REVIEW: JEBAT COFFEE DI KEMAMAN TERENGGANU

9:46:00 AM

Assalammualaikum...


Masa Hari 1 Malaysia baru ini Ida ada singgah di sebuah cafe berhampiran dengan rumah. Kedai ni masih baru lagi dibuka. Kebetulan pada hari itu si Asyraf gigi gerahamnya nak tercabut. Nak tarik tak boleh sebab gigi geraham kan. So fikir malam tu nak pergi klinik cabut gigi.



Kemain pergi ke klinik lepas magrib tu, la semua klinik tutup rupanya. Terpaksa la suruh die tahan sampai pergi klinik hujung minggu nanti. Sudahnya esok tu gigi die dah tercabut sendiri lepas die goyangkan.hahaha. Selamat duit. Actually gigi tu memang dah nak cabut sikit lagi tapi susah nak tarik, tu nak bawa die pergi klinik risau tertelan gigi tu masa makan atau tidur.

Dah klinik tak buka, masing-masing dah kata lapar. So kitorang pergi la cuba ke kedai baru area rumah ni. Kedainya bahagian hujung sekali. Memang bangunan kedai ni masih baru. Jadi memang tak ramai orang lagi yang familiar dengan tempat ni. Dan banyak juga kedai-kedai baru yang dibuka kat sini.





Menu di sini masih tak banyak tapi ramai yang datang juga sebab coffee die memang sedap dan makanannya pun boleh tahan sedapnya juga. Kalau malam nak lepak kedai, tak tahu nak makan apa boleh datang lepak dan makan kat sini. Santai-santai bersembang dengan kawan-kawan dan minum coffee sini mesti best kan. Ala-ala Starbuck gitu.


Ini antara yang kitorang try malam tu..

Air Milo tabur


Tuah Coffee ( Hazelnut )


Jebat Coffee ( caramel+vanilla )


Char Kuey Teow biasa
(recommended)


Potato Wedges

Ini menu-menu yang ada kat Jebat Coffee ni. Macam Ida cakap masih tak banyak pilihan yang ada tapi masih sedap untuk cuba lagi. Insyallah dengar kata akan masuk makanan western kat sini. So kita tunggu dan cuba nanti k..






Boleh singgah jenguk page Jebat Coffee

FB page : https://www.facebook.com/Jebat-Coffee-104594121369704

Waktu beroperasi : 5 petang - 12 malam
Lokasi: berdekatan DIY Mak Lagam
Waze : Jebat Coffee
Hubungi : 01133256929




You Might Also Like

50 penggomen

  1. Wah! Nampak sedap ni. Bila lah agaknya akan ke Ganu ni bole la cuba huhu

    ReplyDelete
  2. Wah tempat baru ye! Sy kalo nampak coffee je mmg rasa semua sedap haha..kalo ke Kemaman leh la singgah sini

    ReplyDelete
  3. air milo tabur tu nampak sngt la terliur.. sedapnyaa.. jarang dah nak ada kedai yg guna real milo.. coco bykkk

    ReplyDelete
  4. Saya tak minum kopi, tapi milo tu memang nampak best. Kalau ke Kemaman nanti, saya akan cuba.

    ReplyDelete
  5. Wow.....menarik nyer cafe Jebat nie. I like the name. Sebelum Ini dah ada kopi jenama Hang Tuah. Hehehe.

    ReplyDelete
  6. Jebat Coffee tu nampak mengancam betul! Dan pelayan dia semua pakai tanjak ya? Menarik!

    ReplyDelete
  7. Dekat gak ni .. Baru2 ni KakYa g DIY nampak kedai ni penuh orang. Tertanya tanya jugak best ke kat sini. Aaa nanti nak pegi jugak laa bawak anak2.

    ReplyDelete
  8. Wow ganu kiter. Dekat dah ni dengan kampong kite kuala ganu. Nanti boleh singgah. Tak tahang tengok kopi dia rare sikit. Tak bosan la pekena

    ReplyDelete
  9. pernah dengar jebat coffee ni tapi belum pernah cuba. nak plan jjcm terengganu boleh la cuba

    ReplyDelete
  10. Klu sampai Ganu nie boleh lah cuba..keoy tew nampak sedap...cafe pun nampak menarik

    ReplyDelete
  11. Rindunya Kemaman walaupun hanya spent 4 bulan kat KSB zaman internship dulu2. Akhir tahun ni akan ke Kemaman lagi attend kenduri so boleh la try Jebat Coffee ni...

    ReplyDelete
  12. Seronok tengok nama menunya Tuah dan Jebat. Baguslah sebegini - usaha mengekalkan sejarah negara kan. Dah la lazat ye tak

    ReplyDelete
  13. Wah nama dia buat org mmangil nak cuba.. Hehee.. Tapi tu la area sana jauh pulak nak pergi.. Kita tengok gmbr jela. Menu pun nampak sedap..

    ReplyDelete
  14. Nampak unik pekerja pakai stanjak. Hehe. Skrangkan trend. Potato wedges tu favourite ena nampak menyelerakan je tengok limpahan cheese

    ReplyDelete
  15. mata tertarik dengan Char Kuey Teow tu.. nampak menarik konsep kedai ni..

    ReplyDelete
  16. Mula-mula baca nama cafe pun saya dah tertarik, Jebat Coffee, memang catchy gitu... tengok Air Milo Tabur dan Char Koey Teow tu perghhhh, menyelerakan sungguh... anak-anak saya confirmed suka la menu cenggini...

    ReplyDelete
  17. Okay mesti cuba lh kopi ni nnt kalau pegi terengganu. Nampak sedap dan harga pun berpatutan

    ReplyDelete
  18. kat mana ni awak? lokasi info elok letak penuh. DIY tu kat mana.. i love coffee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat mak lagam. kawasan bandar putra. belakang kedai diy je

      Delete
  19. Tuah n Jebat pun ada. Klasik betul. Cheese atas wedges tu buat orang ngences.

    ReplyDelete
  20. Menu tak byk takpe janji sedap kan. Kalau sedap sure org akan dtg balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..kang kalau bnyk sgt tak sempat plak memasak kan

      Delete
  21. nampaknya harga tu berpatutan. janji sedap n layanan segera. pasti ramai org yg dtg....

    ReplyDelete
  22. cantik la cafe tu , trendy sangat 😍

    ReplyDelete
  23. Wah all their food and beverages look so tempting even the char kuey teow pun nampak sedap.

    ReplyDelete