RESEPI JERUK MANGGA ASAM BOI KRUP KRAP..

12:11:00 PM

Assalammualaikum..


Jeruk mangga asam boi ni sekarang banyak jual di tepi-tepi jalan kan. Masa kita tunggu kat traffic light merah akan ada orang yang jual jeruk mangga asam boi ni.

Idea yang bagus sebabnya bila orang beli, die akan makan dalam kereta. Nak hilangkan rasa bosan masa memandu. Senang kata nak buat kunyah-kunyah dalam kereta.heheh.


Kali ni Ida kongsikan pula resepi jeruk mangga asam boi ni.

RESEPI JERUK MANGGA ASAM BOI KRUP KRAP

Bahan-bahan :

  • *2 biji mangga
  • *5 - 6 biji cili api (bole dikurang/ ditambah)
  • * 3 - 4 sudu makan gula pasir
  • *5 biji asam boi
  • *1/4 cawan ais krim soda (nak buh lebih pun boleh)

CARA-CARANYA:


  1. Kupas mangga, potong atau hiris memanjang, basuh dan toskan.
  2. Masukkan ke dalam balang
  3. Campurkan semua bahan2 lain - gula, cili api, asam boi, dan ais krim soda..
  4. Siappppp..
  5. Simpan dlm peti ais..semalaman..

HASILNYAAA..

JERUK MANGGA YG RANGUPP GITU..
selamat mencuba..
Jika suka bole share..

Kredit resepi : Faridah
dicuba oleh : sham sabri/

You Might Also Like

7 penggomen