Bab kebersihan diri bukan itu je kena jaga, kebersihan lain pun kena jaga jugak. Musim pandemik macam sekarang ni, bab ni memang kena dititikberatkan.
Mulanya Ida baca dalam media sosial, orang dok sanitizer kat rumah. So masa tu terfikir macam mana nak sanitizer satu rumah, ingatkan beli mesin besar yang selalu tengok dalam TV tu, rupanya ada yang mudah kita nak gunakan di rumah. Kebetulan masa tu tengok dekat kedai haiwan masa Ida pergi beli makanan kucing baru-baru ni. Tak sangka dalam Shopee pun ada jual.
REVIEW: PORTABLE NANO ATOMIZER
- Wireless battery 300ML:
- Bottle : 300 ml /400ml/800ml
- Nominal voltage: 110-240V (universal) / 50HZ/60HZ
- Nominal power: 10 W
- Charging voltage: DC12V
- Charging time: 2 h
- Working hours: 3-5H
- Spraying distance: 3M
Actually ada banyak jenis machine sanitizer ni. Ikut pada bajet dengan citarasa uolls. Ada yang lebih kecil dari ni. Kalau macam ni ada skrin, ada jenis lain takde skrin.
Kalau macam ni ada skrin lampu kalau uolls tengah charge, nak low atau high spray. Lampu tu akan menyala nanti
Dapat kat budak-budak ni masa try tadi, main sembur-sembur macam pistol air pula. Aduh..sabar jelah. Nama pun budak-budak. Nasib la guna air paip je. Jangan nanti letak sanitizer air tu korang buat main sembur-sembur pula. Habis...
Uolls nak dapatkan spray ni boleh klik kat link bawah. Ada harga yang berlainan, ini Ida jumpa yang lebih murah. Kalau uolls dapat lebih murah, rezeki uolls la kan.
Sanitizer spray machine : https://bit.ly/35J1Eyn
SELAMAT BERSHOPPING!!
1. Improves coordination & motor skills
2. Reduce obesity risks
3. Help build self-esteem, character & confidence
4. Improves sleep quality
5. Maintain healthy muscle, bones & joints
1. Follow blog saya iaitu akukaudansesuatu.blogspot.my .
Follow Instagram saya iaitu www.instagram.com/orangekecik.
Like page facebook saya iaitu, Klubna Laleh Seremban
2. Kemudian tulis title post seperti di atas, copy banner dan back link ia ke post ini
3. Jangan lupa tinggalkan link entri anda di ruang comment
Segmen ini akan berakhir pada 24 Jun 2021.
RESEPI JERUK MANGGA ASAM BOI KRUP KRAP
Bahan-bahan :
- *2 biji mangga
- *5 - 6 biji cili api (bole dikurang/ ditambah)
- * 3 - 4 sudu makan gula pasir
- *5 biji asam boi
- *1/4 cawan ais krim soda (nak buh lebih pun boleh)
CARA-CARANYA:
- Kupas mangga, potong atau hiris memanjang, basuh dan toskan.
- Masukkan ke dalam balang
- Campurkan semua bahan2 lain - gula, cili api, asam boi, dan ais krim soda..
- Siappppp..
- Simpan dlm peti ais..semalaman..
HASILNYAAA..
JERUK MANGGA YG RANGUPP GITU..
selamat mencuba..
Jika suka bole share..
Kredit resepi : Faridah
dicuba oleh : sham sabri/
Selain penjagaan kulit muka, penjagaan rambut juga sangat penting tak kira bagi perempuan mahupun lelaki. Banyak masalah akan berlaku jika tidak menjaga rambut dengan baik. Contohnya masalah rambut berbau, kelemumur, berminyak, masalah rambut gugur dan banyak lagi.
Puncanya masalah rambut ada banyak sebab, antaranya ialah salah dalam mencuci rambut. Jadi hari ni Ida nak kongsikan 5 tips dan trick untuk mencuci rambut yang Ida baca dalam media sosial.
5 TIPS DAN TRICK UNTUK MENCUCI RAMBUT
1. Setelah mencuci rambut, kebanyakan orang menggosok rambut mereka sehingga kering untuk membuang air berlebihan, atau membungkus tuala di bahagian atas kepala mereka. Ini bukan amalan terbaik. Sebagai gantinya, tepuk perlahan rambut basah anda dengan tuala dan balut tuala secara longgar di sekitar rambut anda dan biarkan selama beberapa minit untuk membuang air berlebihan.
2. Sapukan conditioner atau serum ringan untuk memastikan rambut anda mengekalkan kelembapan selepas mencuci. Ini juga akan membantu anda menguraikan rambut dengan lebih mudah, terutamanya jika panjang.
3. Jalankan sikat gigi lebar ke rambut basah anda untuk menghilangkan kusut. Mulailah menyikat rambut anda dari hujung hingga ke bahagian atas. Dengan cara ini anda akan mengikat simpul anda dengan lebih mudah, dan mengelakkan rambut menjadi kusut.
4. Semasa menggayakan rambut anda, pastikan anda menggunakan serum pelindung haba sebelum menggunakan pengering rambut, pelurus atau besi pengeriting. Ini akan membantu anda mengekalkan kelembapan sambil memberi anda gaya yang anda mahukan.
5. Jangan mengikat rambut ketika basah, kerana rambut basah sangat rapuh dan mudah pecah. Sekiranya anda tidak dapat membiarkan rambut anda jatuh, ikatlah dengan longgar dengan tali elastik bebas cengkaman atau tutup dengan selendang. Mengikuti petua ini akan membantu anda menguruskan rambut dan menjadikannya glamor seperti keperibadian anda!
~ Jennifer Mulder
Assalammualaikum...
AIR TUMBLE MAT: THE BEST AIR TUMBLE MAT ONLINE
Pernah dengar Tumble mat?
Tumble mat
merupakan salah satu syarikat atau pembekal terbesar di dunia yang mahir dalam
menghasilkan tikar udara yang telah mempunyai pengalaman yang meluas selama
beberapa tahun.
Walaupun ada
syarikat lain yang juga menawarkan tikar udara yang sama tetapi kualitinya agak kurang baik berbanding Tumble mat, malah semakin merosot mengikut peredaran
masa. Tumble mat mencuba sedara upaya bagi mengembangkan kualiti tikar udara dari masa ke semasa agar dapat memastikan setiap bahagian menghasikan kualiti yang terbaik. Selain itu,
selepas melakukan beratus-ratus kali ujian, ia dijamin dapat menghasilkan
putaran udara yang lebih tahan lama dan selamat kepada para pengguna. Malah
perkhidmatan pelanggan Tumble mat juga mempunyai hubungan yang amat rapat dengan
pelanggan yang melakukan pesanan sehingga menjelaskan dengan baik tentang panduan cara menggunakan jalur udara.
Best Air Gymnastics Track Floor Air Mat For Tumbling
P1 Air Gymnastics Track Floor (P1 Thick-4in)
Bagi tikar udara ini terdapat dalam dua warna iaitu biru dan kelabu. Material yang digunakan
adalah ia diperbuat daripada DWF.
Apa itu
Double Wall Fabric (DWF)?
Double Wall
Fabric (juga dikenali sebagai Drop Stitch Fabric) terdiri daripada dua lapisan
kain yang dipisahkan oleh sistem benang tenunan (50-200mm). Sistem penghubung
benang menghasilkan hubungan yang sangat kuat antara lapisan. Kain dinding
berkembar mempunyai lapisan atas PVC kedap udara dan boleh disesuaikan secara
individu mengikut spesifikasi pelanggan.
Kebaikan DWF adalah :
Serat poliester yang dijahit di dalam tilam menghalang lenturan atau pemintalan bahan. Jadi ini membuatkan bahan ini menjadikan tikar udara menjadi :
- Berat yang ringan
- Proses lebih mudah
- Tahan sejuk
- Tahan panas
- Ketahanan udara
- Lekapan kuat
- Kestabilan UV
Air Tumble Mat ini terdapat dalam pelbagai size yang berlainan.
Antaranya ialah:
- 12ft x 6ft x 4in ( 3.5mx1.8mx0.1m )
- 13ft x 6ft x 4in ( 4mx1.8mx0.1m )
- 16ft x 6ft x 4in ( 5mx1.8mx0.1m )
- 20ft x 6ft x 4in ( 6mx1.8mx0.1m )
- 23ft x 6ft x 4in ( 7mx1.8mx0.1m )
- 27ft x 6ft x 4in ( 8mx1.8mx0.1m )
- 30ft x 6ft x 4in ( 9mx1.8mx0.1m )
- 33ft x 6ft x 4in ( 10mx1.8mx0.1m )
- 36ft x 6ft x 4in ( 11mx1.8mx0.1m )
- 40ft x 6ft x 4in ( 12mx1.8mx0.1m )
- 43ft x 6ft x 4in ( 13mx1.8mx0.1m )
- 46ft x 6ft x 4in ( 14mx1.8mx0.1m )
- 50ft x 6ft x 4in ( 15mx1.8mx0.1m )
Model Baru Rainbow 3* 0.9M Air Tumble Track Airfloor (P1 Thick-4in)
Model ini hanya terdapat dalam satu size sahaja iaitu 10ft x 3ft x 4in
( 3mx0.9mx0.1m ) dan hanya ada warna pelangi sahaja. Material yang digunakan tetap sama iaitu Double Wall Fabric (DWF).
Lihat video di bawah yang menunjukkan kualiti Air Tumble Mat ini :
Setiap pembelian Air Tumble Mat ini juga didatangkan bersama repair kit tetapi tidak termasuk dengan air pump dan mempunyai jaminan selama 2 tahun.
Instagram : https://www.instagram.com/tumblemat_official/
Facebook : https://www.facebook.com/Tumblemat
Youtube : https://www.youtube.com/c/Tumblemat
1. Newborns ( 0-3 months ) - 14-17 hours
2. Infants ( 4-11 months ) - 12-15 hours
3. Toddlers ( 1-2 years ) - 11-14 hours
4. Pre-schoolers ( 3-5 years ) - 10-13 hours
5. School age children ( 6-13 years ) - 9-11 hours
6. Teenagers ( 14-17 years ) - 8-10 hours
7. Young adult & adults ( 18-64 years ) - 7-9 hours
8. Older adults ( 65+ years ) - 7-8 hours
Assalammualaikum..
Sudah hampir 2 minggu kita melaksankan PKP kan. Dalam masa sama sekarang juga musim cuti sekolah. Jadi ada je rancang untuk mengisi masa yang terluang. Mana yang terpaksa bekerja dari rumah juga bosan.
Sehari sebelum mula PKP tu, Ida ada plan nak melukis dinding di luar, kawasan laundry/mencuci. Memandangkan ruang membasuh tu bahagian luar dekat bahagian dapur so Ida rancang cuma nak hias sikit je.
Jadi mula la Ida buka kat Pinterest dan Google mana yang sesuai untuk melukis pada dinding laundry. Dan terjumpa la satu lukisan tu. Ida hanya perlu menulis je memandangkan nak melukis, tangan ni bukan la berseni sangat.hahaha. Dan yang selebihnya, Ida hanya nak lukis bentuk geometri sahaja. Tak perlu tangan berseni pun boleh buat sebab main lukis je cincai.HEHE
Tulisan tu Ida just google sahaja. Taip la " laundry printable word ", so nanti akan keluar banyak. Pilihlah mana yang berkenan dan mudah untuk uolls buat dan lukis.
Macam Ida just menulis perkataan tu je. Bahagian tepi lukisan tu tak buat. Ida tukar pada geometri sahaja.
Cat pula Ida gunakan saki baki cat yang ada kat rumah. Mulanya tulisan tu nak cat warna kelabu. So agak gelap la sikit memandangkan malas nak beli cat hitam pula.hehehe. Sekalu cat kelabu tu tinggal sikit. Terpaksa la guna cat yang warna die macam nak coklat sikit.
Dinding ni Ida siapkan dalam masa 2 hari sahaja memandangkan bukan la banyak sangat lukisan yang nak dibuat.
Ini prosesnya
Dan ini la hasilnya...
Luar garisan outline tu just gunakan marker pen sahaja. Kalau boleh cari yang mata agak tebal sikit sebab kalau mata kecil tak nampak sangat outline die. Tu pun Ida double kan banyak kali outline die.
Sebelah tu Ida akan letak shelf atau rak. Actually ada je rak bawah tu masa Ida buat sendiri dulu tapi just nak jimatkan ruang kalau boleh nak letak bahagian atas sabun baju semua tu. Tengok pada keadaan.
Bahagian ini juga Ida gunakan untuk menanam pokok, so kalau boleh nak bagi kemas sikit.
Tak tahu la pendapat uolls, tapi just nak puaskan hati sendiri melukis kat dinding ni.hahaha..
