BELAJAR MENGENAI URUSKAN KEWANGAN DAN BISNES DALAM PERMAINAN

 Assalammualaikum...

Kadang kala teringin juga kan nak buka satu bisnes tentang makanan. Buka kedai runcit atau kafe kan. Tapi semua tu memang perlukan ilmu dan kena ada modal yang agak besar. 

Kalau masa kecil mungkin korang macam Ida suka main game tentang bisnes makanan ni. Uruskan restaurant, kedai runcit, menjual makanan dan banyak lagi. Hah apa kata korang cuba main game tentang bisnes ni atau uruskan pembelajaan korang di Money games



Di dalam ni semuanya korang boleh main secara percuma tau dan yang penting anak-anak pun boleh main. Macam Ida memang suka main game online macam ni, saja untuk hilangkan rasa bosan masa tunggu anak kan atau sambil-sambil menunggu sambal masak atas dapur.haha.

Dalam ni ada macam-macam permainan mengenai bisnes dari segi uruskan kewangan, modal dan semuanya tau. Menarik kan


Jadi jom Ida nak kongsikan beberapa game untuk korang main nanti.

COFFEE SHOP




Hah pernah tak korang rasa nak buka kedai kopi tak? Tambah siapa memang coffee lover mesti teringin kan. Sekali sekala berangan dengan main game pun jadi la kan.



Nanti dia akan berikan modal dan korang kena pandailah handle pembelajaan korang





bila dah habis kena kira keuntungan korang pula. Rugi atau untung. Lepas tu sambung keesokkannya pula.





Mungkin korang teringin nak buka kedai makanan di tepi jalan. Ini pun korang boleh juga main dalam ini.



Yang penting korang kena cepat tau nak memasak dan uruskan pelanggan. Sama macam korang kalau order makanan, mesti la nak makanan cepat siap kan.





Korang pencinta haiwan mungkin teringin nak buka kedai pet shop kan. Cubala main game ini pula. 


jaga haiwan seperti korang jaga haiwan sendiri supaya akan berpuas hati dengan perkhidmatan korang



HIDDEN FOOD


Mungkin juga main permainan santai seperti Hidden Food ini. Cari barang-barang yang tersembunyi dalam skrin.





Jadi macam mana? Best kan permanan dalam Money Games ini. Bukan sahaja kita boleh main permainan ini, malah anak-anak pun akan seronok bermain. Biar mereka pandai uruskan kewangan dalam bisnes ini. 

Menarik kan?

BANJIR TERENGGANU 2022 #prayforterengganu

 Assalammualaikum..

Minggu ni agak tidak banyak update apa-apa sebab hujan yang berterusan. Di sebabkan hujan yang berterusan minggu lepas, air naik dan menyebabkan Isnin baru ni bekalan elektrik terputus. Dari pukul 4 pagi bekalan elektrik terputus sehingga 2 pagi keesokkanya baru la ada elektrik. Alhamdulillah

Ada je beberapa orang yang check in hotel berdekatan sebab ada anak-anak yang masih kecil takut kepanasan. 

Buat masa ni kawasan rumah Ida tak naik air, kecuali laluan nak masuk ke sini memang air dah sampai ke atas jalan. Kawasan-kawasan lain ada yang sudah naik air yang agak tinggi.


kredit: Kosmo Digital


Peliknya banjir tahun ni, kawasan yang selalunya naik air tak banjir tapi kawasan yang tak pernah naik air, banjir tahun ni rumah diorang termasuklah rumah mertua Ida. Banjir pada tahun-tahun sebelum ni memang tak pernah naik air, tapi tahun ni air masuk ke rumah sampai paras buku lali.

Terkejut mertua Ida nak bangun tahajud, kaki tenggelam masuk dalam air. Air masuk tak siapa pun yang sedar. Nasib baik la air cepat surut tapi memang habis barang yang rosak sebab memang tak jangka akan naik air. 

Malam Isnin tu memang air di kawasan rumah, penuh longkang dan naik ke atas jalan sedikit. Keesokkannya alhamdulillah air surut tapi petang semalam, air naik semula. 

Dalam anggaran malam semalam, air dah surut dan pagi ni pun nampak cerah tapi sedikit mendung. Masih dalam keadaan berjaga-jaga sebab jangkaan air pasang besar akan naik sehingga 3.8kaki. Mudahan takda apa-apa jadi kat sini sebab memang masing-masing orang dalam taman akan pantau setiap masa. 

Rata-rata ibu-ibu dalam group sekolah sendiri bagitahu rumah diorang tak pernah banjir, tahun ni air masuk ke dalam rumah. Selalunya air hanya setakat depan rumah sahaja. 

Mudah-mudahan cepatlah air surut dan hujan berhenti. 





SWIPEL: PENYEMBUR SERAI WANGI DARI AFY HANIFF

 Assalammualaikum..

Perkara biasa yang berlaku di rumah bila ada banyak semut, lipas terutamanya semut la di bahagian dapur mahupun di atas meja. Kadang kala masalah ni akan jadi lebih teruk bila semut ni mula hinggap kat dalam makanan yang ada di atas meja.

Kali ini Ida nak kongsikan produk baru lagi dari AFY Haniff iaitu Swipel Serai Wangi yang dapat membantu atasi masalah serangga di dalam rumah. Selain itu ia juga dapat membunuh 99.9% kuman di atas sebarang permukaan. 




Korang juga boleh gunakan Swipel Serai Wangi ini untuk membersihkan minyak dan gris terdapat di atas dapur korang. Hanya spray dan lap sahaja. Swipel Serai Wangi ini ada di dalam botol 375 ml yang terdapat juga packaging untuk korang refill nanti. yang bersize 500 ml so memang akan lebih jimat kan.

botol yang sangat mudah untuk disembur


pek refill uintuk lebih menjimatkan


Bau die pula memang sangat wangi. Serai Wangi kan..memang sangat wangi dan serai memang sangat sesuai digunakan untuk halang serangga di ada di dalam rumah korang.



Ini ada mini botol yang senang kalau korang nak bawa ke mana-mana atu letak di dalam kereta.


Korang boleh dapatkan Swipel Serai Wangi ini di supermarket berhampiran atau boleh juga membeli secara online


HUJAN BERTERUSAN MINGGU INI

 Assalammualaikum..

Macam tempat korang beberapa hari ni? Hujan atau panas? Termasuk hari ini, hujan masih berterusan. Berhenti sekejap, lepas tu sambung hujan lagi sampai ke malam.

Tengok pada beberapa tempat dah mula naik air. Memang sekarang ni musim banjir, hujan berterusan. Kawasan rumah mana yang memang mudah naik air, memang selalunya akan buat persiapan awal-awal. Alhamdulillah kawasan rumah Ida memang bebas banjir.




Anak-anak pun masih belum sihat. Alhamdulillah si Aqil dah tak cirit-birit tapi masih batuk. Si abang pula masuk hari ni dah 4 hari demam. Ida pula mula rasa batuk, rasa tak sihat tapi kena kuarkan badan juga sebab nak uruskan anak-anak, si bulus-bulus. 

Kesian kucing-kucing Ida tak boleh nak keluar musim hujan ni. Kesian kat diorang. Tapi yelah risau nanti diorang selsema pula. Tapi si bulus-bulus ni kalau hujan diorang tak suka. Keluar sekejap nanti terus nak balik.

Nak pergi berjalan pun tak boleh sebab anak-anak masih belum sihat. Tambah musim hujan ni, nak berjalan pun tak best.

Nak pergi tengok movie Mechamato la nanti..ramai kata best ni.

Korang dah pergi tengok ke?

NERISH: A PRECIOUS PRESENT FOR YOUR SKIN

 Assalammualaikum..

Ada banyak produk Korea yang sebenarnya agak sesuai dengan kulit kita di Malaysia ini. Salah satunya ialah Nerish. Malah Nerish ialah salah satu produk skincare dari Korea yang sangat sesuai untuk korang yang ada kulit sensitif.




Biasa la kalau siapa ada masalah kulit sensitif ni memang agak sukar nak pilih skincare yang sesuai dengan kulit. Lebih teruk lagi bila ada skincare yang boleh menyebabkan kulit menjadi kemerahan dan semakin teruk.



SOY CERAMIDE BARRIER AMPOULE


Soy Ceramide Barrier Ampoule yang membantu tekstur kulit yang lebih baik, melembapkan kulit dan mengurangkan kedutan. 

Kandungan 82.8% Jeju Soy Bean Water yang membantu untuk ia dapat diserap ke dalam kulit dengan lebih cepat.

Ia tidak akan irritasikan kulit dan teksturnya yang creamy menjadikan kulit akan lebih lembut dan hidrat.

link Shopee:  Soy Ceramide Barrier Ampoule

link Lazada : Soy Ceramide Barrier Ampoule


PARSLEY CALM GREEN SUN CREAM


Parsley Calm Green Sun Cream membantu menghalang sinar UV dan blue light dari merosakkan kulit. Tiada pewarna hijau digunakan. Warna hijau dan baunya dari bahan semulajadi jadi ia tidak akan irritasikan kulit.

Bagi Ida bau dia wangi nak macam mint sikit dan warna hijau die tidak la terlalu terang.

link Lazada: Parsley Calm Green Sun Cream

Oh nak tahu tak...



Set ini boleh dijadikan sebagai hadiah sesuai dengan temanya "A Precious Present for Your Skin". 

link Shopee: Shopping bag



Dapatkan produk Nerish bersama shopping bag di Shopee dengan menggunakan kod "BEAU1004" dan QR code ini di Lazada




MINGGU YANG AGAK SIBUK

 Assalammualaikum...

Hari ni hari terakhir persekolahan untuk anak-anak. Alhamdulillah cuti sekolah akan bermula pula.

Anak Ida si Aqil tu termasuk hari ini tak ke sekolah sebab demam dan cirit-birit tiba-tiba. Hari Ahad baru ni tiba-tiba demam panas. Mulanya ingat sebab Sabtu tu selepas hujan panas, anak-anak terus sibuk nak main kat luar. 

Esoknya demam dah kebah, dia mula cirit-birit pula sampai hari ini. Tak lah terlalu kerap tapi dia takde selera nak makan. Dua hari baru ni start batuk pula. Dah bagi makan ubat cirit-birit pun masih sama. 

tak bagi makan ubat batuk klinik. Bagi cap ibu anak je. Agaknya bagi makan ubat cirit-birit pun jadi ngantuk

Nak kata keracunan makanan tak juga sebab memang tak kemana pun minggu ni, keluar hantar ambil anak sekolah je. Makan kat luar memang taklah. Beli pizza hari tu, makan semua ok je. Lagi satu dia sorang je, yang lain semua ok. 

Tak tahu sebab apa, makan pun paksa juga dia makan walaupun sikit. Nasib la air tu memang dia kerap minum. Lepas tu mula la kerap ke tandas nak kencing. Mulanya ingat dia demam tu sebab nak buang demam panas tu. Tapi sama je..demam dah kebah pun. Bila batuk tu, mula lah nak muntah. Semalam check rapid test, negatif covid. Risau juga kalau demam denggi tapi takde pun ruam-ruam kat badan dia.



Si Abang pula dah habis UPKK..kelmarin dulu sekolah ada buat sukaneka. Agaknya nak ganti Hari Sukan sebab tak buat tahun ni. Jadinya abang dia dapat la medal..si adik tak dapat. Kesian kat dia sebab dari minggu lepas bersemangat dia nak main sukaneka. Bagitahu kat rumah cikgu suruh berlatih main isi air dalam botol guna span. 

Doakan si Aqil cepat sembuh. Aamiin


BERAKHIR EXAM UPKK TAHUN NI

Assalammualaikum...

Alhamdulillah semalam berakhir exam UPKK si abang tahun ni. Hari tu bulan 11 ujian percubaan UPKK alhamdulillah dapat 6A 2B. Untuk exam betul tu berharap dia boleh buat yang lebih baik.

Memang agak sibuk Ida nak ulang alik dan hantar tambah si adik dia pun masih bersekolah petang tahun ni dan tahun depan. Memang agak rushing juga nasib la tak jauh mana pun rumah.



Minggu lepas sebelum exam UPKK memang ustazah dia kat KAFA ada buat kelas tambahan waktu malam. Nasib la sepanjang UPKK ni cikgu dia takda latihan bola baling kalau tak memang berulang alik la. Kesian sama kat si abang, tapi tu la. Semua sukan kalau boleh nak masuk. Aduh..hari tu pergi lawan bola tampar. Ini ada latihan untuk pertandingan bola baling pula untuk umur 12 tahun ke bawah untuk perlawanan tahun depan.

Untuk exam UPKK memang Ida agak risau sebab si abang ni jenis malas sikit nak ulang kaji.hahaa. Tapi memang tahu dia boleh jawab soalan cuma dia ni tak selalu fokus. Ida pesan banyak kali kalau nak jawab soalan tu baca dulu soalan betul-betul bagi faham. Semak balik jawapan.

Dalam kelas pun sama even tuisyen. Memang dia boleh jawab soalan tapi tak fokus. Seolah macam bawa soalan separuh jalan dah terus jawab soalan. Kadang kat rumah dia pun sebab macam ni la. Soalan tak habis tanya dah jawab..mana la tak kena marah dengan Ida. Aduh..pening Ida si abang ni nak membesar dah nak masuk remaja tak lama lagi. Besar dah anak aku ni....dah tua la aku.hahaha

Minggu ni dah last sekolah lepas tu akan cuti sekolah. Anak-anak dah bising cuti ni nak ke mana. Tambah hujung tahun ni time musim hujan malas nak ke mana sebab kalau ke luar, hujan jadi tak seronok nak berjalan. Betul tak?

Kalau nak bercamping pun tak best kalau musim hujan. Jenuh la nak membasuh khemah nanti.

So korang dah ada plan ke untuk cuti sekolah nanti?

RESEPI TEPUNG BUNGKUS

Assalammualaikum...

Siapa yang tak suka kan dengan tepung bungkus. Rasa berlemak di luar dan manis di bahagian dalam. Kalau inti die sedap..luar die rasa berlemak dan lembut memang sedap sangat tau.

Ida belum pernah masak lagi resepi ni sebab nak mencara kelapa parut agar susah kat kawasan ini. Jadi Ida kongsikan resepi tepung bungkus untuk korang dulu ye.

Resepi Tepung Bungkus (12-14 biji)



Bahan-bahan:
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 sudu gula
  • 1 sudu kecik garam -- kalau rasa tawar boleh tambah sikit lagi

Cara-caranya:

Campur kesemuanya dan panaskan atas api sehingga likat dan berkilat .tutup api..

(inti kelapa manis)

1 biji kelapa parut
1 biji gula melaka
3/4 cwn gula pasir
1 sudu besar tepung gandum dibancuh dgn sedikit air sahaja
daun pandan disimpul

Cara masak inti kelapa manis

masak gula melaka, 3/4 cawan gula pasir daun pandan dgn sedikit air..masak sehingga gula melaka hancur...kemudian tapis..

masukkan kelapa parut tadi..kalau takde kelapa parut guna kelapa kering(kelapa kering tambah sikit air panas tuk lembapkannya) masak sekejap atas dapur..agak2 dah kering masukkan bancuhan tpg gandum tadi..masak sehingga ia lembap2 ..kemudian sejukkan

bulat2kan inti tersebut

daun pisang dilayur atas api...

masukkan dlm anggaran 2 sudu besar atau lebih secara memanjang atas daun pisang masukkan inti kelapa tekan sikit ke dlm dan lipat

kukus dlm 5-7 minit siap.

credit : Tahrunnisah Jali

BERTAMBAH USIA DAN GENAP UMUR HARI INI

 Assalammualaikum...

Alhamdulillah sekejap je masa berlalu dah masuk bulan Disember pun hari ni dan alhamdulillah genap umur Ida hari ni.hahaha. Kalau ikutkan tahun memang dah 34 tahun tapi hari ni baru la betul-betul masuk umur 34 tahun. Akhir bulan kan..biasa la tu.




Sepanjang tahun ni alhamdulillah rezeki review mencurah-curah dan nama pun dah mula naik. Dulu ada juga job review tapi tak banyak tapi tahun ni tiap-tiap bulan mesti ada sampaikan jadual bulanan memang penuh. Ambil masa nak ambil gambar, rekod video, tulis draft. Lepas tu nak kena submit draft pula ikut dateline yang client bagi.



Sejak laptop Ida rosak dan susah nak update blog, memang Ida banyak fokus pada media sosial terutamanya Instagram. Fokus nak naikkan engangement memandangkan banyak job dari sana dan tahun ni juga baru mula-mula jinak dengan Tik Tok dan Lemon8. Dulu memang malas nak buka akaun Tik Tok sebab banyak benda negatif dari situ tambah kiddos selalu main telefon Ida. Jadinya taknak la diorang nampak benda-benda tak elok.

Sebab ada beberapa job perlukan akaun Tik Tok sebab tu la Ida buka juga. Tapi tak terlalu fokus situ. Dah beli desktop baru jadinya semangat nak berblogging dan menulis blog mula bersemangat balik. Senang nak menaip di sini berbanding guna telefon. Memang boleh je nak beli keyboard bluetooth tu tapi ntah la macam tak best pula tengok screen kecil. Nak beli tablet masih dalam perancangan. Masih mengumpul duit..haha

Dah penghujung bulan ni Ida doakan semua impian korang ada yang sudah tercapai dan dipermudahkan segala urusan. Semoga dah ada rancangan untuk tahun depan pula ok..

Dan jangan lupa..stay safe and keep healthy ok. Kita masih berdepan lagi dengan virus covid19 setiap hari

HURIX'S ROYAL FLORA HONEY

 Assalammualaikum..

Semua orang tahu madu memang sangat bagus untuk kesihatan mahupun digunakan dalam perubatan. Madu ini telah digunakan sejak zaman dahulu lagi. Selain tu, ia juga digunakan sebagai agen pemanis, pewarna, perasa, dan menambah kelikatan dalam produk makanan. Dalam al-Quran madu disebut secara spesifik sebagai makanan ahli syurga dan di dalamnya mengandungi penyembuh penyakit untuk manusia.



Ida nak kongsikan produk madu dari jenama Hurix's. Hah selalunya jenama ni ada ubat batuk je kan. Tapi kali ini ada keluarkan produk madu ni pula. Madu ni boleh dikatakan sangat sesuai untuk semua golongan termasuk la kanak-kanak. 

Komposisi utama madu ialah gula, iaitu antara 95 hingga 97 peratus berat kering madu. Gula utama dalam madu ialah daripada fruktosa dan glukosa. Jadi ia manis bukan manis tak sihat tapi manis yang sihat.


Apa yang menariknya madu dari Hurix's ini ia didatangkan dengan packaging kecil macam ni jadinya ia sangat mudah dibawa ke mana-mana. Kalau nak bagi kat anak-anak pun senang, diorang boleh makan dalam tiub macam tu je.




Rasanya tidak terlalu manis dan keringkan tekak. Madu Hurix's ni bukan sahaja untuk kesihatan dan kecantikan kulit malah ia bagus untuk memperbaiki pola tidur kita. Perkara biasa bagi kaum ibu-ibu macam kita ni yang ada masalah nak tidur malam sekali sekala dek kerana kerja di siang hari dan uruskan anak-anak.

Hurix's Royal Flora Honey ini adalah 100% madu asli dan yang penting tiada pewarna, gula tambahan dan sebagainya. Ia boleh dimakan begitu sahaja atau korang boleh bancuh dengan menggunakan air suam.



Boleh dapatkan Hurix's Royal Flora Honey ini di mana-mana kedai berdekatan berhampiran atau beli secara online seperti di Shopee dan Lazada



REVIEW: RETAB ECO FRIENDLY HAND WASH

 Assalammualaikum...

Jika korang seorang mak-mak yang sangat mementingkan tentang bahan yang digunakan dalam sabun anak-anak, korang mesti akan suka dengan pencuci tangan dari RETAB ni. Semua orang tahu dalam setiap pencuci tangan memang kadang kalanya ada bahan-bahan yang merbahaya untuk kulit anak-anak.



RETAB ada salah satu pencuci tangan yang eco friendly. Sesuai untuk anak-anak mahupun untuk kulit sensitif. Kandungan PH yang neutral dan dalam bentuk cecair foam yang lembut. Walaupun ia dalam bentuk buih macam ni, ia dapat membersihkan setiap kotoran yang ada pada tangan. Kita ni memang sangat digalakkan untuk kerap mencuci tangan dengan baik supaya bakteria tidak merebak ke tempat lain. Tahu kan banyak bakteria yang mudah tersebar adalah melalui tangan kita kerana tangan kita la yang kerap untuk memegang banyak benda lain.

Apa yang menariknya tentang RETAB ni?



1. Mengurangkan kegunaan plastik dan karbon lebih dari 95%

2. Mengurangkan kegunaan botol plastik

3. Menjimatkan ruang

4. Bebas pewarna, bebas SLE, bebas Paraben

5. Bau wangi

6. Menjimatkan

Sebabnya botol RETAB ni diperbuat daripada acryclis glass yang tebal dan boleh digunakan berulang kali. Jadinya kita tidak akan menggunakan lebih banyak botol plastik di rumah. 

Set pencuci tangan ni didatangkan dengan sebotol gelas kaca dan beberapa tablet.

Ida suka guna hand wash lebih menjimatkan dari segi botolnya. Selalunya Ida akan beli botol yang baru dengan sabun die. Kalau ada botol kaca macam ni kan lebih jimat. Kita hanya perlu beli tablet untuk refill balik sabun tu.



Korang nak dapatkan 1 lagi extra tablet?

Hah gunakan kod Ida " freemummy1 " dan dapatkan 1 extra tablet dengan setiap pembelian RM50 ke atas dengan mana-mana pun produk.

Instagram : RETAB

FINALLY GET MY DESKTOP FOR WORKSTATION

 Assalammualaikum..

Setelah sekian lama. Kalau siapa yang perasaan dalam entry sebelum ni memang selalu Ida ada bagitahu yang tak dapat nak update blog sangat sebab laptop Ida rosak. Agak susah nak edit dan tulis blog dalam telefon. Alhamdulillah..akhirnya Ida dapat juga my desktop.

Kali ini tak beli laptop tapi ambil desktop. Sebabnya bukan selalu guna laptop di luar. Dan selalunya kalau keluar memang Ida tak hadap sangat dengan gadjet cuma guna untuk ambil gambar je. Lagipun memang Ida ada niat nak beli tablet pada masa akan datang. Jadi kita slow-slow je.


Alhamdulillah semalam desktop ni dah sampai. Dah siap setup semua hari ni juga Ida edit template blog yang baru setelah sekian lama menyepi. Terima kasih ada yang tegur sebab blog Ida macam agak berat mungkin sebab template yang lama.

Tapi agak kekok juga nak tengok skrin besar macam ni sebab dah lama tak guna komputer kan.hahaha. Selama ni tengok skrin laptop dengan handphone je. Set ni semua beli kat Shopee je..alhamdulillah seller balut dengan baik dan tiada apa-apa kerosakan. Warranty pun bagi sampai 1 tahun. Ok la tu kan. Free gift pun dapat


ambil jenis gaming..berwarna-warni



keyboard set sekali dengan mouse, speaker dapat free


Tapi mouse tu rosak..tak boleh nak scroll..boleh tekan kiri kanan je tapi takpe la kan barang free kan. Mouse die tu boleh beli lain.




So macam mana ok tak untuk my workstation kali ni. Lain macam nak buat kerja..nak jadi gamer pula ke..hahaha. Setakat main game biasa-biasa boleh la. Nak main Call Of Duty tu tak pandai.kih..kih. Oh seller ni siap installkan siap-siap Microsoft dengan beberapa game. Boleh request je kat seller tu.


REVIEW: TYT HERBAL MEDICATED OIL UNTUK SEISI KELUARGA

Assalammualaikum..


Apa benda yang paling korang akan gunakan semasa sakit perut atau rasa perut berangin. 

Hah mesti korang ada minyak angin yang korang suka gunakan. Mungkin juga bagi ibu-ibu yang berpantang memang akan menggunakan minyak angin terutamanya untuk hilangkan rasa angin pada perut termasuk la pada bayi.



Korang mesti pernah guna minyak angin jenama TYT ni kan? Hah sama la macam Ida. Ida suka gunakan minyak ni semasa berpantang dulu termasuk la untuk sapukan pada perut anak. Walaupun masa anak dah membesar pun masih suka gunakan minyak ni sebab perut akan jadi lebih selesa. 

Mungkin ada yang sangka minyak TYT ni akan berasa panas atau memedihkan mata. Actually tak pun. Tahu tak TYT Herbal Medicated Oil ni tidak mengandungi kapur barus, menthol atau kayu putih jadi memang sesuai digunakan untuk semua golongan.




Jangan risau sebab minyak TYT ni diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) dan disahkan halal juga oleh JAKIM.

Faedah TYT Herbal Medicated Oil :

  1. Bau herba semula jadi 
  2. Lembut pada kulit
  3. Tidak meninggalkan kesan pada pakaian
  4. Tidak berminyak, dan meresap pada kulit
  5. Tidak berasa panas/terbakar
  6. Sesuai juga untuk digunakan sebagai minyak urut
  7. Sesuai sebagai ubat penghalau nyamuk kerana ada bahan iaitu serai
  8. Selain itu TYT Herbal Medicated Oil ini juga sesuai untuk kurangkan selsema, angin serta sakit perut, terseliuh ringan, melecur, luka kecil, kebas, sakit pinggang dan banyak lagi. Senang kata memang minyak ini serba guna.


Korang boleh beli TYT Herbal Medicated Oil ini di mana-mana pasaraya terdekat atau boleh juga beli secara online.