapak menggoda.. Grilled chicken tu kiah dia penuh ye.. Memang nampak sedap semuanya.. Nama kedai pun unik

    ReplyDelete
  13. so sedap and affordable. love these warungs for their traditional and delicious food!

    ReplyDelete
  14. Fuhhh.. Murah tu shellout dia. Portion utk menu western tu pun byk. Next time kalau ada ke Terenggganu leh la singgah sini

    ReplyDelete
  15. Rindunya nak ke Terengganu, mujur sebelum PKPB br blk dr Ganu. Hehe.. lain kali ke sana boleh la singgah sini. Nampak menarik

    ReplyDelete
  16. kalau sedap lambat pun tak pe. lagi2 ramai yang order.kalau kedai tu ada foodpanda lagi lambat.hahah

    ReplyDelete
  17. Would love to try this with my bf one day! The food looks nice! But in Terengganu! Hope one day can go visit!

    ReplyDelete
  18. Kak klu gi jln2 ke mana2 negeri, cari tempat makan yg sedap2 dulu bab shopping2 ni kurang

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita.bab shopping kurang sikit. kalau bab makan laju je

      Delete
  19. Semua nampak sedap ooo.. kalau pegi kemaman boleh singgah

    ReplyDelete