RESEPI TEPUNG BUNGKUS

Assalammualaikum...

Siapa yang tak suka kan dengan tepung bungkus. Rasa berlemak di luar dan manis di bahagian dalam. Kalau inti die sedap..luar die rasa berlemak dan lembut memang sedap sangat tau.

Ida belum pernah masak lagi resepi ni sebab nak mencara kelapa parut agar susah kat kawasan ini. Jadi Ida kongsikan resepi tepung bungkus untuk korang dulu ye.

Resepi Tepung Bungkus (12-14 biji)



Bahan-bahan:
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 sudu gula
  • 1 sudu kecik garam -- kalau rasa tawar boleh tambah sikit lagi

Cara-caranya:

Campur kesemuanya dan panaskan atas api sehingga likat dan berkilat .tutup api..

(inti kelapa manis)

1 biji kelapa parut
1 biji gula melaka
3/4 cwn gula pasir
1 sudu besar tepung gandum dibancuh dgn sedikit air sahaja
daun pandan disimpul

Cara masak inti kelapa manis

masak gula melaka, 3/4 cawan gula pasir daun pandan dgn sedikit air..masak sehingga gula melaka hancur...kemudian tapis..

masukkan kelapa parut tadi..kalau takde kelapa parut guna kelapa kering(kelapa kering tambah sikit air panas tuk lembapkannya) masak sekejap atas dapur..agak2 dah kering masukkan bancuhan tpg gandum tadi..masak sehingga ia lembap2 ..kemudian sejukkan

bulat2kan inti tersebut

daun pisang dilayur atas api...

masukkan dlm anggaran 2 sudu besar atau lebih secara memanjang atas daun pisang masukkan inti kelapa tekan sikit ke dlm dan lipat

kukus dlm 5-7 minit siap.

credit : Tahrunnisah Jali

Post a Comment

19 Comments

  1. belum pernah buat sendiri. nanti boleh la cuba

    ReplyDelete
  2. ala.. dapnye. Iris suka makan kuih ni, nak kena try ni..mcm simple je
    tq for the recipe ... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..resepi simple tapi tak tahu la menjadi ke tak..hahaha

      Delete
  3. Sekali tengok macam koci, tapi bukan kan. Maklonglah, kita ni reti makan je haha. Thanks for the recipe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes lebih kurang macam koci sebab inti sama..luar die je lain

      Delete
  4. baca resepi macam senang tapi bila nak buat rasa susah hahahaha fil suka kuih ni.

    ReplyDelete
  5. Rawlins reti makan. Pernah minta adik try buat, tak menjadi. Haha. Nie cam senang resipi, boleh share ngan adik, mana tau menjadi kan

    ReplyDelete
  6. terima kasih sbb share resepi ni.. dah lama teringin nak buat.. bahan x banyak sangat.. I like :-)

    ReplyDelete
  7. wah menarik, iena nak cuba buat lah nanti. nampak menyelerakana sungguh hehe

    ReplyDelete
  8. Boleh la Nell give this resipi a try! Boleh masak sendiri ni!

    ReplyDelete
  9. Thanks for sharing this recipe, biasa kita beli but now can try to make my own

    ReplyDelete
  10. Dulu masa budak-budak memang tak suka sangat, sekarang dah dewasa memang suka sebab rasa dia yang tak terlalu manis.

    ReplyDelete