BANJIR TERENGGANU 2022 #prayforterengganu

 Assalammualaikum..

Minggu ni agak tidak banyak update apa-apa sebab hujan yang berterusan. Di sebabkan hujan yang berterusan minggu lepas, air naik dan menyebabkan Isnin baru ni bekalan elektrik terputus. Dari pukul 4 pagi bekalan elektrik terputus sehingga 2 pagi keesokkanya baru la ada elektrik. Alhamdulillah

Ada je beberapa orang yang check in hotel berdekatan sebab ada anak-anak yang masih kecil takut kepanasan. 

Buat masa ni kawasan rumah Ida tak naik air, kecuali laluan nak masuk ke sini memang air dah sampai ke atas jalan. Kawasan-kawasan lain ada yang sudah naik air yang agak tinggi.


kredit: Kosmo Digital


Peliknya banjir tahun ni, kawasan yang selalunya naik air tak banjir tapi kawasan yang tak pernah naik air, banjir tahun ni rumah diorang termasuklah rumah mertua Ida. Banjir pada tahun-tahun sebelum ni memang tak pernah naik air, tapi tahun ni air masuk ke rumah sampai paras buku lali.

Terkejut mertua Ida nak bangun tahajud, kaki tenggelam masuk dalam air. Air masuk tak siapa pun yang sedar. Nasib baik la air cepat surut tapi memang habis barang yang rosak sebab memang tak jangka akan naik air. 

Malam Isnin tu memang air di kawasan rumah, penuh longkang dan naik ke atas jalan sedikit. Keesokkannya alhamdulillah air surut tapi petang semalam, air naik semula. 

Dalam anggaran malam semalam, air dah surut dan pagi ni pun nampak cerah tapi sedikit mendung. Masih dalam keadaan berjaga-jaga sebab jangkaan air pasang besar akan naik sehingga 3.8kaki. Mudahan takda apa-apa jadi kat sini sebab memang masing-masing orang dalam taman akan pantau setiap masa. 

Rata-rata ibu-ibu dalam group sekolah sendiri bagitahu rumah diorang tak pernah banjir, tahun ni air masuk ke dalam rumah. Selalunya air hanya setakat depan rumah sahaja. 

Mudah-mudahan cepatlah air surut dan hujan berhenti. 





Post a Comment

6 Comments