MINGGU YANG AGAK SIBUK

 Assalammualaikum...

Hari ni hari terakhir persekolahan untuk anak-anak. Alhamdulillah cuti sekolah akan bermula pula.

Anak Ida si Aqil tu termasuk hari ini tak ke sekolah sebab demam dan cirit-birit tiba-tiba. Hari Ahad baru ni tiba-tiba demam panas. Mulanya ingat sebab Sabtu tu selepas hujan panas, anak-anak terus sibuk nak main kat luar. 

Esoknya demam dah kebah, dia mula cirit-birit pula sampai hari ini. Tak lah terlalu kerap tapi dia takde selera nak makan. Dua hari baru ni start batuk pula. Dah bagi makan ubat cirit-birit pun masih sama. 

tak bagi makan ubat batuk klinik. Bagi cap ibu anak je. Agaknya bagi makan ubat cirit-birit pun jadi ngantuk

Nak kata keracunan makanan tak juga sebab memang tak kemana pun minggu ni, keluar hantar ambil anak sekolah je. Makan kat luar memang taklah. Beli pizza hari tu, makan semua ok je. Lagi satu dia sorang je, yang lain semua ok. 

Tak tahu sebab apa, makan pun paksa juga dia makan walaupun sikit. Nasib la air tu memang dia kerap minum. Lepas tu mula la kerap ke tandas nak kencing. Mulanya ingat dia demam tu sebab nak buang demam panas tu. Tapi sama je..demam dah kebah pun. Bila batuk tu, mula lah nak muntah. Semalam check rapid test, negatif covid. Risau juga kalau demam denggi tapi takde pun ruam-ruam kat badan dia.



Si Abang pula dah habis UPKK..kelmarin dulu sekolah ada buat sukaneka. Agaknya nak ganti Hari Sukan sebab tak buat tahun ni. Jadinya abang dia dapat la medal..si adik tak dapat. Kesian kat dia sebab dari minggu lepas bersemangat dia nak main sukaneka. Bagitahu kat rumah cikgu suruh berlatih main isi air dalam botol guna span. 

Doakan si Aqil cepat sembuh. Aamiin


Post a Comment

2 Comments

  1. semoga anak mummy akan segera sembuh. selamat melayani kerenah mrka sepanjang cuti sek ini...

    ReplyDelete