BERTAMBAH USIA DAN GENAP UMUR HARI INI

 Assalammualaikum...

Alhamdulillah sekejap je masa berlalu dah masuk bulan Disember pun hari ni dan alhamdulillah genap umur Ida hari ni.hahaha. Kalau ikutkan tahun memang dah 34 tahun tapi hari ni baru la betul-betul masuk umur 34 tahun. Akhir bulan kan..biasa la tu.




Sepanjang tahun ni alhamdulillah rezeki review mencurah-curah dan nama pun dah mula naik. Dulu ada juga job review tapi tak banyak tapi tahun ni tiap-tiap bulan mesti ada sampaikan jadual bulanan memang penuh. Ambil masa nak ambil gambar, rekod video, tulis draft. Lepas tu nak kena submit draft pula ikut dateline yang client bagi.



Sejak laptop Ida rosak dan susah nak update blog, memang Ida banyak fokus pada media sosial terutamanya Instagram. Fokus nak naikkan engangement memandangkan banyak job dari sana dan tahun ni juga baru mula-mula jinak dengan Tik Tok dan Lemon8. Dulu memang malas nak buka akaun Tik Tok sebab banyak benda negatif dari situ tambah kiddos selalu main telefon Ida. Jadinya taknak la diorang nampak benda-benda tak elok.

Sebab ada beberapa job perlukan akaun Tik Tok sebab tu la Ida buka juga. Tapi tak terlalu fokus situ. Dah beli desktop baru jadinya semangat nak berblogging dan menulis blog mula bersemangat balik. Senang nak menaip di sini berbanding guna telefon. Memang boleh je nak beli keyboard bluetooth tu tapi ntah la macam tak best pula tengok screen kecil. Nak beli tablet masih dalam perancangan. Masih mengumpul duit..haha

Dah penghujung bulan ni Ida doakan semua impian korang ada yang sudah tercapai dan dipermudahkan segala urusan. Semoga dah ada rancangan untuk tahun depan pula ok..

Dan jangan lupa..stay safe and keep healthy ok. Kita masih berdepan lagi dengan virus covid19 setiap hari

Post a Comment

4 Comments